Skuad Amru Insaniah brsm LANDAS

| Rabu, 22 Julai 2009 |





Salam senyuman mujahid Islam...

Sekumpulan ahli dari Skuad Amru Insaniah, baru-baru ini telah melaksanakan satu tuntutan dakwah dalam masyarakat Sungai Petani Kedah dengan kerjasama dari pihak LANDAS, bagi melihat sendiri kebejatan sosial di kalangan muda-mudi sekarang. Kami telah berjaya melaksanakan misi Operasi Gerak Gempur (OGG) seramai 15 org Muslimat dan 4 org Muslimin Insaniah dengan kerjasama 4 org dari pihak LANDAS. Operasi ini telah dilaksanakan pada 18 Julai 2009 (sabtu) bermula jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Tempat tumpuan kami adalah di Central Square Sungai Petani dan port-port remaja bermasalah sekitar bandar tersebut. Pelbagai gelagat remaja bermasalah yang dapat kami lihat di sana, bermula dari pemakaian yang cukup pelik, tapi malangnya di sana kami dilarang utk mengambil gambar-gambar mereka.





























Kebanyakkan pendakwah hanya mengetahui masalah sosial setakat kulit luaran sahaja. Mereka mengetahui masalah ini melalui surat khabar, buku-buku bacaan, majalah dan sebagainya tanpa melihat sendiri masalah ini berlaku dikalangan remaja sekarang secara realiti di turun ke medan lapangan yang sebenar. Dan seterusnya bawa ke dalam ceramah dan tazkirah, tanpa mendalami masalah dan isu yang sebenar. Sewajarnya pendakwah turun ke lapangan mendekati remaja-remaja kita selain dari ceramah dan tazkirah yang disampaikan di surau-surau. Cubalah wahai pendakwah sekalian untuk mendekati mereka secara lebih dekat dan kita cuba korek, selongkar dan bongkarkan segala kemelut yang dihadapi oleh mereka. Disinilah pendakwah akan lebih mudah untuk menyetahui apa masalah yang sebenarnya berlaku kepada mereka dan menyediakan penyelesaian mengikut lunas-lunas Islam yang sebetulnya.

Jika kita perhatikan dalam sirah Rasulullah SAW. Rasulullah telah melaksanakan dakwah kepada masyarakatnya dengan turun padang ke lapangan yang sebenar, menyelami masalah yang berlaku di dalam masyarakat bukan sekadar ceramah atau tazkirah di surau-surau atau masjid. begitu juga telah ditunjukkan oleh Imam as-Syahid Hasan al-Banna, beliau telah melaksanakan dakwah bukan setakat di surau atau masjid bahkan di kedai-kedai kopi dan juga di dalam Kelab-kelab Disko.

Jika betul kita ingin mengikut jejak langkah Rasulullah, begitu juga jejak langkah Imam Hasan al-Banna, marilah sama-sama kita berdakwah secara lapangan tanpa meninggalkan dakwah di surau atau masjid serta meneruskan agenda tarbiyyah Usrah kepada mad'u-mad'u untuk memberi kesedaran dalam menghayati ajaran Islam.

Majulah untuk Islam!!!

"Siiru 'ala barakatiLLAH"


PESKO KE 11

| Sabtu, 18 Julai 2009 |

Salam kebahagian dan keceriaan,

Jom sahabat sahabiah pembaca sekalian ke
Pesta Konvokesyen Ke 11 Kolej Universiti Insaniah, Kedah.


Antara acara yang menarik dianjurkan oleh Urusetia Pesko
kepada warga Insaniah sekalian :


Tak lupa juga untuk semua pengungjung dengan pelbagai acara dan aktiviti.
Moga dapat memeriahkan Pesko kali ini.

