Sinari Kemerdekaan Dengan Islam

| Isnin, 31 Ogos 2009 |

Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah wassolatu wassalam 'ala rasulillah wa 'ala alihi wa sohbihi wa man wa laah, amma ba'du,

Segala pujian kembali kepada Allah yang telah memberi nikmat dalam negara kita dengan nikmat kemakmuran dan keamanan serta kelepasan dari cengkaman penjajah. Dan sekarang kita dapat kecapi keamanan dari kemerdekaan ke atas tanah air tercinta ini. Walau bagaimanapun, kita mesti memahami kemerdekaan dari sudut kaca mata Islam. Apakah kemerdekaan menurut Islam? Dari sudut manakah kemerdekaan atau kebebasan itu? Setelah 52 tahun Malaysia bebas merdeka, adakah Malaysia bebas dari masalah sosial dalam masyarakat? Inilah beberapa persoalan yang perlu dijawab sebelum kita menyatakan Malaysia sudah kemerdekaan. Mungkin merdekanya Malaysia hanya dari penjajahan British, tetapi dari sudut lainnya macam mana?

Tetapi, apa yang paling utama adalah diri kita sendiri yang menjadi individu dalam masyarakat tersebut, Adakah kita telah bebas merdeka dari runtunan nafsu syahwat? Adakah kita telah menyahut seruan Allah dan sentiasa hampir denganNya? Mengikut kehendak dan dorongan nafsu syahwat adalah kesan dari diri kita yang suka kepada benda-benda yang disukai oleh nafsu, suka menonjol diri, sukakan pujian, suka terkedepan dari orang lain. Ini semua adalah nafsu syahwat belaka. Perkara ini akan menyebabkan kecacatan pada jiwa kita. kemudian timbul dalam diri penyakit-penyakit hati, jika tak dirawat segera akan merebak ke dalam jiwa-jiwa yang lain. Sikap tidak redha kepada nafsu adalah asas kepada pemeliharaan kehormatan diri, keselamatan kepada maruah diri seterusnya kita akan bangkit untuk melaksanakan ubudiyyah kepada Allah dalam melaksanakan hak yang sepatutnya.

Hidup dalam sebuah persekitaran atau masyarakat yang mengutamakan nafsu, tidak memungkinkan kehidupan Islam dapat ditegakkan di situ. Oleh itu menjadi kewajipan kepada kita semua, bagi membebaskan diri dari perkara-perkara yang mencacatkan jiwa kita. Kita mesti berusaha menyelamatkan saudara yang lain dalam usaha membebaskan diri dari penyakit-penyakit hati dan jiwa. Suka kepada nafsu akan membuahkan sikap suka mengkritik sahaja dan bukannya membina. Sikap ini jelas membawa kepada kehancuran. Maka sama-samalah kita berusaha menjaga hati kita dan sahabat kita dari kehancuran yang lebih besar dalam masyarakat atau dalam sesebuah jemaah. Selalulah memberi peringatan, berkawanlah dengan orang yang boleh menunjukkan kita ke jalan yang diredhai Allah dan sentiasalah berusaha membersihkan hati kita serta serulah orang lain kejalan Allah yang benar.
Lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan yang berkat ini yang digandakan pahala ibadah, carilah peluang untuk kita memuhasabah diri kita, menyucikan diri dari kotoran jiwa terutama 10 terakhir dalam bulan Ramadhan.

سيروا على بركة الله


Hukum perempuan memakai seluar panjang?

| Ahad, 16 Ogos 2009 |

Assalamu’alaikum….Segala pujian itu bagi Allah sekalian ‘alam, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. serta atas keluarga baginda dan para sahabat ridwanullahi ajma’in, adapun selepas itu;
Sahabat sahabiah pembaca sekalian, moga hidup kalian sentiasa dirahmati dan diredhai Allah, disamping hidup dalam berkebajikan untuk diri dan Islam kepada seluruh masyarakat.

Di dalam post kali ini, ana ingin berkongsi bersama sahabat pembaca untuk merungkai satu permasalahan yang berlaku dan kerap di perbahaskan di kalangan mahasiswa Islam khususnya di INSANIAH. Sebagai pengetahuan dan maslahah kepada kita semua bagi memelihara bumi barakah ini dari tercemar oleh gejala-gejala yang boleh merosakkan Bi’ah Solehah yang diperjuangkan dan dilaungkan oleh MPM serta status Kolej Universiti yang berpaksikan Islam yakni al-Quran dan as-Sunnah.

