Assalamu'alaikum wrt. wbt.
Segala puji bagi Allah yang menciptakan segala makhluk dan selawat serta salam buat junjungan besar nabi Muhammad SAW yang membawa risalah dari Ilahi buat semua umatnya serta sahabat-sahabat baginda yang bersusah payah menyampaikan Islam ke seluruh pelusuk dunia dan orang-orang yang berjihad di jalan Islam, moga-moga dirahmati Allah seadanya....
Hari ini cuti buat rakyat Kedah sempena Kelahiran Sultan Kedah kali ke berapa ana tak tau, ana tak ambil berat sangat benda ni, mungkin sebab ana orang kelantan kot. 'ala kulli hal, masa yang ada sama-sama kita gunakan ke arah yang memberi manfaat buat Islam dan diri sendiri. Itu yang penting, manfaatkan waktu yang ada. Bak kata Imam Hasan al-Banna :
الواجبات أكثر من الأوقات
maksudnya : kewajipan lebih banyak dari masa
Sekarang ini kewajipan kita terlalu banyak untuk kita laksanakan wahai sahabat-sahabat sekalian. Sampaikan waktu yang diperuntukkan kepada kita oleh Allah tak cukup. 24 jam tak cukup ke untuk laksanakan semua tuntutan Islam? Ye, memang tak cukup untuk laksanakan. Tau tak sebab apa sahabat-sahabat? pada pandangan ana yang lemah ini, rasa-rasanya sebab amanah yang kita sama-sama tanggung ini tak disempurnakan secara keseluruhan lagi, Islam masih tidak disebar secara detail kepada masyarakat, tidak difahami dan dikenali secara mendalam oleh masyarakat sekarang. ini tuntutan kita yang memahami dan mempelajari Islam, lebih-lebih lagi yang berada dalam organisasi, persatuan atau jamaah yang memahami apa itu islam yang murni. Yang mendapat tarbiyyah dari satu generasi kepada satu generasi seumpama mata rantai yang menyambung dan mewarisi perjuangan Islam. Tarbiyyah yang kita dapat itu adalah satu nikmat yang besar tetapi mengadaptasikannya dalam alam realiti adalah satu tanggungjawab dan amanah yang akan disoal oleh Allah nanti. Sahabat!! apa yang telah kita lakukan untuk menjaga dan memperkenalkan Islam kepada masyarakat, khusus di masyarakat kampus kita. Fikiir-fikirkanlah sahabat...
Mulai hari esok, marilah sama-sama kita berkerja untuk Islam tercinta dalam pelbagai bidang dan sudut, yang telah ditetapkan oleh organisasi pada posisi masing-masing dan sama-sama jayakan kehendak Islam serta tuntutannya. Beramal dan bekerja untuk Islam adalah suatu kewajipan kita semua. tak terlepas kewajipan ini melainkan kita sama-sama tunaikannya. ini kerana kewajipan beramal untuk Islam adalah suatu perkara yang wajib jika dilihat dari beberapa sudut :
1. Dari sudut darurah (tuntutan) :
Bekerja untuk Islam adalah wajib dari sudut tuntutan masa kini dalam menghadapi musuh-musuh Islam yang sentiasa merancang untuk menghancurkan dan menggugat kewujudan Islam.
kita lihat sekarang banyak negara-negara Islam yang diserang oleh musuh Islam yang tak mengenal erti kemanusiaan contohnya sebagaimana yang dialami oleh negara Palestin yang sepatutnya diperintahkan oleh HAMAS dan diserang oleh Israel laknatullah dan sekutunya. sama-sama kita boikot barangan Yahudi dan amerika laknatullah. ini satu kewajipan kita dari sudut tuntutan. Firman Allah dalam surah al-Anfal ayat 39 yang bermaksud :
"dan perangilah mereka supaya jangan ada fitnah dan supaya agama itu semata-mata bagi Allah"
2. dari sudut Hukum :
bekerja untuk islam adalah suatu kemestian pada sudut hukum, ini jelas sebagaimana yang ditunjukkan dalam al-Quran yang bermaksud :
"Hendaklah ada dikalangan kamu segolongan yang berdakwah kepada kebaikan, melaksanakan amar ma'ruf nahi mungkar"
Dalam hadis antaranya sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Ssiapa diantara kamu melihat kemungkaran ia hendaklh mengubahnya dengan tangannya (kuasanya) sekiranya tidak mampu maka ubahlah dengan lidahnya, maka jika tidak mampu juga ubahlah dengan hatinya, demikian itu adalah selemah-lemah iman."
