Ameen....
“Sebagaimana Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat), dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta hikmat kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui.”
“Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmatNya) kepada orang-orang yang beriman, setelah ia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (kandungan Al-Quran yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syariat) dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.”
“Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syara’) dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.”

Al-Fatihah buat seorang tokoh gerakan Islam kontemporari abad ini. Ustaz Dr Fathi Yakan yang kembali menemui Tuhan-Nya semalam (13 Jun 2009). Beliau meninggal pada umur 75 tahun setelah hampir 2/3 umurnya dihabiskan dalam gelanggang dakwah.
Antara sumbangannya yang paling besar saya kira adalah karya agungnya bertajuk 'Maza ya'ni intimai'i lil islam' (Apa Ertinya Saya Menganut Islam). Buku yang menjadi silibus usrah dan perbincangan di sekolah-sekolah dan kampus. Pandangan yang menjernihkan kefahaman kita terhadap Islam dan menyuntik kesedaran sebagai abna' al-harakah.
Seorang jurutera yang begitu memahami selok-selok dakwah.
Banyak anak-muda serta generasi kini mungkin kurang mengenali beliau. Justeru, setiap penggerak gerakan Islam harus mewacanakan pemikiran beliau. Supaya ada kesinambungan pemikiran perjuangan dan gerakan.
Ana nak sambung sikit mengenai perkara sebelum ini tentang masalah hati yang sedang melanda setiap organisasi Islam.
Duhai sahabat sekalian;
Terasa masih basah di ingatan kita sejarah agung perjuangan
Rasulullah SAW dan para sahabat lebih 14 abad yang lalu. Pelbagai
ujian dan cabaran ditempuh sehinggalah akhirnya mereka diberi
kemenangan oleh Allah SWT.
Justeru itu wahai sahabatku;
Seandainya kita juga ingin menagih janji Allah agar diberi
kemenangan di dalam perjuangan ini, maka sirah ya'ni sejarah para
salafus-soleh itu hendaklah kita jadikan panduan kita.
Lihatlah sejarah Solahuddin al-Ayyubi,
Sewaktu Solahuddin al-Ayyubi hendak menawan semula Baitul Maqdis dari
tangan Kristian, beliau melakukan muhasabah terhadap tentera-
tenteranya.
Di malam itu beliau berjalan meninjau dari khemah ke khemah. Bila
tiba di khemah pertama, beliau mendapati semua tenteranya di khemah
itu sedang bersembahyang. Di khemah yang kedua pula, beliau mendapati
semua tenteranya sedang membaca al-Qur'an. Di khemah yang ketiga pula
didapati tentera-tenteranya sedang berzikir. Manakala apabila melalui
khemah yang keempat, beliau mendapati tentera-tenteranya sedang
nyenyak tidur.
Lalu keesokan harinya beliau mengumpulkan seluruh tenteranya lalu
berkata bahawa seluruh tenteranya diminta bersiap-sedia untuk ke
medan perang kecuali yang berada di khemah yang keempat di mana
mereka tidak diizinkan untuk turut serta ke medan perang dan diminta
pulang.
Solahuddin al-Ayyubi berkata bahawa: "Aku takut kamu akan menjadi
hijab kepada bantuan Tuhan kerana tidak bermunajat di malam hari,
sedangkan kita sangat-sangat mengharapkan bantuan Allah."
Lalu tentera yang bangun di malam hari sahaja yang dibenarkan mara ke
medan perang hingga akhirnya mereka diberi kemenangan oleh Allah. Dan
alhamdulillah hasilnya Baitul Maqdis berjaya ditawan semula oleh
Solahuddin daripada tentera musuh.
Wahai pejuang sekalian;
Begitulah cara umat terdahulu membuat persiapan hati hingga
melayakkan mereka diberi kemenangan oleh Allah. Mereka berjaya meraih
simpati dan perhatian Allah sehingga Allah campur tangan dalam urusan
mereka dan akhirnya memperolehi kemenangan.
Di waktu itu, bila memperolehi kemenangan dia tidak merasakan
kejayaan itu miliknya bahkan malu untuk mengaku kejayaan itu hasil
usahanya. Malah kejayaan yang cemerlang itu dipulangkan kepada Allah,
kerana itu adalah hak mutlak Allah. Kemenangan yang diperolehi
diiringi dengan tasbih memuji Allah serta beristighfar mengenangkan
dosa.
Di waktu itu para pejuang mendapat dua kejayaan iaitu kejayaan
menumpaskan musuh serta kejayaan daripada tipuan nafsu. Inilah dua
kejayaan yang haqiqi!
Moga menjadi pedoman buat semua sebelum melangkah lebih jauh ke hadapan.
