Rebutlah Peluang Bulan Ramadhan

| Isnin, 7 September 2009 |


Assalamu'alaikum warahmatullah...
Alhamdulillah segala pujian hanya untuk Allah yang mentadbir sekalian alam.

Alhamdulillah, mari sama-sama kita bersyukur kehadrat ilahi kerana Allah masih memberi kesempatan untuk diri ini dan sahabat pembaca sekalian bagi menunaikan ibadah puasa bagi tahun ini. Setiap orang yang beriman pasti rindukan bulan Ramadhan dan kalau boleh bagi mereka dijadikan 12 bulan penuh bulan ramadhan. Persoalannya, adakah kita termasuk dikalangan mereka yang mendambakan bulan ramadhan yang dilipat gandakan amalan ibadah samada sunat atau fardhu. Keinginan yang kuat untuk melaksanakan ibadah di siang hari dengan berpuasa dan menghidupkan malamnya dengan pelbagai aktiviti ibadah. Tepuk dada tanyalah iman sahabat-sahabat.

Hari ini telah berlalunya fasa yang pertama yang telah ditetapkan Allah dalam bulan ini dengan rahmat dariNya. Sejauhmanakah telah kita lakukan untuk mendapat rahmatNya. Cuba sama-sama kita muhasabah diri kita sepuluh hari yang lepas. Kemudian Allah sajikan pula 10 hari pada fasa yang kedua ini dengan maghfirah dariNya [pengampunan dosa]. Oleh itu, gunalah peluang yang telah dipromosi oleh Allah untuk mendapat pengampunan dosa dariNya. Pada fasa ketiga pula di anugerah oleh Allah bagi orang yang berusaha menghidupkan ramadhan dengan kebebasan diri dari azab api neraka serta dianugerah pula buat hambaNya dengan satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Sama-sama kita rebut peluang ini selagi masih sempat. Teringat kata hikmah Ibnu Ata'illah as-Sakandari menyebut :
إحالتك الأعمال على وجود الفراغ من رعونات النفس
Maksudnya :
"Menunda amalan kerana menunggu wujudnya waktu lapang terlebih dahulu, adalah sikap yang timbul dari kebodohan hati."

Menurut Syeikh Muhammad al-Ghazali perbuatan suka menangguhkan amalan adalah merupakan tipu daya nafsu yang lemah dan tekad yang malas. Orang yang malas untuk menguasai sepenuhnya hari yang sedang dihadapinya, sudah tentu akan lebih lemah untuk menguasai hari esoknya. Perbuatan suka menangguhkan amalan adalah perbuatan yang ghalibnya datang dari hasil pemikiran yang bebal dan akibat runtunan nafsu syahwat yang tidak harus sama sekali kepada seseorang Islam menyerah diri kepadanya dan bertoleransi dengannya.

Menurut Syeikh Sa'id Hawwa apabila anda menemui seorang Islam tidak melakukan amalan akhirat dan setiap kali anda mengingatkannya, dia berhujjah tidak ada masa kosong, itu tandanya jiwanya tidak dibersihkan dan itu juga tanda kebodohan hatinya. Ungkapan الرعونة membawa maksud المراهقة iaitu kebodohan. Seolah-olah individu tersebut mengalami penyakit kebodohan jiwa yang menyebabkan dia tidak mengetahui bagaimana ia sepatutnya bertindak dengan penuh bijaksana dalam sesuatu perkara.

Maka, adalah menjadi satu perkara yang penting untuk terus menerus melaksanakan amalan ibadah dan merebut sebanyak yang mungkin pahala, lebih-lebih lagi bulan yang digandakan pahala disisi Allah ini. Hanya 1 bulan dalam setahun, jika kita tak gunakan kesempatan ini sekarang, adakah kita boleh jamin esok masih ada untuk kita? Bahkan kita tak mampu mengetahui bila ajal akan datang. Bila sampai waktu pagi jangan kita tunggu sehingga waktu petangnya, begitu juga bila ada kesempatan waktu petang jangan kita tunggu samapai waktu malam. Selamat merebut pahala di bulan ini dengan pelbagai aktiviti ibadah.

Siiru 'ala Barakatillah.

Rujukan : Muzakkirat fi Manazil as-Siddiqin wa ar-Rabbaniyyin [syarah al-hikam], Syeikh Sa'id Hawwa, hlm 80


0 comments:

;

Kenali Ulama'

Yaumul 'eid 2009

Syeikh Ibnu Ata'illah As-Sakandari menyatakan :
"Raja' (harapan) iaitu kehendak yang diiringi dengan amal. Kalu tidak, disebut umniyyah ( angan-angan)".
Harapan yang diakui dalam Islam ialah harapan yang disertakan dengan amalan. Sekiranya tidak disertai dengan amalan, ia merupakan sejenis angan-angan kosong yang lebih hampir kepada mimpi di siang hari sahaja. Begitu juga dengan seseorang pejuang Islam yang ingin merubah sistem jahiliyah ini ke arah sistem Islam seluruhnya, namun tidak pernahpun bergerak untuk merealisasikan hasratnya itu, keinginannya itu hanyalah angan-angan kosong sahaja.


Ape Ade Pade Name

ABDUL YADIY
AAmanah
BBijaksana
DDinamik
UUntung
LLemah-lembut
YYakin
AAlim
DDedikasi
IIkhlas
YYakin
Apa ada pada nama?

Facebook Badge

~Alirkanlah Dlm Dirimu Cinta Hanya Pd-NYA~

Silibus Tarbiah Usrah

Silibus Tarbiah Usrah
Satu Lambang Komitmen Sekelompok UMMAH Menggerakkan Tarbiah Generasi Baru ISLAM

~Anjung Sahabat~

Soutul Ukhuwah


ShoutMix chat widget

Pengikut

Qalbun Salim