Assalamu'alaikum warahmatullah.. Moga semua berada dalam kebahagian yang hakiki, dan ucapan Salam Aidil Adha dari ana di bumi barakah al-Kalantani buat sahabat semua. Hari ini 9 Zulhijjah 1431H bersamaan 16 November 2010M adalah hari 'arafah mengikut perkiraan di negara Malaysia. Maka, kita disunatkan berpuasa pada hari ini kerana ia sebahagian daripada sunnah-sunnah yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW, serta mendapat ganjaran yang besar bagi mereka yang berpuasa pada hari ini. Sebagaimana hadis riwayat Muslim dari Abi Qatadah r.a. yang bermaksud : Rasulullah SAW ditanya tentang puasa pada hari 'arafah (9 Zulhijjah), baginda menjawab : "(Berpuasa pada hari 'arafah) menghapuskan dosa (kecil) setahun yang lalu dan setahun yang akan datang." Hadis ini, nak bagitau kepada kita tentang kelebihan berpuasa pada hari 'arafah dengan kelebihan penghapusan dosa selama 2 tahun, iaitu setahun yang lepas dan setahun yang akan datang. Awas, jangan kita silap faham pulak tentang penghapusan dosa tersebut. Ulama menyebut, yang dikehendaki dengan penghapusan dosa dalam hadis ini adalah dosa-dosa kecil sahaja, sebab nak hilangkan dosa besar hanya melalui taubat kepada Allah SWT dan untuk hapuskan dosa kecil pula melalui amalan-amalan kebaikan, macam yang tersebut dalam al-Quran : 'Innal Hasanaati yuzhibnas sayyiaat', yang bermaksud "Sesungguhnya kabaikan-kabaikan itu menghapuskan dosa-dosa kecil." (ana lupa dah surah ape ayat berapa, sila rujuk al-Quran ye). Ini menunjukkan besar kelebihannya orang yang berpuasa pada 9 Zulhijjah, jadi rugilah sape-sape yang tak berpeluang untuk berpuasa pada hari ini. Orang yang berpuasa pada hari 'asyura diberi ganjaran penghapusan dosa setahun yang lalu sahaja (mafhum hadis riwayat Muslim) berbanding berpuasa 9 Zulhijjah. Maknanya lebih besar ganjarannya berbanding berpuasa pada hari 'asyura yang hanya dihapuskan dosa setahun (hadis sohih lagi tu). Fikir-fikirkanlah... Disini ana selitkan sedikit mutiara-mutiara berharga mengenai ibadah korban untuk tatapan sahabat sekalian, moga mendapat manfaat di sisi Allah Rabbul Jalil. ****************** Hikmah Korban Korban dan akikah merupakan ibadah dan amalan yang mulia dan penting dalam Islam kerana amat besar fadilat dan implikasinya. Malangnya masih ramai orang yang samar-samar atau kabur kefahaman terhadapnya. Tidak kurang yang memandang ringan terhadap ibadah ini. Mereka mempunyai kemampuan tetapi tidak mahu melakukan penyembelihan korban dan akikah ini. Penjelasan dan pengisian yang terkandung dalam kitab ini dapat membantu kefahaman masyarakat tentang ibadah korban serta akikah. Malah akan timbul keinginan atau meningkatkan kesungguhan untuk sama-sama mencari pahala daripada kedua-dua ibadah ini. Antara persoalan yang sering terdengar dalam masyarakat ialah: • Apakah sebenarnya korban dan akikah itu? • Apakah perbezaan antara korban dan akikah? • Apakah hukum melakukannya? • Berapa kali kita dituntut melakukan korban sepanjang hayat kita? • Apakah syarat-syarat binatang yang hendak dikorbankan? • Bolehkah seekor lembu dikongsi sebahagian untuk korban dan sebahagian lagi untuk akikah? • Apakah hikmah atau faedah yang bakal diperolehi kerana melakukan kedua-dua ibadah itu? Penyembelihan Korban Korban ialah penyembelihan binatang yang dilakukan pada Hari Raya Haji (selepas solat sunat Aidiladha) dan pada tiga hari tasyrik berikutnya iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijah. Korban hendaklah diniatkan sebagai ibadah kepada Allah SWT dan tidak boleh untuk tujuan selain itu. Syiar ini adalah sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad SAW. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syiar Allah, kamu memperolehi kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila telah rebah (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak memintaminta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur.” (Surah al-Hajj 22: 36) “Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.” (Surah al-Kawthar 108: 2) Daripada Aisyah r.ha. Nabi Muhammad SAW telah bersabda yang bermaksud: “Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Korban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan korban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah korban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) korban itu.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah dan al-Hakim) Zaid bin Arqam berkata: “Mereka telah bertanya, ‘Wahai Rasulullah, apakahudhiyyah (korban) itu?’ Nabi Muhammad SAW menjawab: ‘Ia sunnah bagi bapa kamu Nabi Ibrahim.’ Mereka bertanya lagi: ‘Apakah ia untuk kita?’ Rasulullah SAW menjawab: ‘Dengan tiap-tiap helai bulu satu kebaikan.’ Mereka bertanya:‘Bagaimana bulu yang halus pula?’ Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:‘Dengan tiap-tiap helai bulu yang halus itu satu kebaikan.’” (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah) Hukum Korban Korban hukumnya sunat mu’akkad (sunat yang dituntut) atas orang yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut: • Islam. • Merdeka (bukan hamba). • Baligh lagi berakal. • Mampu untuk berkorban. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Aku disuruh berkorban dan ia sunat bagi kamu.” (Riwayat al-Tirmizi) “Telah diwajibkan kepadaku korban dan tidak wajib bagi kamu.” (Riwayat al-Daruqutni) Walaupun hukum berkorban itu sunat tetapi ia boleh bertukar menjadi wajib jika dinazarkan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang bernazar untuk melakukan taat kepada Allah, maka hendaklah dia melakukannya.” Hikmah Dan Fadilat Korban • Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s. • Mendidik jiwa ke arah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. • Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta ke jalan Allah SWT. • Menghapuskan dosa dan mengharap keredaan Allah SWT. • Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik. • Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim di akhirat kelak. Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Muliakanlah korban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu meniti titian pada hari kiamat.” Siiru 'ala Barakatillah.. Sumber & Rujukan : - Buku Sabil al-Muhtadin terbitan Telaga Biru Sdn Bhd. - Kitab Riadhus Solihin, Imam Nawawi.