Dalam Kaedah syara ' juga menyebut :
ما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب
"Sesuatu perkara yang tidak dapat disempurnakan sesuatu yang wajib melainkan dengannya, maka ia menjadi wajib."
Ini menunjukkan kepada kita, wajib untuk kita laksanakan dakwah khususnya di alam Kampus ini untuk mengembalikan Islam sebagai cara hidup yang hakiki.
ana hanya cuba bawakan dua sudut ini sahaja , moga-moga ia menjadi kekuatan untuk kita laksanakn tuntutan Islam ke atas kita..
Wallahu subahanahu wa ta'ala a'lam..
Kewajipan Terhadap Islam
Himpunan Aman Anti Israel Laknatullah
Salam bantahan sekeras-kerasnya terhadap Israel laknatullah!!!
1) Demontrasi Anti Israel...
Di Kolej Universiti Insaniah (INSANIAH), pada 8 Januari 2009 (khamis) selepas solat Zohor. Semua Mahasiswa INSANIAH telah berarak dari perkarangan surau ke perkarangan Dewan Besar Sultan Abdul Halim Mua'zham Shah.


2) Himpunan 1000 Mahasiswa seluruh negara...
Bermula dari Masjid Syakirin berdekatan dengan KLCC, pada 9 Januari 2009 (jumaat) berarak selepas solat Jumaat ke Kedutaan Mesir sejauh 3 kilometer melalui Jalan Ampang.
Kullu 'Am wa Antum Bikhair
Assalamu'alaikum..
Salam buat sahabat sekalian..moga-moga kita semua dirahmati Allah dan dipayungi keredhaan dari ilahi seadanya kita di bumi barakah ini..
Selepas saban hari berlalunya tahun baru hijrah, baru kali ini ana dapat menulis dalam blog ini, hanya sekadar nak penuhi masa lapang yang berbaki ini. Baru-baru ini di INSANIAH telah diadakan himpunan aman bagi membantah kekejaman israel laknatullah di Palestin, betul-betul di hadapan lobi dewan besar pada hari khamis yg lalu 8 januari selepas kami semua solat zohor berjemaah. Seterusnya disusuli dengan himpunan aman 1000 mahasiswa seluruh negara pada keesokan harinya pada 9 januari selepas solat jumaat bermula dari Masjid Syakirin dekat dengan KLCC berarak ke Kedutaan Mesir. Kemudian selepas ana dan kekawan yang lain pulang pada petang tersebut (kami sampai di INSANIAH lebih kurang pada jam 3.30 pagi) pada hari sabtu malam pula kami disusuli pula dengan program Malam Intifadah & Road Tour kumpulan nasyid Syifa' bersama-sama dengan ceramah dari Aman Palestin Sungai Petani, Kedah.
Semua ini berlaku dalam sekelip mata dalam masa 3 hari ini, rasa penat pun ada jugak la, kami berarak semasa di KLCC sejauh 3 Kilometer ke kedutaan Mesir. Walaupun penat, ini tidak mematahkan semangat ana untuk melihat keamanan dan kebebasan di Palestin, saudara seagama dan seaqidah dengan kita. Sedarkah kita mereka selalu dihujani dengan peluru perpandu dari israel laknatullah dan dibasahi dengan lumuran darah di sekeliling mereka, tapi kita disini hidup senang, aman dan bahagia, makan cukup, boleh kesana kemari, tapi dimanakah prikemanusiaan kita untuk membela nasib saudara seagama dan seaqidah dengan kita, dimana sahabat-sahabat sekalian. Sedih rasanya bilamana mendengar angka kematian lebih 700 orang rakyat palestin telah dibunuh. Ya Allah, layakkah aku bergelar muslim, sanggupkah aku untuk melihat sahaja nasib saudara seagama tidak terbela?
Disinilah peranan kita untuk kita praktikkan setelah sekian lama kita selalu bercakap, berceramah kesana kemari untuk menyatakan rasa ukhwah dan cintanya kita terhadap saudara seagama dan seaqidah dengan kita. Dengan cara sama-sama kita memboikot barangan Yahudi laknatullah dan sekutu-sekutunya, juga yang menyumbang kepada mereka laknatullah. Gerahkan tenaga, gerakkan minda untuk disebarkan kepada seluruh saudara kita yang lain, sama-sama kita memboikot barangan yahudi laknatullah. Seterusnya sama-sama berdoa untuk keselamatan saudara kita di palestin dengan doa qunut nazilah serta hulurkan bantuan sedapat yang mungkin. Sama-sama kita laksanakan seupaya kita untuk menunjukkan rasa bencinya terhadap kekejaman israel laknatullah. Inilah setakat kemampuan yang dapat kita salurkan untuk saudara di Palestin.
hancur, hancur.....hancur Israel!!!
laknat, laknat......laknat Israel!!!!
jahanam, jahanam.....jahanam amerika!!!!!!!
bangsat, bangsat........bangsat yahudi!!!!!!!
hidup Islam!!!!!!!
bangkit umat Islam!!!!
Takbiirrrrrr.....Allahu Akbar!!!!!!!!
Sama-sama kita memboikot :
1. Coca-cola
2. Mc Donalds
3. Disney
4. Kotex
5. Loreal
6. Nestle
7. Tesco
8. KFC (kita tukar ke RFC 'radix fried chicken' HPA punya sedap!! cuba try)
DLL
Salam intifadhah!!!
Hijrah : Permulaan Ke arah Perubahan
Salam hijrah,
Alhamdulillah syukur kpd Allah yang telah membekalkan nafas kepada kita supaya dapat kita rasai kenikmatan di dunia dalam keadaan melaksanakan tuntutanNYA dan suruhanNYA. Hari ini telah genap lah setahun dalam bulan hijriah kita melaksanakan segala tuntutan dan suruhanNYA, samada sedikit atau banyak amalan yang telah kita laksanakan, itu tidak menjamin kita untuk dapat masuk syurgaNYA yang sungguh istimewa. Hanya bagi orang yang benar-benar bertaqwa dan melaksanakan dalam keikhlasan kepada Allah sahaja dapat mengecapinya. Oleh itu, marilah sama-sama kita tingkatkan sebanyak yang mungkin ketaqwaan dan keikhlasan kita dalam melaksanakan tuntutan ilahi.
Hanya dengan ketaqwaan dan rahmat dari ilahi saja yang menjamin untuk ke syurga. Mafhum ayat al-Quran : "Sesungguhnya orang yang muliakan di sisi Allah hanyalah orang yang benar-benar bertaqwa kepada Allah".
Allah tidak melihat sebanyak mana harta yang dikumpulkan, tidak juga banyak mana amalan telah kamu lakukan, juga rupa paras, tubuh badan kalian, jawatan yang telah disandang, tetapi ingatlah yang akan dilihat pada seseorang itu adalah qulub atau hati kita kemudian barulah amalan kita akan dihitung dan dikira pada yaumul hisab. Insafilah diri yang hina ini, yang banyak bergelombang dengan dosa, moga kita tidak menyesal pada hari menerima segala pembalasan.
Sementara gelombang hijrah masih bernyala dan baru, mara lah kita sama-sama dalam mengharungi arus perubahan ke arah perubahan yang lebih diredhai Allah. Jika hari ini kita menjanjikan perubahan dalam kehidupan kita dan ummah seluruhnya, maka marilah mempraktikkan dan melaksanakannya dalam lapangan kehidupan bukan janji tinggal janji, sebagai mana orang-orang munafik dalam menunaikan janji. Na'uzubillah.
Laungkanlah slogan perubahan ke arah kebijaksanaan, semoga ia menjadi dan terlaksana dalam realiti. Bersemangat lah dalam meniti perjalanan yang panjang dan menyusahkan ini yakni kerja-kerja dalam lapangan Amal Islami kerana untuk mencapai kepada matlamat yang agung bukan nya mudah sebagaimana mudahnya mencapai duniawi. ia memerlukan kerahan keringat yang banyak di sepanjang jalan yang berliku ini. justeru itu, perubahan dalam jiwa pendakwah diperlukan untuk membentuk kesejahteraan seluruh ummah.
