Teruskan Perjuangan

| Khamis, 26 Mac 2009 |

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillahi rabbil 'alamin, wassolatu wassalam 'ala rasulillah wa 'ala alihi wasohbihi waman waalaah, amma ba'du...

Buat sahabat sahabiah sekalin, moga dirahmati dan dinaungi oleh rahmat Allah dalam setiap inci kehidupan kalian semua. Dah lama rasanya ana tak menulis dalam blog ini, kerana beberapa kekangan yang tak dapat nak di elakkan sebagai pencinta ilmu tak lepas dari menuntut seberapa banyak ilmu, sebagai pejuang yang membela Islam tak terlepas dari kerja-kerja meninggikan kalimah Allah. Kita biasa dengar sebutan : 'kewajipan itu lebih banyak dari waktu yang ada'. Sebutan ini pernah diutarakan oleh mujaddid abad 20 ini; syahid imam Hasan al-banna. Memang benar dan wajar, sebagaimana realiti hidup kita sekarang menuntut untuk bekerja keras bagi memastikan Islam terus terunggul di mata dunia.

Lebih-lebih lagi, sekarang waktu dan masa (bagi IPT Insaniah) untuk menghadapi perjuangan dalam imtahan yang telah dan sedang menjelang sekarang ini. Oleh itu, kita perlu memahami bahawa setiap aktiviti hidup kita adalah perjuangan, tapi ramai yang tidak memahami dan ada sebahagian mahasiswa takut apabila disebut dan untuk menyebut tentang 'perjuangan'. Persolannya, apa yang dikatakan perjuangan! kita sentiasa dilaungkan dan diseru serta untuk berjuang. Tahukah anda, hidup kita dipenuhi dengan perjuangan; berjuang untuk menjadi yang terbaik, berjuang dalam imtihan, berjuang untuk menegakkan Islam, berjuang melawan nafsu, berjuang dalam pengajian, berjuang dalam menuntut ilmu dan segala-galanya adalah perjuangan. Semuanya dikaitkan dengan perjuangan, jadi apa yang nak ditakutkan lagi, marilah sama-sama kita teruskan perjuangan untuk memenuhi dua perkara samaada kita mati dalam memperjuangkannya atau melihat kemenangan. Yang ana maksudkan disini adalah berjuanga mengembalikan kegemilangan Islam. Dan ana tegaskan sekali lagi, hidup kita dipenuhi dengan perjuangan.
Sementara itu, perlu kita ketahui bahawa perjuangan yang agung adalah sebagaimana perjuangan Nabi dan para sahabat ridwanullah, yang berjuang bermati-matian bagi memastikan Islam tertegak di atas muka bumi. Allah s.w.t. berfirman :
وقاتلوهم حتى لا تكون فتية ويكون الدين كله لله
"Dan perangilah mereka (berjuanglah) sehingga tidak ada fitnah, dan (sehingga) menjadi agama itu semata-mata kerana Allah." [surah al-anfal :39]

Nabi s.a.w. juga pernah bersabda :
أمرت أن أقاتل الناس حتى يشهدوا أن لا إله إلا الله وأني رسول الله
"Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehingga mereka berkata tiada tuhan melainkan Allah, Nabi Muhammad pesuruh Allah." [riwayat bukhari dan muslim]