Erti Disebalik Ibadah Korban
Pilihlah Calon Yg Terbaik [PRK Insaniah 09]
Assalamu'alaikum buat sahabat seperjuanganku sekalian..
Mari kita sama-sama panjatkan seribu satu kesyukuran kepada Pencipta langit dan bumi kerana dengan izin dan restuNya dapatlah juga ana berkongsi sama menumpahkan sedikit rasa dihati.
Pilihanraya amat berkaitan dengan agama, keadilan dan tanggungjawab setiap mahasiwa dalam memilih pemimpin yang sesuai dan layak. Ia ada kaitan dengan dosa pahala dan mendapat keredhaan Allah atau sebaliknya. Pilihanraya adalah medan pemilihan pemimpin yang bakal kita angkat sebagai khadam kepada mahasiswa dalam pelbagai permasalahan. Selaku wakil mahasiswa, segala bentuk kebajikan, sakit dan mati, susah dan senang; juga segala aduan dan masalah kita sepatutnya diberi perhatian oleh wakil mahasiswa yang dipilih nanti. Dalam konteks inilah amat pentingnya kita memilih wakil mahasiswa yang memahami masalah serta prihatin terhadap kebajikan mahasiswa.Disamping itu, pemimpin lah yang akan mencorakkan suasana yang ada di Insaniah. Maka, kewajipan kita sebagai pengundi untuk memilih pemimpin yang boleh membawa kita kepada keredhaan dan barakah dari Allah serta Bi'ah (suasana) yang solehah. Sebagaimana firman Allah :
ولو أن أهل القرى آمنوا واتقوا لفتحنا عليهم بركات من السماء والأرض
Mafhumnya : "Jikalau ahli qaryah (kampung itu) beriman dan bertaqwa kepada Allah nescaya Kami bukakan pintu barakah ke atas mereka dari pintu langit dan dari pintu bumi."
Pilihlah calon yang berkelayakan dan mampu untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Ini merupakan tanggungjawab kita sebagai Mahasiswa Islam untuk memilih pemimpin yang boleh menjaga kesucian Islam di bumi barakah Insaniah yang tercinta ini. Ibnu Khaldun telah memberi penta'rifan tentang Khalifah (pemimpin) iaitu :
إقامة الدين وسياسة الدنيا به
Maksudnya : Pemimpin adalah menegakkan agama Islam dan mentadbir dunia dengan agama (Islam).
Jadilah orang yang PEKA tentang perihal agama Islam, jangan jadi orang yang PEKAK apabila ada yang ingin berbicara tentang agama Islam. Rasulullah bersabda :
الإسلام يعلوا ولا يعلى عليه
Maksudnya : Islam itu tinggi, tiada yang lebih tinggi daripada Islam.
Saidina Umar al-Khattab pernah menyebut :
نحن قوم أعزنا الله بالإسلام
Maksudnya : Kita adalah kaum yang dimuliakan Allah dengan Islam.
Ini bukan soal kalah menang dalam memilih calon kita semata-mata tetapi lebih mustahak dari itu, ia adalah pemilihan untuk mencari keredhaan Allah dan mendapat pahala di akhirat kelak. Bahkan ia sekaligus kesempatan untuk mengembalikan keizzahan Islam dan mahasiswa Islam. Allahu Akbar...Allahu Akbar...Allahu Akbar, walillahil hamd.