Perubahan menjana ummah bertaqwa!!! Takbir!!!!!!!!
Menjadi Umat Yang Terbaik
Salam Motivasi,
Sebenarnya kita merupakan umat pilihan disisi Allah swt. Malah boleh kita katakan kita merupakan umat yang terbaik berdasarkan firman Allah dalam Surah Al-Imran, ayat 110 bermaksud “Kamu merupakan umat yang terbaik yang dilahirkan bagi manusia. Kamu menyeru kepada maaruf dan mencegah kemungkaran dan kamu beriman kepada Allah“.
Mengikut Imam Qatadah, Khalifah Omar Al-Khattab pernah berkata berhubung ayat ini, sesiapa yang suka digolongkan dalam golongan umat yang terbaik ini, tunaikanlah syarat Allah yang terdapat dalam ayat ini.
Sahabat nabi berjaya menunaikan syarat-syarat ini. Syarat-syarat ini ialah :
1 ) Mengajak kepada maaruf
2 ) Mencegah kemungkaran
3 ) Beriman dan melaksanakan tuntutan iman yang telah ditetapkan oleh Allah.
Perkara ini telah berjaya ditunaikan oleh para sahabat. Justeru mereka telah berjaya mencipta sejarah kegemilangan yang tidak ada tolok bandingannya. Jika kita pada hari ini juga mampu melaksanakan syarat-syarat yang 3 ini, insyaallah kita juga akan berjaya.
Tingkatkan Ukhuwah Sesama kita
Salam Ukhuwah Fillah,
Marilah sama-sama kita membina ukhuwwah yang mantap di kalangan ahli. Ini kerana ukhuwah adalah satu tuntutan asas yang telah dibina oleh Nabi SAW semasa baginda tiba di Madinah. Ini adalah batu asas dalam proses untuk menegakkan Daulah Islamiyyah, tidak dapat tidak dalam pembinaan ke arah yang sama kita menjana persaudaraan berdasarkan tuntutan dalam al-Quran yang menyebut :
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
maksudnya: Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
Marhalah ukhuwwah
Tujuan utama ukhuwwah Islamiyah ialah محبة الإلهية
1. Yang paling rendah ialah سلامة الصدر
Firman Allah:
إنما المؤمنون إخوة
maksudnya: Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara. (Al-Hujurat 10)
2. Yang paling tinggi ialah الإيثار
Firman Allah SWT dalam surah Al-Hasyr ayat 9:
وَيُؤْثِرُونَ عَلَى أَنْفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ
Maksudnya: dan mereka melebihkan diri saudara-saudara mereka lebih dari diri mereka sendiri walaupun dalam keadaan yang terdesak dan memerlukan
3. Yang pertengahan ialah المساواة meletakkan hak saudara Islam sama dengan hak sendiri
لايؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه
Maksudnya: tidak beriman seseorang dari kalangan kamu sehingga ia mencintai saudaranya seperti ia mencintai dirinya sendiri
Dalam konteks membina Persatuan yang berasaskan Dakwah Ilallah di IPT khususnya dengan kukuh dan mantap, perlulah meningkatkan ukhuwwah sehingga ke tahap paling tinggi iaitu ithar. Tujuannya bagi melatih diri kita sentiasa meletakkan kepentingan sesama mukmin lebih penting daripada diri kita sendiri. Itulah yang telah dibuktikan oleh para sahabat dalam beberapa siri peperangan yang tidak mementingkan diri dalam keadaan kecederaan yang amat mendahagakan air, tetapi masih lagi tetap mengutamakan sahabatnya yang lain yang mungkin lebih haus sedangkan dirinya sendiri dalam keadaan amat memerlukan air.
Air Mata Keinsafan
Salam Muhasabah,
Kenapakah begitu susah untuk aku mengubah diri ini agar menjadi insan berguna pada mata Ilahi?
Kenapa begiru sukar diri ini untuk menerima segala kebenaran yang diajarkan padaku?
Begitu hitamkah hati ku ini?
Begitu menggunungkah dosa diri ini?
Layakkah aku untuk meminta ampunanMu ya Allah?