Demikian juga, Islam meletakkan perjuangan dan jihad itu adalah jalan untuk kita menuju ke syurga, jalan untuk kita capai keredhaan Allah dan jalan untuk mendapat nikmat akhirat. Sekiranya kita tinggalkan perjuangan ini dan melupakannya dalam setiap jalan kehidupan kita pasti kita akan sentiasa berada dalam kehinaan. Kehinaan kerana tidak menegakkan agama Allah, walhal kita mampu untuk melaksanakannya, adakah kita nak harapkan orang lain melaksanakannya padahal kita belum tahu adakah mereka benar-benar melaksanakannya atau tidak. Jika tidak, maka kehinaanlah bagi yang tidak melaksanakannya apabila nanti akan di hadapkan di hadapan Rabbul izzah di hari kebangkitan kelak, ditanya dan disoal mengapa tidak berjuang menegakkan Islam, padahal kamu mampu. Jika ye, eloklah sama-sama kita berganding bahu untuk sama-sama terus berjuang dan menentang kebatilan dan jahiliyyah serta menegakkan kebenaran sehingga hari qiamat. Sebagaimana rasulullah s.a.w. bersabda :
لا تزال طائفة من أمتي ظاهرين حتى يأتيهم أمرهم الله وهم ظاهرون
"Akan ada segolongan umatku masih tetap menyatakan kebenaran sehinggalah datang perintah Allah (maut) kepada mereka dan mereka terus menyatakan (kebenaran)." [riwayat bukhari dan muslim]

Sahabat-sahabat Rasulullah yang terdahulu mengetahui bahawa mereka adalah umat yang berjuang. Oleh itu kita lihat hidup mereka sebagai seorang pembela agama dan pejuang di jalan Allah dengan segala harta benda dan jiwa mereka semata-mata kerana Allah. Mereka menyatakan kebenaran, menyuruh melakukan perkara ma'ruf, mencegah dari benda mungkar, menegakkan keadilan serta tidak pernah merasa takut kepada sebarang celaan, cacian, cemuhan, ejekkan, kutukan demi mendaulatkan Islam. Firman Allah s.w.t. :
يجاهدون فى سبيل الله ولا يخافون لومة لآ ئم
"Mereka berjihad di jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela." [surah al-maidah : 54]

Jangan disebabkan oleh sedikit ejekkan dari pihak lawan atau sahabat sendiri berbanding dengan cabaran yang Nabi hadapi lagi hebat, kita dah berputus asa untuk melaksanakan perjuangan ini. Jangan kita mudah berpaling diri dari hakikat sebenar untuk berjuang. Cuba kita perhatikan dalam sirah Nabi junjungan, jadikan sirah sebagai pembakar semangat kita dalam gerak kerja dakwah, sama-sama kita memotivasikan diri kita dengan sirah hidup Nabi s.a.w., terkadang kita tinggi dan bersemangat dalam perjuangan ini, dan terkadang juga jatuh dan merudum ke bawah. Jadi bagaimana untuk mengembalikan semangat ini, maka pastikan anda bersama buku sirah sepanjang masa, terutamanya kisah mengenai bagaimana baginda sanggup berjuang dan berdakwah ditengah-tengah kaum yang dikatakan jahiliyyah, bagaimana sabarnya baginda dalam menyeru umat seluruhnya memahami hakikat perhambaan yang sebenarnya kepada Allah bukannya manusia dan menjadikan mereka pelaksana kepada undang-undang Allah dimuka bumi ini.

Kadang-kadang kita pernah dihina depan ramai orang disebabkan kita menyeru kepada kebaikan, kadang-kadang ditegur oleh pimpinan kerana membuat silap dalam gerak kerja dakwah, kadang-kadang kita mengemukakan cadangan di dalam mesyuarat dalam melaksanakan gerak kerja Islam tetapi di tolak oleh ahli mesyuarat, ini semua adalah liku-liku perjalanan sebagai pejuang yang perlu kita hadapi dalam gerak kerja Islam. Oleh itu, jadilah kita sebagaimana sahabat-sahabat Nabi apabila diajak untuk keluar berjuang menentang kuffar, mereka menyambut seruan Rasulullah s.a.w.. Antaranya Miqdad Ibn Amru yang berkata : "Ya Rasulullah laksanakanlah apa yang diperintahkan oleh Allah, kami tetap bersamamu." Kemudian Rasulullah berkata : "Wahai sekalian, sampaikan pendapat kalian kepadaku." Mendengar seruan itu, Sa'ad Mu'az pemimpin kaum ansar segera menjawab : "Seolah-oleh tuan maksudkan kami, ya Rasulullah." Jawab Rasulullah : "Ya , benar." Sa'ad Mu'az berkata : "Kami beriman dan percaya dengan tuan, kami bersaksi apa yang kau bawa adalah benar, kami telah pun mengikat janji untuk taat dan setia kepada kau maka teruskanlah mengikut kehendakmu di mana kami sekalian bersama-samamu. Demi Allah, seandainya kau mengharungi lautan nescaya kami akan harungi bersama-sama kau." Rasulullah sangat gembira mendengar penyataan Sa'ad bin Mu'az. Setelah itu Nabi memerintahkan : "Berangkatlah dan bergembiralah. kerana Allah telah pun memberi janjiNya dan kejayaan ke atas salah satu kumpulan, demi Allah seolah-olah aku sedang melihat ketewasan kaum kuffar."