Siir 'ala barakatiLLAH


Akhlak vs Adab vs Moral

| Isnin, 13 Julai 2009 |

Salam perjuangan,


D-C-NI ana nak berkongsi bersama sahabat-sahabat pembaca sekalian mengenai 'Akhlak vs Adab vs Moral'. Apakah perbezaan antara perkataan-perkataan tersebut yang kadang-kadang memerangkap pemikiran kita dalam memahami maksud yang sebenar disebalik perkataan tersebut. Pada sesetengah pandangan menyatakan semua perkataan tersebut adalah sama dan serupa. Tapi sebaliknya jika dikaji dan dilihat kembali makna yang sebenar di dalam kamus-kamus dan kitab-kitab yang membicarakan antara perkataan tersebut adalah berlainan sama sekali.


Toiyyib, sekarang kita lihat perkataan 'akhlak' terlebih dahulu.


Antara definisi akhlak menurut istilah ialah : "sifat yang tertanam di dalam diri yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa pemikiran, penelitian dan paksaan."


Ibn Miskawaih, ahli falsafah Islam yang terkenal mentakrifkan akhlak itu sebagai "keadaan jiwa yang mendorong ke arah melahirkan perbuatan tanpa pemikiran dan penelitian."


Imam Ghazali r.h. mengatakan bahawa : "akhlak ialah suatu keadaan yang tertanam di dalam jiwa yang menampilkan perbuatan-perbuatan dengan senang tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian. Apabila perbuatan yang terkeluar itu baik dan terpuji menurut syara’ dan aqal, perbuatan itu dinamakan akhlak yang mulia. Sebaliknya apabila terkeluar perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk."


Ini menunjukkan kepada kita semua bahawasanya, akhlak adalah tingkah laku yang zahir dilaksanakan tanpa perancangan terlebih, ia terjadi dengan sendirinya ataupun secara automatik dan dengan tindakan refleks yang ada dalam diri kita.


Bagaimana tindakan secara tersendiri tanpa perancangan itu boleh berlaku?

Pada pandangan ana jika diperhatikan, tindakan itu berlaku bermula dari dalam diri seseorang yang baik. Jiwanya penuh dengan ingat akan Allah, zikruLLAH. Kan kita pernah mendengar sabda Nabi SAW tentang dalam tubuh badan kita ada seketul daging, jika baiknya maka baiklah seluruh anggotanya yang lain, dan sebaliknya jika buruk daging itu maka buruklah seluruh anggota lainnya. Yang dimaksudkan oleh Rasulullah dengan seketul daging itu adalah 'HATI'.


Akhlak juga adalah suatu perkara yang tak berubah oleh perubahan zaman atau pada masa apa pun serta tidak mengira waktu, ia bergantung kepada sejauhmana HATI kita ingat akan Allah, maka sejauh itu jugalah akhlak kita sesama kita dan bersama makhluk yang lainnya. Jadi sama-samalah jaga 'HATI' kita daripada segala penyakit-penyakit HATI. Sebelum ini ana pernah menyebut tentang masalah HATI yang melanda dalam sesebuah Organisasi dan bagaimanakah perkara itu perlu diselesaikan. Apa yang penting adalah kerjasama daripada semua pihak untuk sama-sama mengislahkan diri dalam menyusuri perjalanan dakwah yang jauh ini memerlukan HATI yang suci bersih.


Toiyyib, al-an kita kembali pula kepada perkataan 'adab'.

Apa yang dimaksudkan dengan adab?


Adab adalah suatu perbuatan yang dirancang oleh seseorang dengan berfikir terlebih dahulu sebelum bertindak melakukannya. Oleh kerana itu, kita pernah menyebut 'jagalah adab antum dalam organisasi', 'jagalah adab antum dalam sesebuah majlis', 'jagalah adab antum dengan ibubapa, tetamu, sahabat dan sebagainya'. Semua ini memerlukan kepada berfikir terlebih dahulu, kemudian disusuli dengan perbuatan. Cuba kita lihat pula kepada hadis Rasulullah SAW. Rasulullah pernah menyebut bahawa Allah mengajar adab kepadaku, maka perbaikilah adab kamu أدبني ربي فأحسن تأديبي .