Sinari Kemerdekaan Dengan Islam
Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah wassolatu wassalam 'ala rasulillah wa 'ala alihi wa sohbihi wa man wa laah, amma ba'du,
Segala pujian kembali kepada Allah yang telah memberi nikmat dalam negara kita dengan nikmat kemakmuran dan keamanan serta kelepasan dari cengkaman penjajah. Dan sekarang kita dapat kecapi keamanan dari kemerdekaan ke atas tanah air tercinta ini. Walau bagaimanapun, kita mesti memahami kemerdekaan dari sudut kaca mata Islam. Apakah kemerdekaan menurut Islam? Dari sudut manakah kemerdekaan atau kebebasan itu? Setelah 52 tahun Malaysia bebas merdeka, adakah Malaysia bebas dari masalah sosial dalam masyarakat? Inilah beberapa persoalan yang perlu dijawab sebelum kita menyatakan Malaysia sudah kemerdekaan. Mungkin merdekanya Malaysia hanya dari penjajahan British, tetapi dari sudut lainnya macam mana?
Tetapi, apa yang paling utama adalah diri kita sendiri yang menjadi individu dalam masyarakat tersebut, Adakah kita telah bebas merdeka dari runtunan nafsu syahwat? Adakah kita telah menyahut seruan Allah dan sentiasa hampir denganNya? Mengikut kehendak dan dorongan nafsu syahwat adalah kesan dari diri kita yang suka kepada benda-benda yang disukai oleh nafsu, suka menonjol diri, sukakan pujian, suka terkedepan dari orang lain. Ini semua adalah nafsu syahwat belaka. Perkara ini akan menyebabkan kecacatan pada jiwa kita. kemudian timbul dalam diri penyakit-penyakit hati, jika tak dirawat segera akan merebak ke dalam jiwa-jiwa yang lain. Sikap tidak redha kepada nafsu adalah asas kepada pemeliharaan kehormatan diri, keselamatan kepada maruah diri seterusnya kita akan bangkit untuk melaksanakan ubudiyyah kepada Allah dalam melaksanakan hak yang sepatutnya.
Hidup dalam sebuah persekitaran atau masyarakat yang mengutamakan nafsu, tidak memungkinkan kehidupan Islam dapat ditegakkan di situ. Oleh itu menjadi kewajipan kepada kita semua, bagi membebaskan diri dari perkara-perkara yang mencacatkan jiwa kita. Kita mesti berusaha menyelamatkan saudara yang lain dalam usaha membebaskan diri dari penyakit-penyakit hati dan jiwa. Suka kepada nafsu akan membuahkan sikap suka mengkritik sahaja dan bukannya membina. Sikap ini jelas membawa kepada kehancuran. Maka sama-samalah kita berusaha menjaga hati kita dan sahabat kita dari kehancuran yang lebih besar dalam masyarakat atau dalam sesebuah jemaah. Selalulah memberi peringatan, berkawanlah dengan orang yang boleh menunjukkan kita ke jalan yang diredhai Allah dan sentiasalah berusaha membersihkan hati kita serta serulah orang lain kejalan Allah yang benar.
Lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan yang berkat ini yang digandakan pahala ibadah, carilah peluang untuk kita memuhasabah diri kita, menyucikan diri dari kotoran jiwa terutama 10 terakhir dalam bulan Ramadhan.
PESKO KE 11
Pesta Konvokesyen Ke 11 Kolej Universiti Insaniah, Kedah.

Antara acara yang menarik dianjurkan oleh Urusetia Pesko
kepada warga Insaniah sekalian :

Tak lupa juga untuk semua pengungjung dengan pelbagai acara dan aktiviti.
Moga dapat memeriahkan Pesko kali ini.
Siir 'ala barakatiLLAH
Dr Fathi Yakan; Tetap Dalam Hati Pejuang

Al-Fatihah buat seorang tokoh gerakan Islam kontemporari abad ini. Ustaz Dr Fathi Yakan yang kembali menemui Tuhan-Nya semalam (13 Jun 2009). Beliau meninggal pada umur 75 tahun setelah hampir 2/3 umurnya dihabiskan dalam gelanggang dakwah.
Antara sumbangannya yang paling besar saya kira adalah karya agungnya bertajuk 'Maza ya'ni intimai'i lil islam' (Apa Ertinya Saya Menganut Islam). Buku yang menjadi silibus usrah dan perbincangan di sekolah-sekolah dan kampus. Pandangan yang menjernihkan kefahaman kita terhadap Islam dan menyuntik kesedaran sebagai abna' al-harakah.
Seorang jurutera yang begitu memahami selok-selok dakwah.
Banyak anak-muda serta generasi kini mungkin kurang mengenali beliau. Justeru, setiap penggerak gerakan Islam harus mewacanakan pemikiran beliau. Supaya ada kesinambungan pemikiran perjuangan dan gerakan.
Memperingati Kematian Mujaddid Abad 20
Assalamu'alaikum buat semua sahabat yang dirahmati Allah sekalian..
Oleh itu, marilah sama-sama kita sedeqahkan al-Fatihah buat pejuang ini. al-Fatihah!!!
Wassalam...
Siiru 'ala barakatillah.


