Kewajipan Terhadap Islam

| Isnin, 19 Januari 2009 |

Assalamu'alaikum wrt. wbt.
Segala puji bagi Allah yang menciptakan segala makhluk dan selawat serta salam buat junjungan besar nabi Muhammad SAW yang membawa risalah dari Ilahi buat semua umatnya serta sahabat-sahabat baginda yang bersusah payah menyampaikan Islam ke seluruh pelusuk dunia dan orang-orang yang berjihad di jalan Islam, moga-moga dirahmati Allah seadanya....

Hari ini cuti buat rakyat Kedah sempena Kelahiran Sultan Kedah kali ke berapa ana tak tau, ana tak ambil berat sangat benda ni, mungkin sebab ana orang kelantan kot. 'ala kulli hal, masa yang ada sama-sama kita gunakan ke arah yang memberi manfaat buat Islam dan diri sendiri. Itu yang penting, manfaatkan waktu yang ada. Bak kata Imam Hasan al-Banna :
الواجبات أكثر من الأوقات
maksudnya : kewajipan lebih banyak dari masa

Sekarang ini kewajipan kita terlalu banyak untuk kita laksanakan wahai sahabat-sahabat sekalian. Sampaikan waktu yang diperuntukkan kepada kita oleh Allah tak cukup. 24 jam tak cukup ke untuk laksanakan semua tuntutan Islam? Ye, memang tak cukup untuk laksanakan. Tau tak sebab apa sahabat-sahabat? pada pandangan ana yang lemah ini, rasa-rasanya sebab amanah yang kita sama-sama tanggung ini tak disempurnakan secara keseluruhan lagi, Islam masih tidak disebar secara detail kepada masyarakat, tidak difahami dan dikenali secara mendalam oleh masyarakat sekarang. ini tuntutan kita yang memahami dan mempelajari Islam, lebih-lebih lagi yang berada dalam organisasi, persatuan atau jamaah yang memahami apa itu islam yang murni. Yang mendapat tarbiyyah dari satu generasi kepada satu generasi seumpama mata rantai yang menyambung dan mewarisi perjuangan Islam. Tarbiyyah yang kita dapat itu adalah satu nikmat yang besar tetapi mengadaptasikannya dalam alam realiti adalah satu tanggungjawab dan amanah yang akan disoal oleh Allah nanti. Sahabat!! apa yang telah kita lakukan untuk menjaga dan memperkenalkan Islam kepada masyarakat, khusus di masyarakat kampus kita. Fikiir-fikirkanlah sahabat...

Mulai hari esok, marilah sama-sama kita berkerja untuk Islam tercinta dalam pelbagai bidang dan sudut, yang telah ditetapkan oleh organisasi pada posisi masing-masing dan sama-sama jayakan kehendak Islam serta tuntutannya. Beramal dan bekerja untuk Islam adalah suatu kewajipan kita semua. tak terlepas kewajipan ini melainkan kita sama-sama tunaikannya. ini kerana kewajipan beramal untuk Islam adalah suatu perkara yang wajib jika dilihat dari beberapa sudut :

1. Dari sudut darurah (tuntutan) :
Bekerja untuk Islam adalah wajib dari sudut tuntutan masa kini dalam menghadapi musuh-musuh Islam yang sentiasa merancang untuk menghancurkan dan menggugat kewujudan Islam.

kita lihat sekarang banyak negara-negara Islam yang diserang oleh musuh Islam yang tak mengenal erti kemanusiaan contohnya sebagaimana yang dialami oleh negara Palestin yang sepatutnya diperintahkan oleh HAMAS dan diserang oleh Israel laknatullah dan sekutunya. sama-sama kita boikot barangan Yahudi dan amerika laknatullah. ini satu kewajipan kita dari sudut tuntutan. Firman Allah dalam surah al-Anfal ayat 39 yang bermaksud :
"dan perangilah mereka supaya jangan ada fitnah dan supaya agama itu semata-mata bagi Allah"

2. dari sudut Hukum :
bekerja untuk islam adalah suatu kemestian pada sudut hukum, ini jelas sebagaimana yang ditunjukkan dalam al-Quran yang bermaksud :
"Hendaklah ada dikalangan kamu segolongan yang berdakwah kepada kebaikan, melaksanakan amar ma'ruf nahi mungkar"

Dalam hadis antaranya sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Ssiapa diantara kamu melihat kemungkaran ia hendaklh mengubahnya dengan tangannya (kuasanya) sekiranya tidak mampu maka ubahlah dengan lidahnya, maka jika tidak mampu juga ubahlah dengan hatinya, demikian itu adalah selemah-lemah iman."

Dalam Kaedah syara ' juga menyebut :
ما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب
"Sesuatu perkara yang tidak dapat disempurnakan sesuatu yang wajib melainkan dengannya, maka ia menjadi wajib."

Ini menunjukkan kepada kita, wajib untuk kita laksanakan dakwah khususnya di alam Kampus ini untuk mengembalikan Islam sebagai cara hidup yang hakiki.

ana hanya cuba bawakan dua sudut ini sahaja , moga-moga ia menjadi kekuatan untuk kita laksanakn tuntutan Islam ke atas kita..

Wallahu subahanahu wa ta'ala a'lam..


0 comments:

;

Kenali Ulama'

Yaumul 'eid 2009

Syeikh Ibnu Ata'illah As-Sakandari menyatakan :
"Raja' (harapan) iaitu kehendak yang diiringi dengan amal. Kalu tidak, disebut umniyyah ( angan-angan)".
Harapan yang diakui dalam Islam ialah harapan yang disertakan dengan amalan. Sekiranya tidak disertai dengan amalan, ia merupakan sejenis angan-angan kosong yang lebih hampir kepada mimpi di siang hari sahaja. Begitu juga dengan seseorang pejuang Islam yang ingin merubah sistem jahiliyah ini ke arah sistem Islam seluruhnya, namun tidak pernahpun bergerak untuk merealisasikan hasratnya itu, keinginannya itu hanyalah angan-angan kosong sahaja.


Ape Ade Pade Name

ABDUL YADIY
AAmanah
BBijaksana
DDinamik
UUntung
LLemah-lembut
YYakin
AAlim
DDedikasi
IIkhlas
YYakin
Apa ada pada nama?

Facebook Badge

~Alirkanlah Dlm Dirimu Cinta Hanya Pd-NYA~

Silibus Tarbiah Usrah

Silibus Tarbiah Usrah
Satu Lambang Komitmen Sekelompok UMMAH Menggerakkan Tarbiah Generasi Baru ISLAM

~Anjung Sahabat~

Soutul Ukhuwah


ShoutMix chat widget

Pengikut

Qalbun Salim