Salam hijrah,
Alhamdulillah syukur kpd Allah yang telah membekalkan nafas kepada kita supaya dapat kita rasai kenikmatan di dunia dalam keadaan melaksanakan tuntutanNYA dan suruhanNYA. Hari ini telah genap lah setahun dalam bulan hijriah kita melaksanakan segala tuntutan dan suruhanNYA, samada sedikit atau banyak amalan yang telah kita laksanakan, itu tidak menjamin kita untuk dapat masuk syurgaNYA yang sungguh istimewa. Hanya bagi orang yang benar-benar bertaqwa dan melaksanakan dalam keikhlasan kepada Allah sahaja dapat mengecapinya. Oleh itu, marilah sama-sama kita tingkatkan sebanyak yang mungkin ketaqwaan dan keikhlasan kita dalam melaksanakan tuntutan ilahi.
Hanya dengan ketaqwaan dan rahmat dari ilahi saja yang menjamin untuk ke syurga. Mafhum ayat al-Quran : "Sesungguhnya orang yang muliakan di sisi Allah hanyalah orang yang benar-benar bertaqwa kepada Allah".
Allah tidak melihat sebanyak mana harta yang dikumpulkan, tidak juga banyak mana amalan telah kamu lakukan, juga rupa paras, tubuh badan kalian, jawatan yang telah disandang, tetapi ingatlah yang akan dilihat pada seseorang itu adalah qulub atau hati kita kemudian barulah amalan kita akan dihitung dan dikira pada yaumul hisab. Insafilah diri yang hina ini, yang banyak bergelombang dengan dosa, moga kita tidak menyesal pada hari menerima segala pembalasan.
Sementara gelombang hijrah masih bernyala dan baru, mara lah kita sama-sama dalam mengharungi arus perubahan ke arah perubahan yang lebih diredhai Allah. Jika hari ini kita menjanjikan perubahan dalam kehidupan kita dan ummah seluruhnya, maka marilah mempraktikkan dan melaksanakannya dalam lapangan kehidupan bukan janji tinggal janji, sebagai mana orang-orang munafik dalam menunaikan janji. Na'uzubillah.
Laungkanlah slogan perubahan ke arah kebijaksanaan, semoga ia menjadi dan terlaksana dalam realiti. Bersemangat lah dalam meniti perjalanan yang panjang dan menyusahkan ini yakni kerja-kerja dalam lapangan Amal Islami kerana untuk mencapai kepada matlamat yang agung bukan nya mudah sebagaimana mudahnya mencapai duniawi. ia memerlukan kerahan keringat yang banyak di sepanjang jalan yang berliku ini. justeru itu, perubahan dalam jiwa pendakwah diperlukan untuk membentuk kesejahteraan seluruh ummah.
Perubahan menjana ummah bertaqwa!!! Takbir!!!!!!!!
Hijrah : Permulaan Ke arah Perubahan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan