DAKWAH NABI : CONTOH METHOD DAKWAH YANG TERBAIK

| Jumaat, 16 Oktober 2009 |

Assalamu'alaikum,

Salam ceria dan perjuangan ke titisan darah yang terakhir dalam memperjuangkan dan mendaulatkan Islam.


Perkataan 'dakwah' selalu meniti di bibir-bibir orang agamawan, juga mahasiswa Islam. Setiap dakwah yang dijalankan mestilah berpaksikan kepada dua sumber utama dalam Islam, yakni al-Quran dan Hadis Nabi SAW. Setiap gerak langkah dakwah mesti dilihat dari contoh tauladan dari manusia mulia iaitu Nabi Muhammad SAW dalam lembaran sirah yang telah dicatat oleh para ulama' sejarah Islam. Jadi, dari sudut method dakwah yang terbaik adalah melalui Rasulullah SAW. Disini ana cuba bentangkan serba sedikit mengenai method dakwah yang telah dilaksanakan oleh baginda SAW.


Adakala Nabi SAW berlembut seperti saat berdepan dengan badawi yang kencing di dalam masjid. Tika itu Nabi SAW menghalang Saidina Omar yang berhasrat untuk memukul badawi tersebut kerana perlakuan biadabnya. Namun sikap Nabi SAW pada waktu itu menjadikan badawi terbuka pintu hatinya untuk menerima Islam lalu melafazkan syahadah.


Begitu juga, suatu kisah ketika Rasulullah SAW sedang duduk ditengah-tengah para sahabat, tiba-tiba datang seorang rahib yahudi bernama Zaid bin Sa’nah. Kemudian dia menyambar kain Rasulullah SAW dan berkata dengan kasar; “Ya Muhammad! Bayarlah hutangmu. Kamu keturunan Bani Hasyim melambat-lambatkan pembayaran hutang.”


Sememangnya ketika itu Rasulullah SAW berhutang dengan yahudi tersebut. Tetapi Rasulullah mengerti bahawa masa yang dijanjikan untuk membayarnya belum sampai. Melihatkan keadaan sebegitu, Saidina Umar r.a lalu bangun dan menghunus pedangnya. “Wahai Rasulullah SAW, izinkan aku memenggal leher manusia yang kurang ajar ini.”


Namun, dengan penuh kelembutan dan ketenangan Rasulullah SAW bersabda; “Ya Umar, aku tidak disuruh berdakwah dengan cara yang kasar. Antara aku dan dia memang memerlukan kebijaksanaan daripadamu. Suruhlah dia menagih hutangnya dengan sopan dan ingatkanlah aku supaya aku dapat membayar hutangku dengan baik.”


Mendengar sabda Rasulullah SAW tersebut, orang yahudi itu pun berkata: “Demi yang mengutusmu dengan kebenaran, sebenarnya aku tidak akan datang untuk menagih hutang, tetapi aku datang untuk menguji akhlakmu. Aku mengerti masa untuk melunaskan hutang itu sebelum sampai waktunya. Akan tetapi aku telah membaca sifat-sifatmu dalam kitab Taurat. Semua sifat-sifatmu sungguh terpuji. Namun masih ada satu sifatmu yang belum aku ketahui iaitu tentang kebijaksanaanmu bertindak ketika waktu marah. Ternyata tindakan ceroboh yang dilakukan orang terhadapmu, engkau masih dapat mengawalnya dengan cara bijaksana.”


Ini merupakan satu hakikat yang aku saksikan sendiri, maka terimalah Islamku ya Rasulullah SAW, kemudain orang yahudi itupun mengucap dengan mengakui Tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH dan Rasulullah SAW adalah pensuruh ALLAH.


Kemudian ia berkata lagi: “Wahai Rasulullah, adapun hutangmu, aku sedekahkan kepada fakir miskin dan kaum muslimin”


Demikianlah antara sebuah kisah kehebatan akhlak dan kebijaksanaan Rasulullah SAW dalam menghadapi mad’u walaupun dalam keadaan marah. Manakala, hari ini bagaimanakah para pejuang Islam menguruskan pelaksanaan dakwah mereka dalam masyarakat. Apabila kita dimarahi, dicaci, dicerca dan dihina adakah kita mampu menahan kemarahan kita tanpa cepat melenting terhadap apa yang terjadi, serta mampu membawa mesej dakwahnya secara berhemah. Adalah menjadi tanggungjawab setiap pejuang Islam dalam menghadapi situasi yang mudah mengundang marah, memerlukan tindakan pantas kepada memikirkan sabar tanpa menyebabkan dakwah dibawa terbantut.


Rasulullah SAW bersabda bermaksud :

“Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang mengelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah).”

[Riwayat al-Tirmizi]


Adakalanya pula Nabi SAW bersikap tegas dan kasar seperti Nabi SAW menangani kedatangan Omar r.a. (masa itu beliau belum beriman) yang mahu membunuh beliau dirumah al Arqam. Nabi SAW menerima kedatangan Omar dengan segera menerpa lalu mencekak leher baju Omar dengan garang Nabi SAW berkata untuk apa kamu datang? Sikap Nabi yang kasar dan tegas itu membuka pintu hati Omar r.a. seorang yang keras dan kasar pada waktu untuk beriman.


Demikian halnya, Nabi SAW pernah tidak memaafkan musuh seperti seorang yahudi bernama Kaab bin Asyraf sehingga Nabi SAW pernah berkata, jika ditemui Kaab ini bergantung di kelambu kaabah sekalipun hendaklah kamu bunuhnya.


Namun Nabi yang sama jugalah pernah memaafkan wahsyi yang membunuh bapa saudara baginda yang sangat dikasihi Hamzah Abdul Muttalib .


Begitulah kebijaksanaan Nabi SAW dalam berdakwah. Itulah hikmah yang perlu dimiliki oleh para pejuang Islam dan para pemimpinnya. Namun, dasar umum dalam berdakwah ialah pendakwah mestilah hadir dengan segala kerendahan budi dan keizzahan diri, sopan santun dan bertata susila, berakhlak dan beradab. Firman Allah SWT :

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِنَ اللَّهِ لِنْتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ

فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ

“Maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan Yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah Dengan mereka Dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya.”

[Surah ali Imran : 159]


Kewajipan Mahasiswa Mewujudkan Bi'ah Solehah

| |

Assalamu'alaikum, buat para pengunjung sekalian..

Apabila dengar sahaja mahasiswa, masyarakat akan melabelkan mereka ini adalah golongan yang intelektual, cerdik, pandai dan perkataan “maha” sahaja sudah tergambar kekuasaan. Tapi sayangnya, intelektual, cerdik dan pandai telah disalah tafsirkan oleh sistem sekular yang mana mahasiswa di IPT hanya untuk belajar sahaja dan juga kawalan akta AUKU juga terpengaruh dengan sistem sekular. Sistem sekular ini bukan sahaja berleluasa di kampus, malah di bangku sekolah lagi memang dididik supaya pemuda Islam menjadi “mandul” dengan sistem ini juga, pelajar boleh memilih subjek pendidikan seni atau pendidikan Islam? Dengan sistem inilah apabila melangkah ke IPT dan sudah bergelar mahasiswa tetapi masih berfikiran sempit dan jumud.

Mesti ada yang tertanya-tanya apakah itu sistem sekular? Macam pernah didengari dan ada juga yang tidak tahu langsung. Sistem ini telah dibawa oleh penjajah British sejak negara kita belum merdeka lagi iaitu sistem yang mengasingkan agama dengan kehidupan dan dimasukkan ke dalam pentadbiran negara kita dan kekal sehingga sekarang yang mana bab harta, kahwin, cerai dan lain-lain itu adalah urusan agama, tetapi bab perundangan, ekonomi dan pengurusan itu tidak ada kaitan langsung dengan Islam, sedangkan Islam itu syumul sehinggakan dari kita bangun tidur hingga kita tidur semula, semuanya diajar dalam Islam. Apa kaitannya dengan Islam dan sistem sekular? Bukankah negara kita sebuah negara Islam? Mengapa perlunya digabungkan dengan sistem sekular? Bukankah Islam itu ada sistemnya yang tersendiri?

Anda cuba fikirkan kembali sejarah islam,dengan sistem sekular inilah zaman khilafah Islam Usmaniah jatuh di Turki dan Islam telah hilang zaman kegemilangannya dan sekarang kita sedang mengamalkan sistem ini! Inilah sistem yang menghancurkan umat Islam sehingga sekarang. Jadi, apa kaitannya dengan mahasiswa? Bukankah mahasiswa adalah generasi pemimpin yang bakal menggantikan pemimpin pada masa kini dan mahasiswa adalah satu-satunya aset negara.

Mari kita fikirkan apa kaitan dengan “bi'ah solehah” pula? Em… apabila kita melihat matlamat utama Ikhwanul Muslimin yang ditubuhkan oleh As-Syahid Imam Hassan Al-Banna di Mesir, iaitu ada lima peringkat untuk mengembalikan khilafah Islam iaitu bermula dari perubahan pada diri sendiri, keluarga, masyarakat, negara dan barulah kita dapat kembalikan dunia Islam yang dirampas oleh musuh Islam. Tetapi dalam konteks kita di IPT iaitu bermula dengan mewujudkan negara Islam dalam diri, rakan sebilik, rakan satu blok, dan masyarakat kampus yang mana kita dapat mewujudkan “bi'ah solehah”, iaitu suasana Islam di kampus dan secara automatik, mereka ini akan menjadi pejuang dan perubahan “tajdid” untuk perubahan kepada sistem Islam yang sebenar. Dengan hal ini, dapatlah kita menguasai bukan sahaja negara Islam tetapi dunia Islam. Oleh itu, marilah kita berganding bahu bersama untuk memperjuangkan agama Allah iaitu agama Islam. Mudah-mudahan kita dipilih oleh Allah untuk tergolong di kalangan Ghuraba’, Ashabul Ukhdud, Ashabul Kahfi dan Ikhwan di akhir zaman tetapi ingat, kemenangan Islam bukan terletak pada semangat semata-mata, tetapi terletak pada ketaqwaan kita kepada Allah. Kemenangan Islam semakin hampir dan jika kita masih lalai, kita akan rugi.

Akhirnya,ingat! Islam tidak memerlukan kita, tetapi kita yang memerlukan Islam. Islam akan menang sebelum datangnya hari kiamat, itulah janji Allah. Mudah-mudahan kita adalah orang yang memperjuangkan kemenangan itu, kalau syahid tak rugi, dan kalau hidup kita akan dapat melihat janji Allah terlaksana di depan mata. Wahai mahasiswa, marilah sama-sama mewujudkan “bi'ah solehah” iaitu suasana Islam di kampus kita. Jom kawan-kawan… apa tunggu lagi, kita bukan di kalangan mahasiswa yang “mandul”. Kembalikan cara hidup Islam! Islam! Islam! Bukan cara hidup sekular yang direka oleh musuh Islam untuk melemahkan mahasiswa macam kita.

Siiru 'ala Barakatillah.


Pilihlah Calon Yg Terbaik [PRK Insaniah 09]

| Ahad, 11 Oktober 2009 |

Assalamu'alaikum buat sahabat seperjuanganku sekalian..

Mari kita sama-sama panjatkan seribu satu kesyukuran kepada Pencipta langit dan bumi kerana dengan izin dan restuNya dapatlah juga ana berkongsi sama menumpahkan sedikit rasa dihati.

Di ketika ini, telah berlakunya penamaan calon di INSANIAH pada 7 hb 10 (Rabu). Maka sekarang kita akan menyaksikan perebutan kerusi di kawasan Umum dan juga kerusi di kawasan Kuliah Muamalat. InsyaAllah pada 12 hb 10 (hari Isnin) kita akan saksikan berlakunya Pilhanraya Kampus dengan memilih calon yang sesuai untuk memegang taklif sebagai Exco dalam Majlis Perwakilan Mahasiswa. (sehari selepas pilihanraya Bagan Pinang, 11hb 10 Ahad).

Pilihanraya amat berkaitan dengan agama, keadilan dan tanggungjawab setiap mahasiwa dalam memilih pemimpin yang sesuai dan layak. Ia ada kaitan dengan dosa pahala dan mendapat keredhaan Allah atau sebaliknya. Pilihanraya adalah medan pemilihan pemimpin yang bakal kita angkat sebagai khadam kepada mahasiswa dalam pelbagai permasalahan. Selaku wakil mahasiswa, segala bentuk kebajikan, sakit dan mati, susah dan senang; juga segala aduan dan masalah kita sepatutnya diberi perhatian oleh wakil mahasiswa yang dipilih nanti. Dalam konteks inilah amat pentingnya kita memilih wakil mahasiswa yang memahami masalah serta prihatin terhadap kebajikan mahasiswa.Disamping itu, pemimpin lah yang akan mencorakkan suasana yang ada di Insaniah. Maka, kewajipan kita sebagai pengundi untuk memilih pemimpin yang boleh membawa kita kepada keredhaan dan barakah dari Allah serta Bi'ah (suasana) yang solehah. Sebagaimana firman Allah :
ولو أن أهل القرى آمنوا واتقوا لفتحنا عليهم بركات من السماء والأرض
Mafhumnya : "Jikalau ahli qaryah (kampung itu) beriman dan bertaqwa kepada Allah nescaya Kami bukakan pintu barakah ke atas mereka dari pintu langit dan dari pintu bumi."

Pilihlah calon yang berkelayakan dan mampu untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Ini merupakan tanggungjawab kita sebagai Mahasiswa Islam untuk memilih pemimpin yang boleh menjaga kesucian Islam di bumi barakah Insaniah yang tercinta ini. Ibnu Khaldun telah memberi penta'rifan tentang Khalifah (pemimpin) iaitu :
إقامة الدين وسياسة الدنيا به
Maksudnya : Pemimpin adalah menegakkan agama Islam dan mentadbir dunia dengan agama (Islam).

Jadilah orang yang PEKA tentang perihal agama Islam, jangan jadi orang yang PEKAK apabila ada yang ingin berbicara tentang agama Islam. Rasulullah bersabda :
الإسلام يعلوا ولا يعلى عليه
Maksudnya : Islam itu tinggi, tiada yang lebih tinggi daripada Islam.

Saidina Umar al-Khattab pernah menyebut :
نحن قوم أعزنا الله بالإسلام
Maksudnya : Kita adalah kaum yang dimuliakan Allah dengan Islam.

Ini bukan soal kalah menang dalam memilih calon kita semata-mata tetapi lebih mustahak dari itu, ia adalah pemilihan untuk mencari keredhaan Allah dan mendapat pahala di akhirat kelak. Bahkan ia sekaligus kesempatan untuk mengembalikan keizzahan Islam dan mahasiswa Islam. Allahu Akbar...Allahu Akbar...Allahu Akbar, walillahil hamd.

::Siiru 'ala barakatillah::


Kenangan Di Hari Raya

| Isnin, 5 Oktober 2009 |

Salam kebahagiaan dan keceriaan,

Bersama keluarga semasa hari raya (5 beradik)


Bergambar bersama dengan kakak ipar dan abang ipar serta anak saudara (yang di tepi tu duk menyibuk..)

Semoga kita semua beroleh ketaqwaan hasil dari mujahadah dalam madrasah ramadhan yang telah dilalui dengan penuh ranjau cabaran yang menghadam.

Alirkan dalam diri mu sifat ketaqwaan kepada Allah. Taqwa sebagaimana di sebut oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan) :

“kita suka dok sebut, kita orang melayu, orang cina, orang arab dll. Itu semua tidak penting disisi Allah. yang penting disisi allah adalah, kita tanya diri kira, apakah kita mukmin ke tidak mukmin”

“kerana, mukmin tidak mukmin ini akan menjadi modal; menjadi cagaran kita di padang mahsyar kelak”

“kalau kita jadi cina, tapi ikut nabi Muhammad. Itulah hakikat sebenarnya (kita sebagai manusia yang mendapat sayang dari Allah)”

”orang melayu terjemah Muttaqin, orang yang takut. Boleh juga, tapi tak berapa tepat. Terjemahan betulnya, orang yang beringat (berhati-hati)”

”beringat ini bukan kerja senang. Kalau beringat dua tiga hari, mungkin kita boleh buat. Tapi kalau hari-hari, memang susah. Kerja berat. disebbakan ini adalah kerja berat, Allah bagi upah. Upahnya adalah syurga”

”Kita selalu beringat, bimbang polis saman, polis tangkap, beringat kena lelong. Dan dalam banyak perkara yang perlu kita beringat adalah, takut malaikat tulis benda tak molek, yang akan didedah di akhirat kelak”

”sebab itu, tidak ada cara untuk nak mengelak dari keselamatan dan keamanan, lain daripada turut Islam. jadi orang muttaqin”

::Siiru 'ala Barakatillah::


Salam 'Eidul Fitri 1430H / 2009M

| Khamis, 17 September 2009 |


Salam Aidil Fitri dari ana,
Di sini ana ingin memohon maaf pada sahabat-sahabat yang mengenali diri ini,
di atas kesalahan ana jika sebelum ini terdapat kekasaran bahasa, tergurisnya hati etc...
dari hujung rambut ke hujung kaki.