Ana nukilkan disini pandangan ulama’ dari kitab : ‘Husnul Ibanah fi Bayani Syuruti Malabis al-Mukminat’ [suatu penjelasan yang bagus tentang syarat-syarat pakaian perempuan beriman, oleh Ust Aminuddin Hj Abd Rahim]. Menurut pandangan ulama’-ulama’ Islam tentang hukum perempuan memakai seluar panjang berasaskan syariat Islam, sebagaimana berikut :

1. Menurut Syeikh ‘Atiyyah Soqr rahimahullah [Mantan Pengerusi Lujnah Fatwa Al-Azhar Al-Syarif] : “Sebenarnya. Pada dasarnya seluar panjang itu lebih kemas menutup aurat lelaki dan perempuan, dan tidak ada aib cela seluar panjang yang dipakai mereka sekarang ini, cuma bagi perempuan pula ia menonjolkan dan memperlihatkan anggota badan dan punggungnya dengan rupa yang menggiurkan sekalipun tidak berwarna-warni yang mengundang perhatian. Kalaulah seluar perempuan itu berwarna-warni tetapi ia meletakkan pula diluarnya kain lain yang menutupi anggota-anggota yang boleh menimbulkan fitnah di samping menghalang bentuk rupanya (dari dilihat dan diketahui orang lain) maka sudah tentu hukumnya tidak mengapa.” [Mausu’ah al-Usrah tahta Ri’ayah al-Islam, m.s. 99]

2. Menurut Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaili hafizahullah dalam kitabnya Fatawa Mu’asirah m.s. 191 ketika ditanya tentang hukum; “Adakah perempuan harus memakai seluar panjang?.” Ia menjawab hukumnya; “Haram bagi perempuan memakai seluar panjang kerana ia ketat (sempit) yang boleh menampakkan susuk tubuhnya (yang membawa kepada fitnah) dan juga kerana ia menyerupai lelaki dan Allah melaknat perempuan-perempuan yang menyerupai lelaki. Tetapi jika perempuan itu memakai baju yang (longgar) menutupi di atas seluar itu (baju atau jubah) sehingga sampai bawah dari paras lutut maka diharuskan kerana ’illat pengharaman itu sudah tiada ketika ini.” [Fatawa Mu’asirah, m.s. 191]

3. Menurut Syeikh Ismail Usman Zain al-Yamani al-Makki rahimahullah (Ulama’ Besar Mazhab al-Syafi’e di Tanah Suci Mekah al-Mukarramah) ketika ditanya tentang hukum wanita memakai seluar panjang;
Soal : Apakah pendapat kamu terhadap wanita yang memakai seluar panjang dan juga memakai baju yang labuh di atasnya sehinga sampai ke paras lutut dan seluar panjang tadi hanya boleh dilihat bahagian bawahnya saja, adakah ia termasuk dalam ertikata haram seorang wanita memakai pakaian lelaki atau sebaliknya.?
Jawap : Pakaian seperti ini tidak haram ke atas wanita memakainya selagi pakaian itu tidak jarang ataupun ketat yang boleh menampakkan susuk tubuhnya yang cantik kerana yang demikian termasuk dalam hadis “berpakaian tetapi bertelanjang” kerana ia bukan dikhususkan kepada lelaki sahaja, tetapi haram ia membuka auratnya atau separuh daripada auratnya di depan lelaki ajnabi. [Qurratul ‘Ain, m.s. 233]

Mereka (muslimat) diharuskan untuk memakai seluar panjang tetapi mestilah mengikut lunas-lunas yang ditetapkan oleh syariat Islam iaitu al-Quran dan as-Sunnah, selagi mana kita tetap berpegang dengan keduanya, maka kita tidak akan sesat sampai bila-bila. Inilah pusaka peninggalan baginda Nabi Muhammad s.a.w. kepada umatnya hingga akhir zaman. Oleh itu, kita dapati daripada pandangan ulama’ tersebut di atas tentang kaedah pemakaian mengikut hukum syariat bagi perempuan yang ingin memakai seluar panjang, seperti berikut :

a. Pakaian itu mestilah yang menutupi anggota-anggota yang boleh menimbulkan fitnah, ini berdasarkan kepada firman Allah s.w.t. :
إلا ما ظهر منها
“..melainkan apa yang zahir daripadanya.” [surah an-Nur ayat 31]
Ditafsirkan oleh ulama’ kecuali muka dan kedua tapak tangan bukanlah aurat. Ini bererti perempuan yang memakai seluar panjang mestilah menutupi seluruh tubuh kecuali muka dan kedua tangan (sehingga pergelangan).

b. Pakaian tersebut juga mestilah yang boleh menghalang bentuk rupanya daripada dilihat dan diketahui orang lain yang jenis longgar dan tidak ketat dipakai yang boleh menampakkan susuk tubuhnya yang cantik kerana yang demikian berdasarkan hadis nabi s.a.w. :
عن أسامة بن زيد رضى الله عنهما قال كسانى رسول الله قبطية كثيفة كانت مما
أهدى له دحية الكلبى فكسوتها امرأتى
فقال لى رسول الله صلى الله عليه وسلم : " مرها أن تجعل تحتها غلالة ، فإنى أخاف أن تصف حجم عظامها .
( رواه أحمد ) . والغلالة شعار يلبس تحت الثواب

