MSR islamic Nursing di INSANIAH

| Khamis, 28 Mei 2009 |




Satu momentum yang terbaik di lakukan oleh INSANIAH telah menawarkan satu kursus Diploma Islamic Nursing bagi melahirkan pendakwah-pendakwah Islam di bidang Nursing. Sekarang telah dibuka bagi mana-mana lepasan SPM yang berminat samada lelaki atau perempuan.


Samb...Islahil Qulubina

| Ahad, 24 Mei 2009 |

Ana nak sambung sikit mengenai perkara sebelum ini tentang masalah hati yang sedang melanda setiap organisasi Islam.

Duhai sahabat sekalian;
Terasa masih basah di ingatan kita sejarah agung perjuangan
Rasulullah SAW dan para sahabat lebih 14 abad yang lalu. Pelbagai
ujian dan cabaran ditempuh sehinggalah akhirnya mereka diberi
kemenangan oleh Allah SWT.

Justeru itu wahai sahabatku;
Seandainya kita juga ingin menagih janji Allah agar diberi
kemenangan di dalam perjuangan ini, maka sirah ya'ni sejarah para
salafus-soleh itu hendaklah kita jadikan panduan kita.

Lihatlah sejarah Solahuddin al-Ayyubi,
Sewaktu Solahuddin al-Ayyubi hendak menawan semula Baitul Maqdis dari
tangan Kristian, beliau melakukan muhasabah terhadap tentera-
tenteranya.

Di malam itu beliau berjalan meninjau dari khemah ke khemah. Bila
tiba di khemah pertama, beliau mendapati semua tenteranya di khemah
itu sedang bersembahyang. Di khemah yang kedua pula, beliau mendapati
semua tenteranya sedang membaca al-Qur'an. Di khemah yang ketiga pula
didapati tentera-tenteranya sedang berzikir. Manakala apabila melalui
khemah yang keempat, beliau mendapati tentera-tenteranya sedang
nyenyak tidur.

Lalu keesokan harinya beliau mengumpulkan seluruh tenteranya lalu
berkata bahawa seluruh tenteranya diminta bersiap-sedia untuk ke
medan perang kecuali yang berada di khemah yang keempat di mana
mereka tidak diizinkan untuk turut serta ke medan perang dan diminta
pulang.

Solahuddin al-Ayyubi berkata bahawa: "Aku takut kamu akan menjadi
hijab kepada bantuan Tuhan kerana tidak bermunajat di malam hari,
sedangkan kita sangat-sangat mengharapkan bantuan Allah."

Lalu tentera yang bangun di malam hari sahaja yang dibenarkan mara ke
medan perang hingga akhirnya mereka diberi kemenangan oleh Allah. Dan
alhamdulillah hasilnya Baitul Maqdis berjaya ditawan semula oleh
Solahuddin daripada tentera musuh.

Wahai pejuang sekalian;
Begitulah cara umat terdahulu membuat persiapan hati hingga
melayakkan mereka diberi kemenangan oleh Allah. Mereka berjaya meraih
simpati dan perhatian Allah sehingga Allah campur tangan dalam urusan
mereka dan akhirnya memperolehi kemenangan.

Di waktu itu, bila memperolehi kemenangan dia tidak merasakan
kejayaan itu miliknya bahkan malu untuk mengaku kejayaan itu hasil
usahanya. Malah kejayaan yang cemerlang itu dipulangkan kepada Allah,
kerana itu adalah hak mutlak Allah. Kemenangan yang diperolehi
diiringi dengan tasbih memuji Allah serta beristighfar mengenangkan
dosa.

Di waktu itu para pejuang mendapat dua kejayaan iaitu kejayaan
menumpaskan musuh serta kejayaan daripada tipuan nafsu. Inilah dua
kejayaan yang haqiqi!

Moga menjadi pedoman buat semua sebelum melangkah lebih jauh ke hadapan.


Berhati-hati dengan masalah hati

| Isnin, 18 Mei 2009 |

Assalamu'alaikum...