Jika dilihat kepada hadis Rasulullah ini, jelas kepada kita bahawa adab adalah suatu perbuatan yang dirancang terlebih dahulu, misalnya kita nak senyum kepada seseorang, memerlukan plan untuk senyum bukan main hentam senyum nanti dikatakan gila pulak kan. Ia adalah suatu perbuatan yang boleh kita rancang bila kita berhadapan dengan situasi yang memerlukan adab dijaga serta perlu pada seseorang itu untuk bermujahadah dengan bersungguh-sungguh memperbaiki adabnya. Jadi, sama-sama kita jaga adab kita terutamanya bagi sahabat yang selalu bergerak dalam sesebuah organisasi, jagalah adab kita dengan pimpinan kita.


Seterusnya yang terakhir, apa yang dimaksudkan dengan perkataan 'moral'.


Menurut istilah 'moral' berasal daripada perkataan latin moralis atau mores iaitu jama` kepada perkataan mos yang bererti kebiasaan iaitu perbuatan, budi pekerti dan perangai. Dictionary of education menyatakan bahawa moral ialah suatu istilah yang digunakan untuk menentukan batas-batas dari sifat, perangai, kehendak, pendapat atau perbuatan secara layak dapat diaktakan benar, salah, baik atau buruk berdasarkan kepada pemikiran dan pandangan umum dalam sesuatu kumpulan masyarakat pada sesuatu masa dan tempat tertentu.


Ringkasnya, moral adalah suatu perbuatan yang mengikut kepada pandangan atau 'uruf sesebuah masyarakat. Jika baiklah masyarakat tersebut maka baiklah moral yang dilaksanakan dalam masyarakat tersebut dan sebaliknya. Kadang-kadang berlakunya sesuatu perkara yang baik pada pandangan masyarakat tetapi dilarang dalam agama Islam. Kadang-kadang berlainannya tempat dan suasana maka berlainan pula pandangan masyarakat dalam menentukan neraca sesuatu moral. Jelas menunjukkan kepada kita neraca dalam menentukan moral adalah berada dalam mata pandangan masyarakat sekeliling.


Antara ketiga-tiga perkataan tersebut, hanya 'akhlak dan adab' sahaja yang akan menjamin kepada kita untuk mendapat pahala disis Allah SWT. Oleh itu, ana menyeru kepada sahabat pembaca sekalian, berakhlak dan beradablah kita dalam mencari keredhaan Allah yang hakiki.


Siiru 'ala barakatiLLAH.

"what you give, you get back"

"Hidup Mulia, Mati Syahid"


;

Kenali Ulama'

Yaumul 'eid 2009

Syeikh Ibnu Ata'illah As-Sakandari menyatakan :
"Raja' (harapan) iaitu kehendak yang diiringi dengan amal. Kalu tidak, disebut umniyyah ( angan-angan)".
Harapan yang diakui dalam Islam ialah harapan yang disertakan dengan amalan. Sekiranya tidak disertai dengan amalan, ia merupakan sejenis angan-angan kosong yang lebih hampir kepada mimpi di siang hari sahaja. Begitu juga dengan seseorang pejuang Islam yang ingin merubah sistem jahiliyah ini ke arah sistem Islam seluruhnya, namun tidak pernahpun bergerak untuk merealisasikan hasratnya itu, keinginannya itu hanyalah angan-angan kosong sahaja.


Ape Ade Pade Name

ABDUL YADIY
AAmanah
BBijaksana
DDinamik
UUntung
LLemah-lembut
YYakin
AAlim
DDedikasi
IIkhlas
YYakin
Apa ada pada nama?

Facebook Badge

~Alirkanlah Dlm Dirimu Cinta Hanya Pd-NYA~

Silibus Tarbiah Usrah

Silibus Tarbiah Usrah
Satu Lambang Komitmen Sekelompok UMMAH Menggerakkan Tarbiah Generasi Baru ISLAM

~Anjung Sahabat~

Soutul Ukhuwah


ShoutMix chat widget

Pengikut

Qalbun Salim