Simpan Gambar Non-Mahram: Satu Pandangan

| Khamis, 4 Disember 2008 |

Assalamualaikum...

Alhamdulillah was salatuwassalamu 'ala al-mustafa wa 'ala aalihi al-muhtada..amma ba'du..

Dalam mazhab syafi'e, asal sesuatu perkara ini adalah harus sehingga ada dalil yang jelas yang mengharamkannya. Dalam bab menyimpan gambar non mahram ini, ianya kembali kepada dua persoalan iaitu persoalan aurat dan persoalan fitnah. Kami rasa semua kita sudah jelas tentang aurat, tetapi apabila menyentuh tentang persoalan fitnah, kita terlupa fitnah juga boleh berlaku ke atas diri sendiri, berkhayal, selalu teringatkan si dia, lagha dan sebagainya. Kita juga seharusnya sedaya upaya untuk menutup fitnah yang mungkin daripada orang lain kepada diri kita. Sebenarnya konsep menyimpan gambar ini juga berhubung kait dengan persoalan ikhtilat kita secara tidak langsung. Islam menutup semua pintu fitnah demi untuk menjaga kemashlatan dan kehormatan umatnya. Apabila menghuraikan ayat "Janganlah mendekati zina" kebanyakkan ulama' tafsir telah menggariskan perkara-perkara yang boleh mendekatkan diri kepada zina termasuk zina hati, zina mata, dan sebagainya.

Memang berlaku khilaf di kalangan fuqaha' tentang menyimpan gambar wanita bukan mahram. Ada yang kata boleh selagi mana tidak berkhayal atau membawa kepada lalai mengingati Allah SWT dan ada kata memang tak boleh sebab ia membuka kepada pintu-pintu fitnah yang lebih besar. FirmanNya :

"Dan sungguh Allah telah menerangkan kepadamu apa-apa yang Ia haramkan atas kamu." (al-An'am: 119)

Perkara halal yang sudah jelas, boleh terus dilakukan dan dalam persoalan haram sudah jelas juga, samasekali tidak ada rukhsah untuk mengerjakannya, selama masih dalam keadaan normal.

Tetapi di sebalik dua situasi itu iaitu antara halal dan haram terdapat satu lagi persoalan yang mesti kita perhatikan iaitu syubhah. Syubhah merupakan sesuatu tidak begitu jelas antara halal dan haramnya bagi manusia. Hal ini boleh terjadi mungkin kerana tasyabbuh dalil dan mungkin kerana tidak jelasnya jalan untuk menerapkan nas (dalil) yang ada terhadap suatu peristiwa atau hukum. Terhadap persoalan ini Islam memberikan suatu garis yang disebut Wara' (suatu sikap berhati-hati karena takut berbuat haram). Di mana dengan sifat itu seorang muslim diharuskan untuk menjauhkan diri dari masalah yang masih syubhat, supaya dia tidak terjerumus untuk berbuat kepada sesuatu yang haram.

Dasar kepada prinsip ini ialah sabda Nabi yang mengatakan :

"Yang halal sudah jelas dan yang haram pun sudah jelas, di antara keduanya itu ada beberapa perkara yang belum jelas (syubhah), banyak orang yang tidak tahu: apakah dia masuk kepada yang halal atau kepada yang haram? Maka barangsiapa yang menjauhinya kerana hendak membersihkan agama dan kehormatannya, maka dia akan selamat,. dan barangsiapa mengerjakan sedikitpun daripadanya hampir-hampir ia akan jatuh ke dalam haram, sebagaimana orang yang menggembala kambing di sekitar daerah larangan, dia hampir-hampir akan jatuh kepadanya. Ingatlah! Bahawa tiap-tiap raja mempunyai daerah larangan. Ingat pula, bahwa daerah larangan Allah itu ialah semua yang diharamkan." (Riwayat Bukhari, Muslim dan Tarmizi, dan riwayat ini adalah lafaz Tarmizi)

Bagi kami, dalam isu ini, adalah lebih baik kita kembali kepada prinsip saddudz dzara'i, iaitu menutup pintu ke arah kemaksiatan tanpa kompromi. Maka apa saja yang dapat membangkitkan syahwat dan membuka pintu fitnah sama ada oleh lelaki atau perempuan, serta mendorong orang untuk berbuat maksiat atau paling tidak mendekatkan perbuatan maksiat, atau yang memberikan jalan-jalan untuk berbuat maksiat, maka Islam melarangnya demi untuk menutup jalan berbuat haram dan menjaga daripada perbuatan yang merosakkan.