Pesanan ana untuk sahabat :
Jangan kita lupa dengan ramadhan yang akan berlalu beberapa hari lagi,
dan teruskan istiqamah dalam mendekatkan diri menuju kepada Allah
walaupun di bulan selain ramadhan.
Kita mengharapkan semoga pada bulan ramadhan kali ini,
kita dapat mencapai maqam ketaqwaan di sisi Allah
dan pengucian jiwa sebagaimana bayi yang baru lahir ke dunia.

~Kullu 'am wa Antum biKhair~
::Siiru 'ala Barakatilah::


Rebut Peluang Pengampunan di Malam Lailatul Qadar

| Jumaat, 11 September 2009 |


Oleh : Dato' Dr Haron Din


Ramadan adalah bulan yang terbaik, penghulu segala bulan yang sama dengan hari Jumaat, penghulu segala hari.

Ia merupakan anugerah Allah kepada insan muslim agar mengambil kesempatan daripada kedatangan Ramadan dengan memperbanyakkan kerja taat kepada Allah untuk memperolehi anugerah tambahan-Nya atau bonus agung-Nya dengan menjanjikan Lailatul Qadar yang biasanya akan jatuh pada salah satu daripada 10 malam terakhir.

Mungkin inilah yang disebut oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dalam satu hadis yang bermaksud: Alangkah hairannya, bagi orang yang dianugerahkan umur sehingga selesai satu Ramadan tiba-tiba ia tidak mendapat keampunan daripada Allah SWT.

keampunan itu merupakan satu anugerah yang dijanjikan kepada orang yang benar-benar menjadikan Ramadan sebagai bulan ibadah khusus kerana Allah. Di samping mengharapkan keampunan.

Nabi juga pernah sebut dalam hadis: "sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala Allah, maka akan diampunkan segala dosa-dosanya."

Lebih khusus daripada itu, kita lihat kepada tarbiyah yang ditarbiyah Rasulullah kepada umatnya menerusi satu hadis sahih.

Daripada Aishah r.a dengan pesannya,"wahai Aishah, sekiranya kamu ditemukan Allah dengan malam Qadar, maka perbanyakkan doa memohon kepada Allah yang ditentukan perkara yang hendak dicapai dalam doa itu ialah : Ya Allah ! Kamulah Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Mulia, Ampunkanlah dosa saya."

Tarbiyah yang dimaksudkan itu dengan meletakkan pengharapan yang begitu tinggi, agar kesalahan, ketelanjuran atau kesengajaan, Allah akan terima pengampunannya pada 10 malam akhir Ramadan, akan diampunkan dosa.

Jelas kelihatan bahawa yang amat perlu dipohon kepada Allah ialah penghapusan dosa dan bukan kemanfatan duniawi seperti memohon kekayaan, kemenangan menghadapi musuh, kehebatan dalam kerjaya atau apa sahaja yang namanya hambatan dunia. Semuanya itu tidak penting berbanding dengan keampunan dosa.

Kerana jika diamati akan ternampak kehebatan pencapaian manusia dalam kehidupan ini bukannya kejayaan bersifat sementara.Kehebatan yang agak sementara, akan tetapi kehebatan Allah dengan penghapusan dosa adalah suatu impian dan pencapaian yang begitu tinggi kerana itulah maka fokus utama setiap muslim ialah hari-hari akhir 10 malam ini.

Menjadi satu fokus ke arah meletakkan nilai diri insan yang semata-mata untuk mendapat keredaan Allah. Sekiranya matlamat keredaan Allah itu sudah dicapai, maka tercapailah kemuncak daripada tujuan sebenar manusia ini diciptakan Allah yang akhirnya kepada Allah sahaja tumpuan hidup semua makhluk bagi mendapat reda Allah.

Janji-janji Allah pada hamba-Nya

Ramadan juga merupakan bulan muhasabah untuk kita melihat sekadar mana daya juang kita dalam menangani cabaran penghidupan khususnya cabaran untuk menanggung dan menyempurnakan amanah Allah yang telah dipikulkan ke atas mereka suatu tugas untuk martabatkan agama Allah melainkan dengan usaha berterusan mengharungi suatu perjuangan menentang segala halangan bagi meletakkan kegemilangan Islam di tengah penghidupan yang semakin mencabar.

Lebih-lebih lagi di hari-hari yang sedang kita lalui ini. Di mana umat Islam seolah-olah dijadikan mangsa kepada kegelojohan musuh-musuh Islam yang dari dulu mencari peluang untuk mengganyang umat Islam.

