Kenangan Di Hari Raya

| Isnin, 5 Oktober 2009 |

Salam kebahagiaan dan keceriaan,

Bersama keluarga semasa hari raya (5 beradik)


Bergambar bersama dengan kakak ipar dan abang ipar serta anak saudara (yang di tepi tu duk menyibuk..)

Semoga kita semua beroleh ketaqwaan hasil dari mujahadah dalam madrasah ramadhan yang telah dilalui dengan penuh ranjau cabaran yang menghadam.

Alirkan dalam diri mu sifat ketaqwaan kepada Allah. Taqwa sebagaimana di sebut oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan) :

“kita suka dok sebut, kita orang melayu, orang cina, orang arab dll. Itu semua tidak penting disisi Allah. yang penting disisi allah adalah, kita tanya diri kira, apakah kita mukmin ke tidak mukmin”

“kerana, mukmin tidak mukmin ini akan menjadi modal; menjadi cagaran kita di padang mahsyar kelak”

“kalau kita jadi cina, tapi ikut nabi Muhammad. Itulah hakikat sebenarnya (kita sebagai manusia yang mendapat sayang dari Allah)”

”orang melayu terjemah Muttaqin, orang yang takut. Boleh juga, tapi tak berapa tepat. Terjemahan betulnya, orang yang beringat (berhati-hati)”

”beringat ini bukan kerja senang. Kalau beringat dua tiga hari, mungkin kita boleh buat. Tapi kalau hari-hari, memang susah. Kerja berat. disebbakan ini adalah kerja berat, Allah bagi upah. Upahnya adalah syurga”

”Kita selalu beringat, bimbang polis saman, polis tangkap, beringat kena lelong. Dan dalam banyak perkara yang perlu kita beringat adalah, takut malaikat tulis benda tak molek, yang akan didedah di akhirat kelak”

”sebab itu, tidak ada cara untuk nak mengelak dari keselamatan dan keamanan, lain daripada turut Islam. jadi orang muttaqin”

::Siiru 'ala Barakatillah::


0 comments:

;

Kenali Ulama'

Yaumul 'eid 2009

Syeikh Ibnu Ata'illah As-Sakandari menyatakan :
"Raja' (harapan) iaitu kehendak yang diiringi dengan amal. Kalu tidak, disebut umniyyah ( angan-angan)".
Harapan yang diakui dalam Islam ialah harapan yang disertakan dengan amalan. Sekiranya tidak disertai dengan amalan, ia merupakan sejenis angan-angan kosong yang lebih hampir kepada mimpi di siang hari sahaja. Begitu juga dengan seseorang pejuang Islam yang ingin merubah sistem jahiliyah ini ke arah sistem Islam seluruhnya, namun tidak pernahpun bergerak untuk merealisasikan hasratnya itu, keinginannya itu hanyalah angan-angan kosong sahaja.


Ape Ade Pade Name

ABDUL YADIY
AAmanah
BBijaksana
DDinamik
UUntung
LLemah-lembut
YYakin
AAlim
DDedikasi
IIkhlas
YYakin
Apa ada pada nama?

~Alirkanlah Dlm Dirimu Cinta Hanya Pd-NYA~

Silibus Tarbiah Usrah

Silibus Tarbiah Usrah
Satu Lambang Komitmen Sekelompok UMMAH Menggerakkan Tarbiah Generasi Baru ISLAM

~Anjung Sahabat~

Soutul Ukhuwah


ShoutMix chat widget

Pengikut

Qalbun Salim