Assalamu'alaikum...
mati syahid. Firman Allah SWT :
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka, dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang telah ditetapkan oleh Allah di dalam (kitab-kitab) Taurat dan Injil serta al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar." [surah at-taubah : 111]
Gapo namo 'ikhtilat' tuh?
- Percampuran antara lelaki dan perempuan samada secara bersendirian atau secara berkumpulan.
Apa hukumnya???
- Pada asanya HARAM, bukan harus.
- Pergaulan antara sama jantina harus, tapi lain jantina haram…
2 keadaan yg diharuskan menurut Syeikh Abd. Karim Zaidan:
Pertama: Harus kerana Terpaksa ( Dhorurah )
Cthnya: Seorang lelaki ajnabi mendapati seorang wanita ajnabi bersendirian di jalan, jauh dari kumpulan manusia., maka dia harus menumpangkan wanita tersebut jika dibimbangi keselamatannya.
- Pada waktu ini hukum menumpangkannya wajib tanpa khilaf.
Cth. Lain :
Kedua: Harus kerana Keperluan (Hajat)
Ulama berkata hajat mengambil peranan dhorurah dalam mengharuskan perkara haram.
Beberapa keperluan yang diharuskan ikhtilat:
1) Ikhtilat kerana urusan jualbeli
- dengan syarat tidak berlaku khalwat dan memlihara adab pergaulan.
2) Ikhtilat kerana kerja Kehakiman
3) Ikhtilat kerana menjadi Saksi sesuatu kes
4) Ikhtilat kerana Amar Ma’ruf Nahi Munkar
5) Ikhtilat kerana melayan tetamu dengan alasan yang syar’ie seperti dengan tujuan melayan tetamu.
6) Ikhtilat kerana memuliakan tetamu dan jika perlu makan bersamanya.
- Muslim meriwayatkan sebuah keluarga yang ingin memuliakan Rasulullah s.a.w. dgn bertamukan baginda. Oleh kerana tiada makanan, mereka memadamkan api dan memperlihatkan bahawa mereka makan bersama baginda.
- Ini bererti bahawa orang Ansor dan isterinya duduk bersama tetamu utuk makan bersama walaupun tidak makan, kerana memuliakan tetamu.
7) Ikhtilat dalam Kenderaan Awam
- terpaksa berhimpit dalam bas
8) Ikhtilat dalam kerja Jihad
- seperti merawat pesakit
9) Ikhtilat utuk Tujuan Belajar atau mendengar Nasihat
10) Ikhtilat dalam suasana yang telah menjadi adat kebiasaan
- contohnya : percampuran untuk menziarahi sanak saudara
Tapi ada ADABnya:
· Ucapan ma’ruf dan sopan
· Menundukkan pandangan
· Tidak berkhalwat
· Menghindari tempat syubhah
Adab khas utk wanita:
· Iltizam dengan pakaian Islam
· SERIUS dalam ucapan
· Menjaga pergerakan.
Jadi jaga-jaga lah time kite bergaul sesama lain jantina naa…especially dalam chatting, sms, yahoo messenger, talipon….beringat-ingatlah sebelum terjerat dalam usaha musuh Islam untuk merosakkan umat Islam…
Jom kita sama-sama perbaiki diri kalu rasa diri dah pernah buat atau terlanjur melibatkan diri…
Seronok tu memang seronok kan, tapi...Fikir-fikirkanlah hukumnya dalam Islam kembali….
Astaghfirullahal 'azim jika ana juga ade terlibat same sebelum ni...
“Ballighu ‘anni walau aayah.”
"Raja' (harapan) iaitu kehendak yang diiringi dengan amal. Kalu tidak, disebut umniyyah ( angan-angan)".Harapan yang diakui dalam Islam ialah harapan yang disertakan dengan amalan. Sekiranya tidak disertai dengan amalan, ia merupakan sejenis angan-angan kosong yang lebih hampir kepada mimpi di siang hari sahaja. Begitu juga dengan seseorang pejuang Islam yang ingin merubah sistem jahiliyah ini ke arah sistem Islam seluruhnya, namun tidak pernahpun bergerak untuk merealisasikan hasratnya itu, keinginannya itu hanyalah angan-angan kosong sahaja.
| ABDUL YADIY | |
| A | Amanah |
| B | Bijaksana |
| D | Dinamik |
| U | Untung |
| L | Lemah-lembut |
| Y | Yakin |
| A | Alim |
| D | Dedikasi |
| I | Ikhlas |
| Y | Yakin |
| Apa ada pada nama? | |
Copyright © 2010 Design by Wordpress theme | Kral Oyun.
Blogger converter by TemplatesByBlogger - Bakugan Games