Suasana akhir-akhir ini, selepas tragedi 11 September 2001 seolah-olah menghalalkan untuk mengambil apa sahaja tindakan ke arah pengganyang umat ini dan sekaligus hendak membenarkan Islam itu dari terus wujud di maya pada ini.

Tetapi yakinilah wahai saudara yang seagama denganku bahawa Allah telah menjanjikan suatu 'madah' yang akan menjadi perangsang untuk pejuang-pejuang Islam khasnya di akhir-akhir Ramadan dengan ayat Allah yang bermaksud : "mereka itu musuh-musuh kamu hendak menghapuskan cahaya Allah, agama Islam dengan pelbagai usaha mereka tetapi Allah tidak membiarkan mereka berbuat demikian, dan Dia (Allah) akan menyempurnakan agama kamu dan memenangkan meskipun dibenci oleh orang-orang musyrikin."

Janji-janji seperti ini jelas diterangkan dalam al-quran seperti dalam surah Annur ayat 55 yang mafhumnya : " Allah berjanji dengan kamu yang beriman denganNya. akan diangkat mereka menjadi khalifah (pemerintah) seperti mana Allah telah mengangkat angkatan-angkatan sebelum daripada angkatanmu pemerintah bumi Allah dan pada ketika itu segala perkara huru hara yang berlaku akan digantikan dengan keamanan yang sebenar. Kamu menyembah Allah tanpa menyekutuiNya. Dan sesiapa yang tidak percaya dengan janji sedemikian itu, mereka itu ialah orang-orang yang fasiq."

Oleh itu, maka Ramadan yang bakal tinggalkan kita ini amat berguna lagi kalau diisinya dengan pengorbanan harta benda bagi membantu perjuangan sebagaimana lambang kewajipan fitrah yang diwajibkan kepada setiap individu yang hidup sepanjang Ramadan hingga mencecah menemui awal Syawal.

Pun demikian keseluruhan umat Islam mengeluarkan kewajipan fitrah mereka pada beberapa hari terakhir Ramadan. Hampir berlaku orang yang semata-mata sengaja tidak tunggu kedatangan syawal barulah hendak menunaikan kewajipan zakat fitrah.

Amalan mengawali membayar zakat fitrah adalah petunjuk kepada wujudnya ibadah 'maliyyah' walaupun sedikit tetapi seboleh-bolehnya pengorbanan harta ini dibuat sebanyak yang mungkin bagi mengejar ganjaran yang sebanyak mungkin, lebih-lebih lagi jika sekiranya pengorbanan harta itu dilakukan pada malam Qadar atau setidak-tidaknya berlaku dalam bulan Ramadan.

Maka semuanya itu menyaksikan kita tergolong dalam golongan hamba-hamba Allah yang cukup beruntung memanafaatkan kedatangan Ramadan dengan amal-amal yang berguna untuk diri kita khususnya di saat kita menemui Allah di hari akhirat nanti.

Sumber : Harakahdaily


Rebutlah Peluang Bulan Ramadhan

| Isnin, 7 September 2009 |


Assalamu'alaikum warahmatullah...
Alhamdulillah segala pujian hanya untuk Allah yang mentadbir sekalian alam.

Alhamdulillah, mari sama-sama kita bersyukur kehadrat ilahi kerana Allah masih memberi kesempatan untuk diri ini dan sahabat pembaca sekalian bagi menunaikan ibadah puasa bagi tahun ini. Setiap orang yang beriman pasti rindukan bulan Ramadhan dan kalau boleh bagi mereka dijadikan 12 bulan penuh bulan ramadhan. Persoalannya, adakah kita termasuk dikalangan mereka yang mendambakan bulan ramadhan yang dilipat gandakan amalan ibadah samada sunat atau fardhu. Keinginan yang kuat untuk melaksanakan ibadah di siang hari dengan berpuasa dan menghidupkan malamnya dengan pelbagai aktiviti ibadah. Tepuk dada tanyalah iman sahabat-sahabat.