Penyataan sahabat Rasulullah s.a.w. ini menunjukkan perbezaan kualiti antara mereka dengan pengikut Nabi Musa a.s.. Ketika Nabi Musa a.s. mengajak pengikutnya memasuki Palestin, dengan rasa pengecutnya mereka menjawab :
قالوا يا موسى إنا لن ندخلها أبدا ماداموا فيها فاذهب أنت وربك فقاتلا إنا ها هنا قاعدون
"Mereka (menolak dengan) berkata : Wahai Musa, sesungguhnya kami tidak akan memasuki negeri itu selama-lamanya selagi kaum itu masih berada di dalamnya, oleh itu pergilah engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. Kami disini duduk menunggu." [surah al-maidah : 24]

Bandingkanlah ucapan ini dengan sahabat Rasulullah s.a.w., adakah kita ingin menjadi sebagaimana orang Yahudi; apabila pimpinan mengajak untuk melaksanakan gerak kerja Islam, kita menjawab: "pergi la dulu, kami akan mengikut dari belakang" atau "anta pergi la dulu, ana ada banyak assingment nak buat ni" atau "ana ada program lain, tak boleh pergi kem tu, maaf ye" dan bermacam-macam alasan lain lagi yang berlaku hari ini. Ingatlah, perubahan ke arah Islam melalui proses tarbiyyah itu menjadi agenda utama dalam kerja Islam, semua ini tidak dapat dijalankan melainkan dengan usaha pengorbanan yang kita lakukan di jalan ini.

Jadi, kewajipan kita muslimin dan muslimat adalah untuk teruskan perjuangan ini, menyampaikan Islam dan mendakwahkan kepada Islam dalam masyarakat supaya tidak jatuh ke lembah kekufuran. Oleh itu, kita akan tetap teruskan perjuangan ini, Insya Allah!!!.


0 comments:

;

Kenali Ulama'

Yaumul 'eid 2009

Syeikh Ibnu Ata'illah As-Sakandari menyatakan :
"Raja' (harapan) iaitu kehendak yang diiringi dengan amal. Kalu tidak, disebut umniyyah ( angan-angan)".
Harapan yang diakui dalam Islam ialah harapan yang disertakan dengan amalan. Sekiranya tidak disertai dengan amalan, ia merupakan sejenis angan-angan kosong yang lebih hampir kepada mimpi di siang hari sahaja. Begitu juga dengan seseorang pejuang Islam yang ingin merubah sistem jahiliyah ini ke arah sistem Islam seluruhnya, namun tidak pernahpun bergerak untuk merealisasikan hasratnya itu, keinginannya itu hanyalah angan-angan kosong sahaja.


Ape Ade Pade Name

ABDUL YADIY
AAmanah
BBijaksana
DDinamik
UUntung
LLemah-lembut
YYakin
AAlim
DDedikasi
IIkhlas
YYakin
Apa ada pada nama?

Facebook Badge

~Alirkanlah Dlm Dirimu Cinta Hanya Pd-NYA~

Silibus Tarbiah Usrah

Silibus Tarbiah Usrah
Satu Lambang Komitmen Sekelompok UMMAH Menggerakkan Tarbiah Generasi Baru ISLAM

~Anjung Sahabat~

Soutul Ukhuwah


ShoutMix chat widget

Pengikut

Qalbun Salim