Peringkat-Peringkat Perjuangan

| Isnin, 8 Disember 2008 |


AI-Imam Ibnul Qayyim telah membuat huraian ringkas mengenai masalah jihad di dalam Islam melalui sebuah bukunya yang berjudul Zaadul-Maad dalam fasal yang bernama "Susunan Petunjuk Rasulullah mengenai Orang Kafir dan Munafiq Sejak Mula Nabi Dibangkitkan Sehingga Beliau Wafat."

Huraian itu adalah seperti ini:

"Wahyu yang mula-mula sekali diturunkan kepada Rasulullah saw ialah wahyu yang menyuruhnya membaca dengan nama Tuhannya

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, “Al ‘Alaq: 1

Wahyu inilah yang menandakan permulaan kenabian beliau. Dalam peringkat ini beliau disuruh membaca untuk diri beliau sendiri dan belum disuruh menyampaikannya kepada orang lain.

Kemudian turun pula ayat

Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah (untuk sembahyang) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya) “, Al Muzzammil: 1-2

Allah SWT mengangkat beliau menjadi Nabi melalui surah

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, “Al ‘Alaq: 1

dan mengangkat beliau menjadi rasul (utusan)-Nya melalui ayat

Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah (untuk sembahyang) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya) “ Al Muzzammil: 1-2

Beliau kemudiannya disuruh menyampaikan berita ancaman kepada kaum keluarganya yang terdekat, diikuti pula dengan penyampaian seruan yang beliau lakukan kepada seluruh kaumnya, kemudian kepada orang-orang Arab di sekelilingnya terus pula kepada seluruh bangsa Arab dan umat manusia.

Beliau tinggal lebih sepuluh tahun sesudah kenabiannya menyampaikan dakwah tanpa kekerasan dan peperangan, juga tanpa pungutan jizyah. Beliau telah disuruh berlembut dan serta tahan menderita. Sesudah itulah baru beliau diizinkan berhijrah ke Madinah dan dibenarkan berperang. Lalu beliau disuruh memerangi orang yang memeranginya dan jangan mengganggu orang yang tidak mengganggu dan tidak memusuhinya.

Sesudah itu pula diperintah memerangi orang musyrikin sehingga agama itu menjadi kepunyaan Allah SWT.


Selepas lahir dan keluarnya perintah jihad ini, orang kafir terbahagi kepada tiga golongan dan kategori:

1. Golongan yang berdamai dan tidak memusuhi Islam.
2. Golongan yang memusuhi dan memerangi Islam.
3. Golongan dzimmi, iaitu golongan yang menyatakan kepatuhannya kepada negara Islam dan mendapat jaminan hidup aman di bawah pemerintahan Islam.


Terhadap golongan pertama iaitu golongan yang berdamai tidak memusuhi Islam, beliau disuruh menunaikan hak mereka, dan diperintah supaya setia memegang janji, sekiranya ada sebarang perjanjian dengan mereka, selama mereka tidak melanggar janji itu. Seandainya dibimbangkan mereka berlaku curang dan khianat maka bolehlah dimansukhkan perjanjian itu dan dilihat dulu sikap mereka dan jangan memerangi mereka sehingga diberitahu bahawa mereka telah bersikap khianat dan melanggar janji, kemudian baru diisytiharkan perang ke atas mereka.

Manakala Surah Baraah (dikenal juga dengan nama Surah At Taubah), maka pada keseluruhannya Surah itu merupakan panduan yang lengkap dalam hal perjanjian damai dan perang.

Beliau telah diperintah memerangi musuhnya dari golongan ahli-kitab sehingga mereka membayar jizyah atau mereka masuk Islam. Beliau disuruh juga memerangi orang kafir yang lain dari ahli-kitab dan kaum munafik dan bersikap keras terhadap mereka.

Lalu beliau pun memerangi orang-orang kafir dengan menggunakan senjata dan menghadapi orang-orang munafiq dengan menggunakan hujjah dan alasan dalam perdebatan.

Beliau juga telah diperintah melepaskan diri dari terikat dengan janji setia terhadap orang-orang kafir dan memansukhkan sebarang perjanjian setia seperti itu.

Di samping itu pula orang-orang kafir yang mengikat perjanjian itu terbahagi kepada tiga golongan:

1: Golongan yang diperintah supaya dimusuhi dan diperangi, iaitu golongan yang sengaja melanggar janji itu. Beliau pun terus memerangi mereka sehingga beliau beroleh kemenangan.

2) Golongan orang kafir yang mengikat perjanjian dengan beliau untuk suatu tempoh tertentu dan mereka tidak melanggar janji itu dalam tempoh yang telah ditetapkan dan tidak menonjolkan sikap permusuhan terhadap beliau. Untuk golongan ini beliau diperintahkan supaya memegang janji itu sehingga habis tempohnya.