Masih adakah ruang untuk hidayahMu bertapak dalam ruangan hati hitam ini ya Allah?
Kenapa begitu susah diri ini untuk mengalirkan air mata apabila disebut nama yang Maha Esa…?
Kenapa begitu berat air mata ini untuk mengalir mendengar nama Rasulullah s.a.w?
Kenapa begitu jauh diri ini jika dibanding dengan para pejuang Islam yg lain?
Aku jua muslim yang sama-sama ingin melihat kebangkitan Islam….
Aku jua muslim yang bersama-sama melawan arus jahiliyah..
Tapi diri ini tetap ku rasakan masih sungguh jauh untuk menghampiri gerbang syurga-Mu ya Allah……
Tapi aku tidak sanggup dengan siksaan api neraka-Mu...
Ya Allah……
Hinanya diri ku ini ya Allah…
Kotornya diri ku ini ya Allah…
Jijiknya diri ku ini ya Allah…
Berilah hidayah padaku ya Allah…
Janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat…
Pimpinlah aku dalam setiap detik perbuatanku…
Aku tidak sanggup jika Kau berpaling dari memandang diri ini…
Tidak sanggup ya Allah….
Segala-galanya aku berserah pada Mu…
Aku tidak dapat membayangkan diriku tanpa pimpinan-Mu ya Allah…
Aku tidak sanggup menjadi sehina-hina manusia pada pandangan-Mu…
Astaghfirullahalazim…
Ampunilah aku dalam setiap kejahilan dan kelekaanku….
Hanya pada Engkau aku bergantung dan mengharap segala-galanya….
Air mata membasahi pipi….
Adakah ini air mata keinsafan???
Ini adalah air mata kehinaan yang melanda diri ini…
Diri ini sedih dengan apa yg telah hambaMu ini lakukan….
Aku ingin meminta sesuatu dari Mu..
Tapi aku sungguh malu padaMu ya Allah..
Aku teringat perjuangan Hassan Al-Banna..
Aku sangat mengagumi perjuangan beliau…
Aku mengagumi perjuangan Syed Qutub…
Tapi ya Allah…aku malu ya Allah untuk menyatakannya…
Masih layakkah diri ini menyebut nama Hassan Al-Banna? Nama Syed Qutub?
Masih tersisakah pejuang sepertinya untuk diri ini….
Malunya aku ya Allah dengan permintaan ini...
Aku tidak layak memikirkan tentangnya..
Wanita seperti manakah yang Kau pilihkan untuk mereka…?
Wanita yang bagaimanakah yang telah Kau pilih untuk melahirkan mereka?
Semestinya seperti Zainab Al-Ghazali dan mereka yang seangkatan dengan beliau…
Aku ingin sekiranya boleh mendampingi orang-orang sekaliber mereka.
Seorang yang hidupnya semata-mata untuk Allah.
Mereka tak tergoda rayuan harta dan benda apalagi wanita.
Aku ingin sekiranya boleh menjadi seorang ibu bagi mujahid-mujahid seperti Hassan Al-Banna.
Masih tersisakah mujahid seperti Al-Banna untukku ya Allah…?
Layakkah diri ini untuk menjadi peniup semangatnya?
Aku sungguh malu menyatakannya ya Allah…
Sungguh hina diri ini…sungguh kotor diri ini…
Sungguh lemah diri ini untuk mujahid seperti mereka…
Air mata ini jika dialirkan hingga titisan terakhir,
namun ia masih tidak mencukupi untuk menyatakan rasa bersalah dengan dosa-dosa diri ini yang menggunung tinggi...
Ya Allah…..
Pimpinlah daku…
Janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat cuma
Aku tidak sanggup dibiarkan dlm lumpur dosa2 hina….
Ampunilah aku ya Allah….
Astaghfirullahalazim…
Astaghfirullahalazim…
Astaghfirullahalazim…
Suluhan Ilahi : mari kita mengorak langkah melazimi diri kita ini untuk bermuhasabah sentiasa, semoga kita tidak menjadi orang yang muflis di hari Kebangkitan kelak. Sentiasa bermuahasabah lebih mendekatkan kita dengan perkara-perkara ma'ruf dan menjauhi perkara keji dari pandangan Allah..