Imam Qurthubi dalam menafsirkan firman Allah yang berkenaan dengan isteri-isteri Nabi, iaitu yang tersebut dalam surah al-Ahzab ayat 53, yang bermaksud : "Apabila kamu minta sesuatu (makanan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari balik tabir. Kerana yang demikian itu lebih dapat membersihkan hati-hati kamu dan hati-hati mereka itu,"

Telah mengatakan bahawa : maksudnya perasaan-perasaan yang timbul dari orang laki-laki terhadap orang perempuan, dan perasaan-perasaan perempuan terhadap laki-laki. Cara seperti itu lebih baik untuk menghilangkan perasaan-perasaan bimbang dan lebih dapat menjauhkan dari tuduhan yang bukan-bukan, fitnah yang boleh dilemparkan dan lebih positif untuk melindungi keluarga.

Menyambung huraian Imam Al-Qurtubi ini, Prof. Dr. Yusof Qardhawi di dalam bukunya Fatwa-Fatwa Kontemporari, Jilid II telah menegaskan bahawa manusia tidak boleh percaya pada diri sendiri dalam hubungannya bagi masalah dengan perempuan yang tidak halal baginya (begitu juga sebaliknya). Oleh karena itu menjauhi perkara tersebut akan lebih baik dan lebih dapat melindungi. Maksudnya seperti dalam kaedah Fiqh "Al-Wiqayah Khair Min Al-'Illaj" (mencegah lebih baik daripada merawat).

Kami harapkan, bahawa sebagai pelajar yg belajar ilmu Islam, kita mestilah berbeza dengan orang awam. Apa yang tidak berdosa bagi orang awam, mungkin menjadi satu "dosa" bagi kita.

Suluhan Ilahi : Kalau yang simpan gambar tu kena jauhi la dari sekarang, apatah lagi kalau yang duk telefon sampai berjam-jam atau setiap hari (dalam perkara yang bukan syari'e), selalu bersms sampai lagha atau lebih teruk berjumpa dan bawa balik ke rumah dan sebagainya. Pandangan tersebut adalah termasuk bagi yang ambik gambar berdua-duaan, Masya-Allah!! Na'uzubillah....

Wallahu A'lam..


3 comments:

Great Hunter berkata...

Ustaz tapikabn saya simpan gambar tu bukan untuk hawa nafsu. Sebab bila saya tengok gambar dia hati saya yg keras ni jadi lembut dan saya mula berubaj kearaah kebaikn.
Dalam kata lain jika saya nk buat jahat saya tgok gambar dia xjadi niat jhat tu sebab teringat dkt. Dia...
Ermmm klau untuk kbaikan xpe kee

Great Hunter berkata...

Ustaz tapikan saya simpan gambar tu bukan untuk hawa nafsu. Sebab bila saya tengok gambar dia hati saya yg keras ni jadi lembut dan saya mula berubaj kearaah kebaikn.
Dalam kata lain jika saya nk buat jahat saya tgok gambar dia xjadi niat jhat tu sebab teringat dkt. Dia...
Ermmm klau untuk kbaikan xpe kee ..
Saya yang jahil lps kenal dia saya berubah sangat..
Saya tgok gambar dia buat saya teringat kata2 yg buat saya ingin lagi ke arah kbaikan

Tanpa Nama berkata...

Sya bukan ustaz atau ustazah.. Tapi ,sya sekdr mahu memberi pandgn, jgn berubah kerana manusia, berubah kerana Allah, simpan gambar bukan mahram boleh akibatkn zina hati..

;

Kenali Ulama'

Yaumul 'eid 2009

Syeikh Ibnu Ata'illah As-Sakandari menyatakan :
"Raja' (harapan) iaitu kehendak yang diiringi dengan amal. Kalu tidak, disebut umniyyah ( angan-angan)".
Harapan yang diakui dalam Islam ialah harapan yang disertakan dengan amalan. Sekiranya tidak disertai dengan amalan, ia merupakan sejenis angan-angan kosong yang lebih hampir kepada mimpi di siang hari sahaja. Begitu juga dengan seseorang pejuang Islam yang ingin merubah sistem jahiliyah ini ke arah sistem Islam seluruhnya, namun tidak pernahpun bergerak untuk merealisasikan hasratnya itu, keinginannya itu hanyalah angan-angan kosong sahaja.


Ape Ade Pade Name

ABDUL YADIY
AAmanah
BBijaksana
DDinamik
UUntung
LLemah-lembut
YYakin
AAlim
DDedikasi
IIkhlas
YYakin
Apa ada pada nama?

~Alirkanlah Dlm Dirimu Cinta Hanya Pd-NYA~

Silibus Tarbiah Usrah

Silibus Tarbiah Usrah
Satu Lambang Komitmen Sekelompok UMMAH Menggerakkan Tarbiah Generasi Baru ISLAM

~Anjung Sahabat~

Soutul Ukhuwah


ShoutMix chat widget

Pengikut

Qalbun Salim