Ujian (ibtila') Buat Pejuang

| Isnin, 16 Februari 2009 |

Assalamu'alaikum...
Buat sahabat sahabiah yang takku lupa doa buatmu semua dalam menyelusuri jalan kehidupan seorang pejuang Islam, moga-moga perjalanan kita di naungi Rahmat Ilahi dan disuluhi pancaran cahaya ilahi sepanjang perjalanan ini..

Alhamdulillah, ku banyak2 ucapkan syukur kehadrat ilahi kerana masih lagi diberi kekuatan untuk gagah melangkah dan akan terus melangkah dalam menyelusuri liku-liku dalam perjalanan untuk mendekatkan diri kepada Mu Ya ALLAH. Ku pohon kpdMu Ya ALLAH kurniakanlah kepada ku dan sahabat-sahabatku kekuatan untuk terus bergerak menuju matlamat dan agenda yang dicita2 kan oleh semua pejuang Islam seluruh dunia ini. Ku tidak dapat menafikan sememangnya dalam perjuangan ini berat untuk ku pikul dan akan sentiasa diri ini ditimpa pelbagai macam ujian mehnah tribulasi dalam meneruskan cita-cita murni ini. Sememangnya perkara yang mulia akan terus diuji kepada pendokong kebenaran untuk melayakkan diri berada dekat disisi Yang Maha Mulia, samada ikhlas atau menunjuk-nunjuk. Allah pernah berfirman kepada hambaNya dalam surah al-'Ankabut ayat 2 :

أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا ءامنا وهم لا يفتنون
Maksudnya : "Adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan 'Kami telah beriman' padahal mereka belum diuji."

Ini menunjukkan bahawa selagi mana manusia itu tidak diuji, selagi itu ia masih lagi belum layak untuk mendapat title, pangkat, darjat terhormat dari Allah Rabbul Jalil iaitu Manusia Yang Beriman sebenar-benarnya disisiNya. Ya Allah layakkah aku untuk mendapat gelaran terhormat ini dariMu, ku pohon moga-moga aku ini termasuk dalam golongan orang yang Beriman kepadaMu hingga ke titisan darah terakhir, amin....... Semua orang yang berilmu dalam bidang agama mengetahui bahawa iman adalah bersifat batiniah yang berada dalam diri kita, manusia lain tak mengetahui melainkan kita dan Allah 'azzawajal. Dan Islam pula bersifat zahiriah yang nampak dengan mata kasar kita dan juga manusia lain. itu yang dikatakan, orang Islam tak semestinya beriman dan orang beriman pastinya islam. Apabila baik batin maka baiklah zahirnya. Sebab itulah pintu masuk kepada Islam adalah bersyahadah dengan dua kalimah, nescaya akan terpeliharalah diri dan darah dari Islam. Apabila zahirnya manusia itu mengucap syahadatain, menunaikan tuntutan Islam ke atas dirinya maka ia dikira Islam, tapi belum tentu ia beriman dan yakin kepada Allah Ta'ala. Maka dengan sebab itu masih ada golongan yang dinamakan munafiq, luarnya Islam tapi dalam diri hampeh dan tak keyakinan kepada Allah SWT. Ku pohon dariMu Ya Allah jauhkan diriku dari sifat-sifat yang ada pada golongan ini, Amin....


Ye..untuk mendapat gelaran ini memerlukan kesungguhan dan kekuatan dalaman dalam menghadapi ujian yang ditimpa pada diri kita sebagai hambanya yang sentiasa mendapat ujian dariNya. Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, telah berlaku beberapa peristiwa yang menghanyatkan diriku ini, samada dalam berorganisasinya, dalam kehidupannya, dalam pembelajarannya dan pelbagai lagi dirasakan suatu asakan yang sangat pedih dan pahi untukku telan. Walaubagaimanapun aku terpaksa juga menelan rasa pahit yang kunjung juga tiba. Ya Allah bantulah hambaMu ini, tidak ada daya dan upaya pada diriku melainkan dariMU Ya Allah, Ku hanya mengharapkan dariMu, ku serahkan jiwa ragaKu untukMu Ya Allah. Bantulah hambaMu yang Dhoif ini Ya Allah.

Aku luahkan perasaan ini,
untuk menjadi iktibar buat pejuang Islam dalam meniti perjalanan yang jauh nun disana. Ku ceduk dari sedutan babak kehidupan Nabi SAW yang pernah menghadapi tahun Dukacita setelah kematian bapa saudara yang sentiasa menjaga keselamatan baginda dan isteri kesayangan baginda yang selalu memotivasi dan membantu ketika tiada seorang pun yang beriman, sebagai hikmah dari Allah supaya hanya bergantung harap kepada Allah semata-mata. dalam lembaran sejarah para sahabat, salafussoleh telah banyak mengajar kita erti hidup sebagai pejuang menegakkan KalimatuLLAhi hiyal 'ulya yakni kalimatul kufri hiyas sufla. Alhamdulillah, setelahku lihat lembaran sirah Nabi dan sejarah sahabat yang lebih hebat ujiannya berbanding ujian yang kita terima pada hari ini yang dikira setitis dari celupan jari dari selautan air. Hidup mesti diteruskan, dakwah tetap berjalan walaupun ribut melanda dipertengahan jalan sebagai menguji kekuatan dan ketabahan diri kita. Insya Allah kita doakan agar semua diri pejuang penegak kebenaran tegar dan tsbat dlm perjuangan hingga ke titisan darah yang terakhir. Ku akhiri dengan sebuah ayat al-Quran :
ولنبلونكم حتى نعلم المجاهديت منكم والصابرين ونبلوا أخباركم
Maksudnya : "Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu; dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwakmu."

Wallahu Ta'ala A'lam..


0 comments:

;

Kenali Ulama'

Yaumul 'eid 2009

Syeikh Ibnu Ata'illah As-Sakandari menyatakan :
"Raja' (harapan) iaitu kehendak yang diiringi dengan amal. Kalu tidak, disebut umniyyah ( angan-angan)".
Harapan yang diakui dalam Islam ialah harapan yang disertakan dengan amalan. Sekiranya tidak disertai dengan amalan, ia merupakan sejenis angan-angan kosong yang lebih hampir kepada mimpi di siang hari sahaja. Begitu juga dengan seseorang pejuang Islam yang ingin merubah sistem jahiliyah ini ke arah sistem Islam seluruhnya, namun tidak pernahpun bergerak untuk merealisasikan hasratnya itu, keinginannya itu hanyalah angan-angan kosong sahaja.


Ape Ade Pade Name

ABDUL YADIY
AAmanah
BBijaksana
DDinamik
UUntung
LLemah-lembut
YYakin
AAlim
DDedikasi
IIkhlas
YYakin
Apa ada pada nama?

Facebook Badge

~Alirkanlah Dlm Dirimu Cinta Hanya Pd-NYA~

Silibus Tarbiah Usrah

Silibus Tarbiah Usrah
Satu Lambang Komitmen Sekelompok UMMAH Menggerakkan Tarbiah Generasi Baru ISLAM

~Anjung Sahabat~

Soutul Ukhuwah


ShoutMix chat widget

Pengikut

Qalbun Salim