Moga dirahmati dan diredhai Allah dalam segenap kehidupan kalian. Allah redha kepada hambaNya yang sentiasa berjuang bagi memastikan Islam sentiasa dipandang tinggi oleh musuhNya dan memartabatkan Islam dipersada dunia. Allah membeli dari golongan yang berjuang di jalan Allah dengan harga syurga dan keredhaanNya, manakala golongan pejuang pula menjual dan mewakafkan di jalan Allah dengan harta dan diri mereka. Semua ini hanya dapat dilakukan dalam bentuk berjihad di jalanNya dari mengucap syahadah sehingga mati syahid. Firman Allah SWT :
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka, dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang telah ditetapkan oleh Allah di dalam (kitab-kitab) Taurat dan Injil serta al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar." [surah at-taubah : 111]

Walaubagaimanapun, di dalam menyusuri jalan perjuangan ini tidak dapat tidak akan bertembung dengan ujian dari Allah untuk Allah menapis golongan yang betul-betul ikhlas dan ingin berjuang di jalanNya. Disini kita kena sama-sama berhati-hati dengan masalah utama yang dihadapi oleh kebanyakkan aktivis dakwah atau dalam mana-mana gerakkan Islam masa kini iaitu masalah hati dalam jemaah (baca : sakit hati, terasa hati, dll).

Kenapa perkara ini masih lagi berlaku walaupun masing-masing boleh dikatakan kuat dalam amalan fardunya, faham dalam ilmu-ilmu agama yang sentiasa di perdengarkan dengan qauluLLAh qaulu Rasulullah, hebat dalam gerak kerja dakwah mereka dan hal-hal yang sewaktu dengannya. Dimanakah puncanya? Salah orang lain atau diri sendiri. Yakinilah, jini adalah salah diri sendiri yang jika satu jari telunjuk mengarah kearah lain, maka jari yang selebihnya tertunjuk kepada diri kita sendiri.

Pada diri kita ada seketul daging, jika baiknya maka baiklah seluruh anggota lain dan sebaliknya, ia dinamakan 'hati'. Hati yang baik dan mendapat cahaya hidayah Allah akan memandu kita untuk sentiasa melakukan perkara yang dibenarkan oleh Islam dengan penuh kesedaran diri. Maka kita kena baiki hati kita, hati kita yang bermasalah sebenarnya penuh dengan maksiat batiniah, penuh dengan sifat-sifat keji; ada yang suka buruk sangka terhadap ahli bawahan dan ahli bawahan buruk sangka terhadap pimpinan, tiada husnuz zan sesama anggota tanzim, sepatutnya seseorang aktivis dakwah memerlukan husnuz zan yang tinggi sesama mereka, mudah merajuk bila kena marah sikit tentang gerak kerja tak berjalan atau lembab, simpan masalah dalam hati lama kelamaan bengkak membesar dan pecah seterusnya menyebabkan tanzim menjadi huru hara.

Kita perlu sekat perkara dari sekarang, Bagi ana yang lemah ini berpandangan, peringkat pertama kita mulakan dulu dengan pembersihan diri "tazkiyatun nafs" dengan pembelajaran kitab-kitab tasawwuf untuk membina kefahaman dan seterusnya mengubah jiwa. seperti kitab Minhajul 'Abidin ke atau mana-mana kitab yang sesuai. Kebanyakkan kita selalu menekankan tentang kefahaman haraki, dakwah dan perjuangan tapi lupa untuk membentuk jiwa sufi dari sudut kerohanian diperingkat takwin ini. Bukannya perkara tersebut tidak penting tapi kita cuba 'tawazun' seimbangkan antara kedua-dua tersebut.

Kalau kita lihat kembali lembaran sirah Nabi, pada permulaan sebelum berdakwah, Rasulullah membersihkan dirinya terlebih dahulu, membentuk hatinya untuk dijadikan tempat hidayah Allah bertapak, bermula dengan berkhulwah seorang diri, kemudian diwajibkan bersolat tahajjud, seterusnya keluar berdakwah.

Lihat kembali sejarah panglima Islam Salahuddin al-Ayyubi yang memeriksa setiap khemah tentera Islam pada waktu sebelum subuh, mana-mana yang bangun berqiamullai untuk membina kekuatan rohani sebelum melawan dengan kekuatan fizikal.

Sekian dahulu pandangan ana, mungkin sahabat-sahabat ada pandangan yang lain yang lebih mantop untuk kita sama-sama membina keutuhan persatuan dalam mendepani cabaran yang mendatang lebih kukuh.


Persoalan IKHTILAT

| Khamis, 14 Mei 2009 |


Gapo namo 'ikhtilat' tuh?

- Percampuran antara lelaki dan perempuan samada secara bersendirian atau secara berkumpulan.

Apa hukumnya???

- Pada asanya HARAM, bukan harus.

