تربيتنا :إلى أين؟ وكيف؟

| Selasa, 17 Februari 2009 |

Assalamu'alaikum,
Salam ceria dan bahagia buat sahabat-sahabatku..

Alhamdulillah, sama-sama kita bersyukur kepada Allah Rabbul Jalil yang mencipta dan mengadakan kita hidup atas muka bumiNya, untuk kita terus melaksanakan tuntutan ubudiyyah kepadaNya dan memperjuangkan Islam kepada semua makhlukNya (dakwah) dengan memahami Tasawwur Islam yang sebenar. Sebagaimana disebut oleh Mustafa Masyhur dalam bukunya 'Toriq ad-Dakwah' :

إصلح نفسك ودعوا غيرك
"Baikilah diri kamu (laksanakan tuntutan ubudiyyah kepada Allah), beserta dengan itu serulah selain kamu (berdakwah kepada manusia untuk memahami Islam)."

Marilah sama-sama mantapkan tanzim, dengan tarbiyyah Islam yang diceduk dari kitab Allah, sunnah Rasulullah dan perjuangan para Salafus Soleh. Hanya dengan celupan dari Ilahi yang bersifat Rabbani ini sahaja yang terbaik. Seterusnya membentuk diri manusia ke jalan yang benar mengikut rentak yang telah dilalui oleh baginda Rasulullah dan para Salafus Soleh dalam memperjuangkan Islam. Firman Allah SWT :
صبغة الله ومن أحسن من الله صبغة
"Celupan Allah, dan siapa yang lebih baik celupannya dari Allah."

Bila mana kita bercakap pasal Tarbiyyah, semua orang pasti mengetahui bahawa ia adalah suatu proses untuk membentuk diri manusia ke arah jalan yang diredhai Allah. Proses ini memerlukan masa yang panjang bukan dalam sehari dua. Hasil daripada tarbiyyah inilah akan lahirnya pejuang-pejuang Islam yang memahami tanggungjawab dan tuntutannya terhadap Islam dan melahirkan manusia yang muttaqin di dalam menjalani kehidupannya sebagai 'abid dan mujahid.
Antara tarbiyyah yang sering diperkatakan adalah tarbiyyah melalui usrah (perkumpulan kecil) atau dikenali di Kampus Insaniah sebagai Smart Group. Smart group memainkan peranan yang penting dalam melahirkan jiwa-jiwa yang sanggup berkorban apa saja untuk Islam. Malahan akan lahir manusia yang cakna tentang masalah ummah yang sedang bergelora dewasa ini. Sabda Rasulullah SAW :
من لم يهتم بأمرالمسلمين فليس منهم
"Sesiapa yang tidak mengambil berat urusan orng mukmin, maka ia bukan dari golongan mereka."

Walaubagaimana pun nizom usrah ini memerlukan seorang naqib atau mentor yang boleh membawa mereka ke arah matlamat yang ingin dicapai dalam sesebuah Smart Group. Mentor adalah sang murabbi yang mendidik memberi petunjuk kepada semua mad'u atau mentee dalam menjalani kehidupan mereka ke arah jalan yang diredhai Allah. ia juga dikatakan sebagai da'ie, abang atau kakak untuk menjadi tempat rujukan dalam sesuatu permasalahan dan banyak lagi peranan-peranan yang sepatutnya dimainkan oleh mentor-mentor. Mentor sebagai murabbi adalah salah satu perkara yang penting dalam pembentukan Fardul Muslim, sebagaimana yang telah dicanangkan oleh Syahid Imam Hasan al-Banna sebagai salah satu matlamat dalam perjuangan.

Selain itu, dalam pembentukan Fardul Muslim jugak memerlukan manhaj usrah (silibus Smart Group) yang menepati citarasa mad'u dan bersesuai mengikut keadaan semasa di sesebuah tempat. bahkan dalam pembawakan manhaj itu perlu mengikut kaedah yang munasabah. Bi' ah atau persekitaran yang baik juga memainkan peranan yang penting dalam pembentukan Fardul Muslim. ini kerana, jika persekitaran tempat untuk melahirkan generasi rabbani ini wujud anasir-anasir yng negatif akan menyebabkan mad'u mudah terpengaruh dan lari dari perjuangan. Apabila wujudnya Bi'ah Solehah, maka keadaan itu akan membantu seseorang muslim untuk mendapat akhlak yang baik, ilmu dan amal. dan juga menjauhkan diri mereka dari perkara sia-sia dan haram.

