Samb...Islahil Qulubina

| Ahad, 24 Mei 2009 |

Ana nak sambung sikit mengenai perkara sebelum ini tentang masalah hati yang sedang melanda setiap organisasi Islam.

Duhai sahabat sekalian;
Terasa masih basah di ingatan kita sejarah agung perjuangan
Rasulullah SAW dan para sahabat lebih 14 abad yang lalu. Pelbagai
ujian dan cabaran ditempuh sehinggalah akhirnya mereka diberi
kemenangan oleh Allah SWT.

Justeru itu wahai sahabatku;
Seandainya kita juga ingin menagih janji Allah agar diberi
kemenangan di dalam perjuangan ini, maka sirah ya'ni sejarah para
salafus-soleh itu hendaklah kita jadikan panduan kita.

Lihatlah sejarah Solahuddin al-Ayyubi,
Sewaktu Solahuddin al-Ayyubi hendak menawan semula Baitul Maqdis dari
tangan Kristian, beliau melakukan muhasabah terhadap tentera-
tenteranya.

Di malam itu beliau berjalan meninjau dari khemah ke khemah. Bila
tiba di khemah pertama, beliau mendapati semua tenteranya di khemah
itu sedang bersembahyang. Di khemah yang kedua pula, beliau mendapati
semua tenteranya sedang membaca al-Qur'an. Di khemah yang ketiga pula
didapati tentera-tenteranya sedang berzikir. Manakala apabila melalui
khemah yang keempat, beliau mendapati tentera-tenteranya sedang
nyenyak tidur.

Lalu keesokan harinya beliau mengumpulkan seluruh tenteranya lalu
berkata bahawa seluruh tenteranya diminta bersiap-sedia untuk ke
medan perang kecuali yang berada di khemah yang keempat di mana
mereka tidak diizinkan untuk turut serta ke medan perang dan diminta
pulang.

Solahuddin al-Ayyubi berkata bahawa: "Aku takut kamu akan menjadi
hijab kepada bantuan Tuhan kerana tidak bermunajat di malam hari,
sedangkan kita sangat-sangat mengharapkan bantuan Allah."

Lalu tentera yang bangun di malam hari sahaja yang dibenarkan mara ke
medan perang hingga akhirnya mereka diberi kemenangan oleh Allah. Dan
alhamdulillah hasilnya Baitul Maqdis berjaya ditawan semula oleh
Solahuddin daripada tentera musuh.

Wahai pejuang sekalian;
Begitulah cara umat terdahulu membuat persiapan hati hingga
melayakkan mereka diberi kemenangan oleh Allah. Mereka berjaya meraih
simpati dan perhatian Allah sehingga Allah campur tangan dalam urusan
mereka dan akhirnya memperolehi kemenangan.

Di waktu itu, bila memperolehi kemenangan dia tidak merasakan
kejayaan itu miliknya bahkan malu untuk mengaku kejayaan itu hasil
usahanya. Malah kejayaan yang cemerlang itu dipulangkan kepada Allah,
kerana itu adalah hak mutlak Allah. Kemenangan yang diperolehi
diiringi dengan tasbih memuji Allah serta beristighfar mengenangkan
dosa.

Di waktu itu para pejuang mendapat dua kejayaan iaitu kejayaan
menumpaskan musuh serta kejayaan daripada tipuan nafsu. Inilah dua
kejayaan yang haqiqi!

Moga menjadi pedoman buat semua sebelum melangkah lebih jauh ke hadapan.


0 comments:

;

Kenali Ulama'

Yaumul 'eid 2009

Syeikh Ibnu Ata'illah As-Sakandari menyatakan :
"Raja' (harapan) iaitu kehendak yang diiringi dengan amal. Kalu tidak, disebut umniyyah ( angan-angan)".
Harapan yang diakui dalam Islam ialah harapan yang disertakan dengan amalan. Sekiranya tidak disertai dengan amalan, ia merupakan sejenis angan-angan kosong yang lebih hampir kepada mimpi di siang hari sahaja. Begitu juga dengan seseorang pejuang Islam yang ingin merubah sistem jahiliyah ini ke arah sistem Islam seluruhnya, namun tidak pernahpun bergerak untuk merealisasikan hasratnya itu, keinginannya itu hanyalah angan-angan kosong sahaja.


Ape Ade Pade Name

ABDUL YADIY
AAmanah
BBijaksana
DDinamik
UUntung
LLemah-lembut
YYakin
AAlim
DDedikasi
IIkhlas
YYakin
Apa ada pada nama?

Facebook Badge

~Alirkanlah Dlm Dirimu Cinta Hanya Pd-NYA~

Silibus Tarbiah Usrah

Silibus Tarbiah Usrah
Satu Lambang Komitmen Sekelompok UMMAH Menggerakkan Tarbiah Generasi Baru ISLAM

~Anjung Sahabat~

Soutul Ukhuwah


ShoutMix chat widget

Pengikut

Qalbun Salim