3) Golongan yang tidak mengikat sebarang perjanjian dengan beliau dan tidak pula memusuhi beliau. Kepada golongan ini beliau disuruh memberi tempoh sehingga empat bulan, selesai ternpoh empat bulan itu baru beliau memerangi mereka, siapa yang melanggar janjinya akan di perangi dan sesiapa yang hanya mempunyai perjanjian umum sahaja maka bakal diberikan tempoh empat bulan.


Beliau juga diperintah menunaikan, janji kepada golongan yang setia memegang janjinya sehingga selesai tempoh janji itu, lalu mereka semua pun menganut Islam. Setelah selesai masa yang dijanjikan, beliau pun membuat ketetapan bahawa orang-orang yang tidak mahu menganut Islam tapi mahukan perlindungan (dzimmah) supaya membayar jizyah.

Dengan demikian maka selepas turunnya Surah Baraah, orang kafir terbahagi kepada tiga golongan dan kategori:

1) Golongan yang memusuhi beliau (Rasulullah saw)
2) Golongan yang terikat dengan janji
3) Golongan yang memohon perlindungan (dzimmah)

Lalu sebahagian besar golongan yang berdamai dan terikat dalam perjanjian dengan beliau dan golongan yang rnemohon perlindungan itu menganut agama Islam, hingga kemudiannya orang-orang kafir itu terbahagi kepada dua golongan sahaja, iaitu golongan musuh dan golongan yang mohon perlindungan (dzimmi), sedangkan golongan yang bermusuh dengannya senantiasa takut kepadanya.

Jadi penduduk dunia di zaman beliau saw ada tiga golongan sahaja, iaitu:

1) Golongan umat Islam yang percaya kepada ajaran-ajarannya.
2) Golongan kafir yang berdamai dengannya dan memohon perlindungannya. .
3) Golongan kafir yang memusuhinya tapi sentiasa takutkan kekuatannya.

Adapun mengenai sikap dan tindakannya terhadap orang munafiq, maka beliau telah diperintah menerima sahaja sikap lahir mereka dan menyerahkan hakikat rahsia hati mereka kepada Allah, juga supaya menghadapi mereka dengan menggunakan hujjah dan alasan serta kebijaksanaan, seperti mana beliau telah diperintah supaya bersikap keras dan tegas terhadap mereka di mana perlu.

Beliau juga telah diarahkan supaya menjawab dan menangkis kata-kata kesat dan sindiran mereka dengan kata-kata yang setimpal. Malah Allah SWT pernah melarang beliau menyembahyangi dan mendoakan jenazah mereka serta menziarah kuburan mereka malah Allah SWT memberitahu beliau bahawa seandainya beliau (Rasulullah saw) sendiri yang memohon supaya Allah mengampunkan orang-orang munafiq itu, mereka tidak akan diampun. Inilah sikapnya terhadap musuh-musuhnya dari kalangan orang kafir dan munafiq.

Suluhan Ilahi : Dari keterangan ringkas yang sangat jelas dan tepat mengenai peringkat-peringkat perjuangan (jihad) di dalam Islam itu maka terang dan nyatalah sudah ciri-ciri asli dalam jalannya gerakan agama ini, yang perlu diperhatikan.

Di samping itu, sama-samalah kita mengambil intipati daripada sirah nabawi dalam setiap perjalanan hidup kita dan perjuangan Islam ini bertepatan atau selari dengan apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Terutamanya dalam setiap marhalah dakwah yang dilaksanakan mengikut urutan sebagaimana yang telah ditonjolkan oeleh baginda.

Siiru 'ala barakatillah...
Salam 'idul adha 1426H..


0 comments:

;

Kenali Ulama'

Yaumul 'eid 2009

Syeikh Ibnu Ata'illah As-Sakandari menyatakan :
"Raja' (harapan) iaitu kehendak yang diiringi dengan amal. Kalu tidak, disebut umniyyah ( angan-angan)".
Harapan yang diakui dalam Islam ialah harapan yang disertakan dengan amalan. Sekiranya tidak disertai dengan amalan, ia merupakan sejenis angan-angan kosong yang lebih hampir kepada mimpi di siang hari sahaja. Begitu juga dengan seseorang pejuang Islam yang ingin merubah sistem jahiliyah ini ke arah sistem Islam seluruhnya, namun tidak pernahpun bergerak untuk merealisasikan hasratnya itu, keinginannya itu hanyalah angan-angan kosong sahaja.


Ape Ade Pade Name

ABDUL YADIY
AAmanah
BBijaksana
DDinamik
UUntung
LLemah-lembut
YYakin
AAlim
DDedikasi
IIkhlas
YYakin
Apa ada pada nama?

Facebook Badge

~Alirkanlah Dlm Dirimu Cinta Hanya Pd-NYA~

Silibus Tarbiah Usrah

Silibus Tarbiah Usrah
Satu Lambang Komitmen Sekelompok UMMAH Menggerakkan Tarbiah Generasi Baru ISLAM

~Anjung Sahabat~

Soutul Ukhuwah


ShoutMix chat widget

Pengikut

Qalbun Salim