Sebaik-baik Tindakan ; Bersederhana

| Jumaat, 5 Disember 2008 |

Salam Ukhwah,

Tindakan adalah suatu yang tidak dapat dielak. Apabila tiba masa dan saat ketikanya , mahu tidak mahu kita terpaksa bertindak. Cuma tindakan biasanya diambil berasaskan elemen yang berbeza . Ada yang bertindak berasaskan perasaan . Perasaan marah , benci , dendam , sakit hati , hasad , panas baran , rasa diri yang lebih betul dan sering mencurigai pihak yang lain.

Tindakan yang melandasi perasaan ini biasanya bersifat terburu - buru . Selalunya membawa kesan yang negatif . Tetapi bagi yang bertindak sedemikian akan rasa puas hati kerana berjaya melepaskan perasaannya. Dia mungkin tidak memperdulikan lagi apa akibat tindakannya. Mungkin juga suatu ketika ia menyesal atas tindakannya. Namun apa boleh buat , penyesalan di kemudian hari tentu sahaja tidak membawa apa - apa makna kepada kita.

Sewaktu kita mengurus perjuangan Islam ini , tindakan ini ( berasaskan perasaan semata - mata ) adalah salah . Sekalipun sewaktu kita berhadapan dengan musuh . Sebab itu saidina Ali Karramallhuwajhah sewaktu mengangkat pedang untuk membunuh musuh tiba - tiba musuh meludah mukanya , lalu Saidina Ali membatalkan hasrat untuk memancung leher musuh tersebut . Bila ditanya kenapa beliau tidak bertindak , Saidina Ali menjawab , jika aku bertindak maka tindakan itu bukan lagi kerana Allah tetapi kerana perasaan marah disebabkan mukanya diludah.

Sekali pandang kepada kisah ini , kita rasa ia mungkin satu hikayat . Tapi inilah realiti sebuah pengurusan perasaan yang sukar tetapi wajar .

Kita biasa dengar orang - orang tua berkata , menurut perasaan binasa badan . Ia sememangnya suatu implikasi yang diketahui . Cuma manusia sering terperangkap dalam kehendak perasaan yang sukar dikawal . Tambahan pula didorong oleh sejarah silam yang cukup tragis dalam hidupnya.

Nabi kita Muhammad saw. ada mengajar ummatnya agar kasih kerana Allah dan benci juga kerana Allah . Pastinya inilah tindakan yang betul . Kita bertindak berasaskan wahyu dan sunnah meskipun terkadang wahyu tidak memihak kepada perasaan dan kemahuan kita .

Mungkin hati kita tidak puas kerana tidak dilepaskan sekehendaknya , tapi Nabi kita setuju apabila tindakan itu mengikut manhajnya. Nabi saw. sendiri pernah bertindak dengan satu tindakan yang beliau sendiri tidak selesa dengan tindakan tersebut , tetapi bila ia didorong oleh wahyu atau firman Ilahi , maka Nabi melakukannya tanpa bantah. Inilah yang Nabi lalui sewaktu bertindak seperti mengalah kepada musuh dalam perjanjian Hudaibiyyah .

Menariknya apabila tindakan itu berasaskan wahyu dan sunnah , endingnya ialah kejayaan . Walau mungkin kita ditipu dan dianiaya oleh musuh , namun Allah kata , cukuplah ia sebagai penentu dan cukuplah Ia menanganinya.

Insan mukmin pasti yakin dan percaya kepada Allah swt. , kecuali mereka telah mengalami sindrom nas phobia atau krisis keyakinan kepada wahyu Ilahi .

Kita sering terlajak sikap dan terlanjur tindakan . Tapi janganlah sampai terbawa - bawa sehingga merempuh sempadan nas wahyu dan sunnah . Kalau sudah nas dibaca kepada kita , pula dibaca oleh orang yang memahami dan mengusai nas tersebut , maka kita yang tidak menguasainya boleh berkata , "... betul lah itu ayat quran , tetapi ... bla ...bla ....bla "

bila kita berdepan dengan nas yang jelas dan sorih , bertapi apa lagi melainkan kita diminta akur dan melaksanakan tuntutan nas tersebut. Kecuali ada nas lain yang boleh ditafsirkan dalam tindakan yang berlainan dengan nas yang pertama tadi .

Percayalah , hebat mana tahap kita berfikir dan sepintar mana kita mengatur strategi , jika kita bersikap kontra dengan nas , maka tindakan itu adalah salah dan salah dan salah .

Nasihat saya , buat diri sendiri terutamanya dan buat semua kita , berpada - pada lah dalam tindakan . Jangan melampau sangat . Jangan over sangat . Nanti orang nampak kita ni tidak matang dan ghuluw .

kalau nak terima sesuatu , terimalah secara sederhana . Kalau nak sokong sesuatu , sokonglah berpada - pada . Jangan diturut sangat perasaan dan keinginan kita yang hanya kita mahu sedemikian sedang yang lain mungkin tidak sebagaimana kita .

Nabi saw. kata : Sebaik - baik tindakan ialah pertengahannya. so jangan over nanti orang kata kita ni Matt Over . :)
Dinukilkan dari : Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi


0 comments:

;

Kenali Ulama'

Yaumul 'eid 2009

Syeikh Ibnu Ata'illah As-Sakandari menyatakan :
"Raja' (harapan) iaitu kehendak yang diiringi dengan amal. Kalu tidak, disebut umniyyah ( angan-angan)".
Harapan yang diakui dalam Islam ialah harapan yang disertakan dengan amalan. Sekiranya tidak disertai dengan amalan, ia merupakan sejenis angan-angan kosong yang lebih hampir kepada mimpi di siang hari sahaja. Begitu juga dengan seseorang pejuang Islam yang ingin merubah sistem jahiliyah ini ke arah sistem Islam seluruhnya, namun tidak pernahpun bergerak untuk merealisasikan hasratnya itu, keinginannya itu hanyalah angan-angan kosong sahaja.


Ape Ade Pade Name

ABDUL YADIY
AAmanah
BBijaksana
DDinamik
UUntung
LLemah-lembut
YYakin
AAlim
DDedikasi
IIkhlas
YYakin
Apa ada pada nama?

~Alirkanlah Dlm Dirimu Cinta Hanya Pd-NYA~

Silibus Tarbiah Usrah

Silibus Tarbiah Usrah
Satu Lambang Komitmen Sekelompok UMMAH Menggerakkan Tarbiah Generasi Baru ISLAM

~Anjung Sahabat~

Soutul Ukhuwah


ShoutMix chat widget

Pengikut

Qalbun Salim