- Pergaulan antara sama jantina harus, tapi lain jantina haram…



2 keadaan yg diharuskan menurut Syeikh Abd. Karim Zaidan:


Pertama: Harus kerana Terpaksa ( Dhorurah )

Cthnya: Seorang lelaki ajnabi mendapati seorang wanita ajnabi bersendirian di jalan, jauh dari kumpulan manusia., maka dia harus menumpangkan wanita tersebut jika dibimbangi keselamatannya.

- Pada waktu ini hukum menumpangkannya wajib tanpa khilaf.

Cth. Lain : Lelaki ajnabi melarikan wanita dengan tujuan menyelamatkannya daripada diperkosa jika tiada jalan lain.

Kedua: Harus kerana Keperluan (Hajat)

Ulama berkata hajat mengambil peranan dhorurah dalam mengharuskan perkara haram.


Beberapa keperluan yang diharuskan ikhtilat:

1) Ikhtilat kerana urusan jualbeli

- dengan syarat tidak berlaku khalwat dan memlihara adab pergaulan.

2) Ikhtilat kerana kerja Kehakiman

3) Ikhtilat kerana menjadi Saksi sesuatu kes

4) Ikhtilat kerana Amar Ma’ruf Nahi Munkar

5) Ikhtilat kerana melayan tetamu dengan alasan yang syar’ie seperti dengan tujuan melayan tetamu.

6) Ikhtilat kerana memuliakan tetamu dan jika perlu makan bersamanya.

- Muslim meriwayatkan sebuah keluarga yang ingin memuliakan Rasulullah s.a.w. dgn bertamukan baginda. Oleh kerana tiada makanan, mereka memadamkan api dan memperlihatkan bahawa mereka makan bersama baginda.

- Ini bererti bahawa orang Ansor dan isterinya duduk bersama tetamu utuk makan bersama walaupun tidak makan, kerana memuliakan tetamu.

7) Ikhtilat dalam Kenderaan Awam

- terpaksa berhimpit dalam bas

8) Ikhtilat dalam kerja Jihad

- seperti merawat pesakit

9) Ikhtilat utuk Tujuan Belajar atau mendengar Nasihat

10) Ikhtilat dalam suasana yang telah menjadi adat kebiasaan

- contohnya : percampuran untuk menziarahi sanak saudara


Tapi ada ADABnya:

· Ucapan ma’ruf dan sopan

· Menundukkan pandangan

· Tidak berkhalwat

· Menghindari tempat syubhah


Adab khas utk wanita:

· Iltizam dengan pakaian Islam

· SERIUS dalam ucapan

· Menjaga pergerakan.

Jadi jaga-jaga lah time kite bergaul sesama lain jantina naa…especially dalam chatting, sms, yahoo messenger, talipon….beringat-ingatlah sebelum terjerat dalam usaha musuh Islam untuk merosakkan umat Islam…

Jom kita sama-sama perbaiki diri kalu rasa diri dah pernah buat atau terlanjur melibatkan diri…

Seronok tu memang seronok kan, tapi...Fikir-fikirkanlah hukumnya dalam Islam kembali….

Astaghfirullahal 'azim jika ana juga ade terlibat same sebelum ni...

“Ballighu ‘anni walau aayah.”

Moga semua diberkati Allah sokmo...


;

Kenali Ulama'

Yaumul 'eid 2009

Syeikh Ibnu Ata'illah As-Sakandari menyatakan :
"Raja' (harapan) iaitu kehendak yang diiringi dengan amal. Kalu tidak, disebut umniyyah ( angan-angan)".
Harapan yang diakui dalam Islam ialah harapan yang disertakan dengan amalan. Sekiranya tidak disertai dengan amalan, ia merupakan sejenis angan-angan kosong yang lebih hampir kepada mimpi di siang hari sahaja. Begitu juga dengan seseorang pejuang Islam yang ingin merubah sistem jahiliyah ini ke arah sistem Islam seluruhnya, namun tidak pernahpun bergerak untuk merealisasikan hasratnya itu, keinginannya itu hanyalah angan-angan kosong sahaja.


Ape Ade Pade Name

ABDUL YADIY
AAmanah
BBijaksana
DDinamik
UUntung
LLemah-lembut
YYakin
AAlim
DDedikasi
IIkhlas
YYakin
Apa ada pada nama?

Facebook Badge

~Alirkanlah Dlm Dirimu Cinta Hanya Pd-NYA~

Silibus Tarbiah Usrah

Silibus Tarbiah Usrah
Satu Lambang Komitmen Sekelompok UMMAH Menggerakkan Tarbiah Generasi Baru ISLAM

~Anjung Sahabat~

Soutul Ukhuwah


ShoutMix chat widget

Pengikut

Qalbun Salim