Berhati-hati dengan masalah hati

| Isnin, 18 Mei 2009 |

Assalamu'alaikum...

Moga dirahmati dan diredhai Allah dalam segenap kehidupan kalian. Allah redha kepada hambaNya yang sentiasa berjuang bagi memastikan Islam sentiasa dipandang tinggi oleh musuhNya dan memartabatkan Islam dipersada dunia. Allah membeli dari golongan yang berjuang di jalan Allah dengan harga syurga dan keredhaanNya, manakala golongan pejuang pula menjual dan mewakafkan di jalan Allah dengan harta dan diri mereka. Semua ini hanya dapat dilakukan dalam bentuk berjihad di jalanNya dari mengucap syahadah sehingga mati syahid. Firman Allah SWT :
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka, dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang telah ditetapkan oleh Allah di dalam (kitab-kitab) Taurat dan Injil serta al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar." [surah at-taubah : 111]

Walaubagaimanapun, di dalam menyusuri jalan perjuangan ini tidak dapat tidak akan bertembung dengan ujian dari Allah untuk Allah menapis golongan yang betul-betul ikhlas dan ingin berjuang di jalanNya. Disini kita kena sama-sama berhati-hati dengan masalah utama yang dihadapi oleh kebanyakkan aktivis dakwah atau dalam mana-mana gerakkan Islam masa kini iaitu masalah hati dalam jemaah (baca : sakit hati, terasa hati, dll).

Kenapa perkara ini masih lagi berlaku walaupun masing-masing boleh dikatakan kuat dalam amalan fardunya, faham dalam ilmu-ilmu agama yang sentiasa di perdengarkan dengan qauluLLAh qaulu Rasulullah, hebat dalam gerak kerja dakwah mereka dan hal-hal yang sewaktu dengannya. Dimanakah puncanya? Salah orang lain atau diri sendiri. Yakinilah, jini adalah salah diri sendiri yang jika satu jari telunjuk mengarah kearah lain, maka jari yang selebihnya tertunjuk kepada diri kita sendiri.

Pada diri kita ada seketul daging, jika baiknya maka baiklah seluruh anggota lain dan sebaliknya, ia dinamakan 'hati'. Hati yang baik dan mendapat cahaya hidayah Allah akan memandu kita untuk sentiasa melakukan perkara yang dibenarkan oleh Islam dengan penuh kesedaran diri. Maka kita kena baiki hati kita, hati kita yang bermasalah sebenarnya penuh dengan maksiat batiniah, penuh dengan sifat-sifat keji; ada yang suka buruk sangka terhadap ahli bawahan dan ahli bawahan buruk sangka terhadap pimpinan, tiada husnuz zan sesama anggota tanzim, sepatutnya seseorang aktivis dakwah memerlukan husnuz zan yang tinggi sesama mereka, mudah merajuk bila kena marah sikit tentang gerak kerja tak berjalan atau lembab, simpan masalah dalam hati lama kelamaan bengkak membesar dan pecah seterusnya menyebabkan tanzim menjadi huru hara.

Kita perlu sekat perkara dari sekarang, Bagi ana yang lemah ini berpandangan, peringkat pertama kita mulakan dulu dengan pembersihan diri "tazkiyatun nafs" dengan pembelajaran kitab-kitab tasawwuf untuk membina kefahaman dan seterusnya mengubah jiwa. seperti kitab Minhajul 'Abidin ke atau mana-mana kitab yang sesuai. Kebanyakkan kita selalu menekankan tentang kefahaman haraki, dakwah dan perjuangan tapi lupa untuk membentuk jiwa sufi dari sudut kerohanian diperingkat takwin ini. Bukannya perkara tersebut tidak penting tapi kita cuba 'tawazun' seimbangkan antara kedua-dua tersebut.

Kalau kita lihat kembali lembaran sirah Nabi, pada permulaan sebelum berdakwah, Rasulullah membersihkan dirinya terlebih dahulu, membentuk hatinya untuk dijadikan tempat hidayah Allah bertapak, bermula dengan berkhulwah seorang diri, kemudian diwajibkan bersolat tahajjud, seterusnya keluar berdakwah.

Lihat kembali sejarah panglima Islam Salahuddin al-Ayyubi yang memeriksa setiap khemah tentera Islam pada waktu sebelum subuh, mana-mana yang bangun berqiamullai untuk membina kekuatan rohani sebelum melawan dengan kekuatan fizikal.

Sekian dahulu pandangan ana, mungkin sahabat-sahabat ada pandangan yang lain yang lebih mantop untuk kita sama-sama membina keutuhan persatuan dalam mendepani cabaran yang mendatang lebih kukuh.


0 comments:

;

Kenali Ulama'

Yaumul 'eid 2009

Syeikh Ibnu Ata'illah As-Sakandari menyatakan :
"Raja' (harapan) iaitu kehendak yang diiringi dengan amal. Kalu tidak, disebut umniyyah ( angan-angan)".
Harapan yang diakui dalam Islam ialah harapan yang disertakan dengan amalan. Sekiranya tidak disertai dengan amalan, ia merupakan sejenis angan-angan kosong yang lebih hampir kepada mimpi di siang hari sahaja. Begitu juga dengan seseorang pejuang Islam yang ingin merubah sistem jahiliyah ini ke arah sistem Islam seluruhnya, namun tidak pernahpun bergerak untuk merealisasikan hasratnya itu, keinginannya itu hanyalah angan-angan kosong sahaja.


Ape Ade Pade Name

ABDUL YADIY
AAmanah
BBijaksana
DDinamik
UUntung
LLemah-lembut
YYakin
AAlim
DDedikasi
IIkhlas
YYakin
Apa ada pada nama?

Facebook Badge

~Alirkanlah Dlm Dirimu Cinta Hanya Pd-NYA~

Silibus Tarbiah Usrah

Silibus Tarbiah Usrah
Satu Lambang Komitmen Sekelompok UMMAH Menggerakkan Tarbiah Generasi Baru ISLAM

~Anjung Sahabat~

Soutul Ukhuwah


ShoutMix chat widget

Pengikut

Qalbun Salim