Sayyidina Usamah bin Zaid r.a. telah berkata; baginda Rasulullah s.a.w. telah memakaikan kepadaku sejenis pakaian yang tebal di mana pakaian itu ialah hadiah daripada Sayyidina Dihyah al-Kalbi r.a. kepada baginda. Kemudian daku pakaikan itu pada isteriku. Baginda terus bersabda : “Suruhlah isterimu mengenakan pakaian lain di sebelah dalam kerana saya khuatir pakaian yang ku hadiahi tadi menonjolkan bentuk rangka atau tubuhnya.” [riwayat Ahmad hadis no : 21845].
Maksud al-Ghilalah : sejenis kain selimut yang dipakai di sebelah dalam pakaian.

c. Memakai baju yang menutupi di atas seluar itu (baju atau jubah) sehingga sampai bawah dari paras lutut maka diharuskan kerana ’illat (sebab) pengharaman itu sudah tiada ketika ini.

d. Pakaian itu tidak jarang atau nipis sehingga menampakkan warna kulit dan rambutnya, ini termasuk larangan dari sabda Nabi s.a.w. :
ونساء كاسيات عاريات
“..segolongan perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang..” [riwayat muslim hadis no : 2128]
Imam Nawawi rahimahullah mentafsirkan di dalam syarah Sahih Muslim, juz 14, m.s. 110 tentang maksud berpakaian tetapi telanjang dengan tiga tafsiran berikut :
- Memakai nikmat Allah tetapi telanjang daripada mensyukurinya (tidak mensyukurinya).
- Menutupi sebahagian badan dan membuka sebahagian yang lain untuk memperlihatkannya kepada orang lain.
- Memakai pakaian nipis yang memperlihatkan warna badannya.

Justeru itu, sudah terang lagi bersuluh berdasarkan suluhan ilahi (al-Quran dan as-Sunnah) bagi kita mengenal pasti apakah hukum yang ditetapkan oleh syara’ terhadap perempuan yang suka dan ingin untuk memakai seluar panjang dalam kehidupan yang serba moden ini. Ini menunjukkan keistimewaan dan keindahan yang ada dalam ajaran Islam, yang tidak terdapat dalam ajaran lain selain Islam. Islam tetap menjaga maslahah ummah bagi mengelak dari berlakunya perkara yang diharamkan dalam Islam. Islam tidaklah begitu jumud sebagai yang didakwa sesetengah mereka yang kurang kefahaman agama. Sebab itu, dalam kaedah fiqh ada menyebut ‘berubahnya hukum mengikut perubahan zaman’. Begitu juga, salah satu sifat khusus Islam adalah bersifat waqi’eyyah. Bermaksud ajaran Islam adalah sesuai mengikut suasana dan tempat. Sebagai contoh; Islam mewajibkan penutupan aurat, tetapi cara penutupannya mengikut kesesuaian tempat dan suasana di mana seseorang muslim itu berada.
Sabda Rasulullah s.a.w. :
المرأة عورة فإذا خرجت استشرفها الشيطان
Maksudnya : “Perempuan itu aurat, apabila ia keluar maka syaitan bergegas menumpukan perhatiannya (untuk memperdayakannya).” [riwayat at-Tirmizi katanya hadis hasan sahih, riwayat Ibnu Hibban].

Oleh demikian itu, jika kita lihat sekarang ramai perempuan memakai seluar panjang, kerana bagi mereka lebih mudah untuk melakukan sesuatu perkara. Umpamanya untuk menaiki motorsikal untuk ke kuliah pengajian, untuk bersukan dan riadhah bagi menjaga kesihatan tubuh adalah dituntut dalam Islam. Persoalannya, bagaimanakah cara dan kaedah pemakaian seluar panjang bagi perempuan mengikut syariat yang sebenar. Inilah yang menjadi titik perbezaan antara syariat Islam dan selainnya. Islam sudah tunjukkan jalan yang terbaik untuk kita jalani dalam landasannya yang betul. Walaupun begitu, masih juga kedapatan wanita Islam suka mengikut gaya dan fesyen barat yang telah lama menjajah pemikiran orang Islam secara tersembunyi.
Apabila kita perhatikan iklan-iklan di dalam kaca televisyen, banyak menayangkan gaya pemakaian ke arah kebaratan bukan ke arah keislaman yang menyebabkan muda-mudi mudah terpengaruh. Inilah cara barat menjajah pemikiran umat Islam secara tersembunyi. Oleh itu, ayuh wahai para pejuang Islam sekalian untuk kita sama-sama memperbetulkan persepsi negative masyarakat terhadap Islam, inilah masanya untuk kita bertindak melaungkan keistimewaan Islam ke dalam masyarakat bukan hanya terperut dalam ruang lingkup kampus semata-mata. Inilah medan yang sebenar dan cabaran untuk para pejuang melaksanakan pengislahan terhadap masyarakat. Jika bukan kita yang diberi kefahaman Islam untuk melaksanakannya siapa lagi untuk menggalas tanggungjawab ini. TAKBIIIIIRRRRR!!!! Allahu Akbar…

‘Grow with Islam’
Siiru 'ala barakatillah...