Hari ini telah berlalunya fasa yang pertama yang telah ditetapkan Allah dalam bulan ini dengan rahmat dariNya. Sejauhmanakah telah kita lakukan untuk mendapat rahmatNya. Cuba sama-sama kita muhasabah diri kita sepuluh hari yang lepas. Kemudian Allah sajikan pula 10 hari pada fasa yang kedua ini dengan maghfirah dariNya [pengampunan dosa]. Oleh itu, gunalah peluang yang telah dipromosi oleh Allah untuk mendapat pengampunan dosa dariNya. Pada fasa ketiga pula di anugerah oleh Allah bagi orang yang berusaha menghidupkan ramadhan dengan kebebasan diri dari azab api neraka serta dianugerah pula buat hambaNya dengan satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Sama-sama kita rebut peluang ini selagi masih sempat. Teringat kata hikmah Ibnu Ata'illah as-Sakandari menyebut :
إحالتك الأعمال على وجود الفراغ من رعونات النفس
Maksudnya :
"Menunda amalan kerana menunggu wujudnya waktu lapang terlebih dahulu, adalah sikap yang timbul dari kebodohan hati."

Menurut Syeikh Muhammad al-Ghazali perbuatan suka menangguhkan amalan adalah merupakan tipu daya nafsu yang lemah dan tekad yang malas. Orang yang malas untuk menguasai sepenuhnya hari yang sedang dihadapinya, sudah tentu akan lebih lemah untuk menguasai hari esoknya. Perbuatan suka menangguhkan amalan adalah perbuatan yang ghalibnya datang dari hasil pemikiran yang bebal dan akibat runtunan nafsu syahwat yang tidak harus sama sekali kepada seseorang Islam menyerah diri kepadanya dan bertoleransi dengannya.

Menurut Syeikh Sa'id Hawwa apabila anda menemui seorang Islam tidak melakukan amalan akhirat dan setiap kali anda mengingatkannya, dia berhujjah tidak ada masa kosong, itu tandanya jiwanya tidak dibersihkan dan itu juga tanda kebodohan hatinya. Ungkapan الرعونة membawa maksud المراهقة iaitu kebodohan. Seolah-olah individu tersebut mengalami penyakit kebodohan jiwa yang menyebabkan dia tidak mengetahui bagaimana ia sepatutnya bertindak dengan penuh bijaksana dalam sesuatu perkara.

Maka, adalah menjadi satu perkara yang penting untuk terus menerus melaksanakan amalan ibadah dan merebut sebanyak yang mungkin pahala, lebih-lebih lagi bulan yang digandakan pahala disisi Allah ini. Hanya 1 bulan dalam setahun, jika kita tak gunakan kesempatan ini sekarang, adakah kita boleh jamin esok masih ada untuk kita? Bahkan kita tak mampu mengetahui bila ajal akan datang. Bila sampai waktu pagi jangan kita tunggu sehingga waktu petangnya, begitu juga bila ada kesempatan waktu petang jangan kita tunggu samapai waktu malam. Selamat merebut pahala di bulan ini dengan pelbagai aktiviti ibadah.

Siiru 'ala Barakatillah.

Rujukan : Muzakkirat fi Manazil as-Siddiqin wa ar-Rabbaniyyin [syarah al-hikam], Syeikh Sa'id Hawwa, hlm 80


;

Kenali Ulama'

Yaumul 'eid 2009

Syeikh Ibnu Ata'illah As-Sakandari menyatakan :
"Raja' (harapan) iaitu kehendak yang diiringi dengan amal. Kalu tidak, disebut umniyyah ( angan-angan)".
Harapan yang diakui dalam Islam ialah harapan yang disertakan dengan amalan. Sekiranya tidak disertai dengan amalan, ia merupakan sejenis angan-angan kosong yang lebih hampir kepada mimpi di siang hari sahaja. Begitu juga dengan seseorang pejuang Islam yang ingin merubah sistem jahiliyah ini ke arah sistem Islam seluruhnya, namun tidak pernahpun bergerak untuk merealisasikan hasratnya itu, keinginannya itu hanyalah angan-angan kosong sahaja.


Ape Ade Pade Name

ABDUL YADIY
AAmanah
BBijaksana
DDinamik
UUntung
LLemah-lembut
YYakin
AAlim
DDedikasi
IIkhlas
YYakin
Apa ada pada nama?

Facebook Badge

~Alirkanlah Dlm Dirimu Cinta Hanya Pd-NYA~

Silibus Tarbiah Usrah

Silibus Tarbiah Usrah
Satu Lambang Komitmen Sekelompok UMMAH Menggerakkan Tarbiah Generasi Baru ISLAM

~Anjung Sahabat~

Soutul Ukhuwah


ShoutMix chat widget

Pengikut

Qalbun Salim