Pilihlah Calon Yg Terbaik [PRK Insaniah 09]

| Ahad, 11 Oktober 2009 |

Assalamu'alaikum buat sahabat seperjuanganku sekalian..

Mari kita sama-sama panjatkan seribu satu kesyukuran kepada Pencipta langit dan bumi kerana dengan izin dan restuNya dapatlah juga ana berkongsi sama menumpahkan sedikit rasa dihati.

Di ketika ini, telah berlakunya penamaan calon di INSANIAH pada 7 hb 10 (Rabu). Maka sekarang kita akan menyaksikan perebutan kerusi di kawasan Umum dan juga kerusi di kawasan Kuliah Muamalat. InsyaAllah pada 12 hb 10 (hari Isnin) kita akan saksikan berlakunya Pilhanraya Kampus dengan memilih calon yang sesuai untuk memegang taklif sebagai Exco dalam Majlis Perwakilan Mahasiswa. (sehari selepas pilihanraya Bagan Pinang, 11hb 10 Ahad).

Pilihanraya amat berkaitan dengan agama, keadilan dan tanggungjawab setiap mahasiwa dalam memilih pemimpin yang sesuai dan layak. Ia ada kaitan dengan dosa pahala dan mendapat keredhaan Allah atau sebaliknya. Pilihanraya adalah medan pemilihan pemimpin yang bakal kita angkat sebagai khadam kepada mahasiswa dalam pelbagai permasalahan. Selaku wakil mahasiswa, segala bentuk kebajikan, sakit dan mati, susah dan senang; juga segala aduan dan masalah kita sepatutnya diberi perhatian oleh wakil mahasiswa yang dipilih nanti. Dalam konteks inilah amat pentingnya kita memilih wakil mahasiswa yang memahami masalah serta prihatin terhadap kebajikan mahasiswa.Disamping itu, pemimpin lah yang akan mencorakkan suasana yang ada di Insaniah. Maka, kewajipan kita sebagai pengundi untuk memilih pemimpin yang boleh membawa kita kepada keredhaan dan barakah dari Allah serta Bi'ah (suasana) yang solehah. Sebagaimana firman Allah :
ولو أن أهل القرى آمنوا واتقوا لفتحنا عليهم بركات من السماء والأرض
Mafhumnya : "Jikalau ahli qaryah (kampung itu) beriman dan bertaqwa kepada Allah nescaya Kami bukakan pintu barakah ke atas mereka dari pintu langit dan dari pintu bumi."

Pilihlah calon yang berkelayakan dan mampu untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Ini merupakan tanggungjawab kita sebagai Mahasiswa Islam untuk memilih pemimpin yang boleh menjaga kesucian Islam di bumi barakah Insaniah yang tercinta ini. Ibnu Khaldun telah memberi penta'rifan tentang Khalifah (pemimpin) iaitu :
إقامة الدين وسياسة الدنيا به
Maksudnya : Pemimpin adalah menegakkan agama Islam dan mentadbir dunia dengan agama (Islam).

Jadilah orang yang PEKA tentang perihal agama Islam, jangan jadi orang yang PEKAK apabila ada yang ingin berbicara tentang agama Islam. Rasulullah bersabda :
الإسلام يعلوا ولا يعلى عليه
Maksudnya : Islam itu tinggi, tiada yang lebih tinggi daripada Islam.

Saidina Umar al-Khattab pernah menyebut :
نحن قوم أعزنا الله بالإسلام
Maksudnya : Kita adalah kaum yang dimuliakan Allah dengan Islam.

Ini bukan soal kalah menang dalam memilih calon kita semata-mata tetapi lebih mustahak dari itu, ia adalah pemilihan untuk mencari keredhaan Allah dan mendapat pahala di akhirat kelak. Bahkan ia sekaligus kesempatan untuk mengembalikan keizzahan Islam dan mahasiswa Islam. Allahu Akbar...Allahu Akbar...Allahu Akbar, walillahil hamd.

::Siiru 'ala barakatillah::


1 comments:

DRC berkata...

assalammualaikum...

hangat PRK 09...

tapi, sejak daftar kat insaniah ni, perkataan bai'ah solehah ni dgq time MSR, dan PRK jek... time2 len xda.. maaf kalu ada x tdgaq pn...

mmg bai'ah solehah ni pnting, namun dlam pemerhatian sy, ia hanya pada luaran (zahir) semata-mta..

bukitnya, muslimah KUIN menelefon muslimin KUIN dari awal isyak sampai tgh malam... sms bertalu2... tak abes2.. kalu diamati, yg depa cakap 2 kosong. xda point. dok tye kabar, makan la, rindu la..

mmg x leh kwal kalu kat luaq, tp keberkesanannya,, masih kabur.. sy mintak maaf kalu terlalu kritik, tp suka terus terang..

lg 1, masakan muslimah KUIN naik SATU kereta dgn muslimin KUIN? bukti sahih.. bukan mengaibkan orang tp persoalan ini saya perlukan jawapan supaya tak mengesyaki @ memikir yg -tve....

wallahu alam...

;

Kenali Ulama'

Yaumul 'eid 2009

Syeikh Ibnu Ata'illah As-Sakandari menyatakan :
"Raja' (harapan) iaitu kehendak yang diiringi dengan amal. Kalu tidak, disebut umniyyah ( angan-angan)".
Harapan yang diakui dalam Islam ialah harapan yang disertakan dengan amalan. Sekiranya tidak disertai dengan amalan, ia merupakan sejenis angan-angan kosong yang lebih hampir kepada mimpi di siang hari sahaja. Begitu juga dengan seseorang pejuang Islam yang ingin merubah sistem jahiliyah ini ke arah sistem Islam seluruhnya, namun tidak pernahpun bergerak untuk merealisasikan hasratnya itu, keinginannya itu hanyalah angan-angan kosong sahaja.


Ape Ade Pade Name

ABDUL YADIY
AAmanah
BBijaksana
DDinamik
UUntung
LLemah-lembut
YYakin
AAlim
DDedikasi
IIkhlas
YYakin
Apa ada pada nama?

Facebook Badge

~Alirkanlah Dlm Dirimu Cinta Hanya Pd-NYA~

Silibus Tarbiah Usrah

Silibus Tarbiah Usrah
Satu Lambang Komitmen Sekelompok UMMAH Menggerakkan Tarbiah Generasi Baru ISLAM

~Anjung Sahabat~

Soutul Ukhuwah


ShoutMix chat widget

Pengikut

Qalbun Salim