Apakah salah mereka?

| Rabu, 5 Ogos 2009 |

Salam perjuangan buat sahabat pembaca sekalian..





Buat tatapan sahabat pembaca sekalian
”Di Palang Ini… Tolonglah Bilang Apakah Salahku?”


Tarbiyyah & Dakwah

| Isnin, 3 Ogos 2009 |


Apakah kesan tarbiyyah tanpa dakwah?

Tarbiyyah adalah potensi seperti air dalam badan manusia. Sememangnya air diperlukan, namun ia perlu bergerak dan dijelmakan dalam bentuk pelbagai seperti darah dsb. Jika air tersebut diperam didalam badan ia tak dibuang, ia akan menyebabkan penyakit. Segala ilmu dan potensi yang dibina dalam tarbiyyah yang tidak diterjemahkan dalam bentuk aplikasi dakwah akan menyebabkan seseorang itu penuh dengan penyakit hati sehingga lebih suka menjadi penghukum daripada menyeru kearah kebenaran. Tanpa dakwah, tarbiyyah akan merosakkan diri seseorang kerana merasakan diri sahaja betul dan individu lain salah.

Apakah kesan dakwah tanpa tarbiyyah?

Tarbiah adalah minyak yang menyediakan tenaga dan modal kepada pendakwah. Jika pada awalnya si pendakwah bersemangat untuk mengajak manusia ke arah kebaikan, ia akan ketandusan minyak jika tidak dibekalkan dari semasa ke semasa. Apabila ketandusan minyak, bukan sahaja dakwah tidak dapat dilaksanakan dengan baik malah kekadang si pendakwah itu sendiri rasa letih dan tidak mampu meneruskan kerja dakwah. Inilah asas kepada gejala keguguran di medan dakwah. Tarbiyyah yang kurang mantap memudahkan seseorang itu gugur daripada jalan yang mulia ini.

Dimana ada tarbiyyah, disitu wujudnya dakwah. Tarbiyyah adalah proses pembentukan diri seseorang pendakwah, maka dakwah adalah amal yang akan dilaksanakan oleh pendakwah selepas proses pembentukan dan pembinaan jatidiri daripada tarbiyyah tersebut. Jangan kita laksanakan dakwah tanpa melalui terlebih dahulu dengan proses tarbiyyah dan berterusan dalam tarbiyyah. Juga jangan hanya ditarbiyyah tapi tidak melaksanakan dakwah selepas melalui peringkat pembinaan dalam tarbiyyah. Maka jadilah seseorang yang ditarbiyyah dan mentarbiyyah. Wallahualam..

Siiru 'ala barakatillah.


;

Kenali Ulama'

Yaumul 'eid 2009

Syeikh Ibnu Ata'illah As-Sakandari menyatakan :
"Raja' (harapan) iaitu kehendak yang diiringi dengan amal. Kalu tidak, disebut umniyyah ( angan-angan)".
Harapan yang diakui dalam Islam ialah harapan yang disertakan dengan amalan. Sekiranya tidak disertai dengan amalan, ia merupakan sejenis angan-angan kosong yang lebih hampir kepada mimpi di siang hari sahaja. Begitu juga dengan seseorang pejuang Islam yang ingin merubah sistem jahiliyah ini ke arah sistem Islam seluruhnya, namun tidak pernahpun bergerak untuk merealisasikan hasratnya itu, keinginannya itu hanyalah angan-angan kosong sahaja.


Ape Ade Pade Name

ABDUL YADIY
AAmanah
BBijaksana
DDinamik
UUntung
LLemah-lembut
YYakin
AAlim
DDedikasi
IIkhlas
YYakin
Apa ada pada nama?

Facebook Badge

~Alirkanlah Dlm Dirimu Cinta Hanya Pd-NYA~

Silibus Tarbiah Usrah

Silibus Tarbiah Usrah
Satu Lambang Komitmen Sekelompok UMMAH Menggerakkan Tarbiah Generasi Baru ISLAM

~Anjung Sahabat~

Soutul Ukhuwah


ShoutMix chat widget

Pengikut

Qalbun Salim