Maka, tiga perkara ini perlu dititk beratkan oleh sesebuah persatuan untuk melahirkan barisan pelapis perjuangan yang berkualiti dari segi mental dan fizikal. Apabila berlakunya kelemahan dan kecacatan dalam ketiga-tiga perkara tadi akan menyebabkan berlaku kelemahan dalam proses pembinaan fardul Muslim kecuali muslim yang betul-betul menyedari petunjuk ilahi.

Permasalahan sekarangnya, terjadi kepincangan di kalangan mentor-mentor yng membawa taklif Smart Group itu. Kenapa dan mengapa ini terjadi? kalau dilihat dari sudut tarbiyyah, mereka sudah beberapa kali ditarbiyyah dan melalui proses pentarbiyyahan, adakah tidak mencukupi atau memerlukan penambahan lagi. ada pandangan yang menyatakan mungkin mereka tidak melalui pentarbiyyahan yang sebenar yang telah ditetapkan. mungkin tidak memenuhi tarbiyyah yang telah digariskan. ye, mungkin juga bagi ana. Oleh sebab itu menyebabkan mereka tidak memahami sebagaimana yang dikehendaki oleh kita.

Kemungkinan juga mereka tidak dapat menerima bentuk atau cara arahan yang dikeluarkan oleh pimpinan. jadi, ada yang boleh menerima akan melaksanakannya, bagi yang tak boleh menerima cara arahan pimpinan tak akan melaksanakan Smart Group. Ini betul-betul permasalahan yang berat untuk diselesaikan bagi mereka yang tidak kuat semangat dalam menyelesaikannya. Pada pandangan ana, perubahan bermula dari dalam dan persekitaran yang akan membentuk mereka untuk bergerak ke hadapan.

Oleh itu, sama-sama kita islahkan diri kita dengan mendekatkan diri kepada Allah, seterusnya pimpinan MPM terutamanya cuba membentuk persekitaran tempat pengajian ini menjadi sebuah Kampus yang dinaungi oleh Rahmat dan Barakah dari Allah, sebagaimana yang disebut dalam al-Quran :
ولو أن أهل القرى ءامنوا والتقوا لفتحنا عليهم بركات من السماء والأرض
"Dan jika sesungguhnya ahli qaryah (masyarakat kampus) itu beriman dan bertaqwa nescaya akan dibuka pintu barakah kepada mereka dari langit dan bumi."

Siiru 'ala barakatillah..


1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Pertama sekali ana ucapkan tahniah di atas usaha sahabat melahirkan blog ini.Berdakwah mengikut peredaran zaman.

Pernahkah sahabat terpengaruh dengan kata-kata motivasi yang menyuntik semangat?Jika pernah, bagaimana pandangan sahabat jikalau kita sebagai pendakwah menggunakan medium motivasi sebagai uslub dakwah zaman sekarang?

Realiti sekarang masyarakat cukup tertarik dengan seminar2 motivasi.Ditambah dengan berlambaknya buku2 motivasi di pasaran sekarang.

Mungkin sebelum ini jika dakwah hanya berlegar dengan cara ceramah,kuliah dll di'kreatif'kan dengan penyampaian cara motivasi?

Fakulti Syariah 4, 2009

;

Kenali Ulama'

Yaumul 'eid 2009

Syeikh Ibnu Ata'illah As-Sakandari menyatakan :
"Raja' (harapan) iaitu kehendak yang diiringi dengan amal. Kalu tidak, disebut umniyyah ( angan-angan)".
Harapan yang diakui dalam Islam ialah harapan yang disertakan dengan amalan. Sekiranya tidak disertai dengan amalan, ia merupakan sejenis angan-angan kosong yang lebih hampir kepada mimpi di siang hari sahaja. Begitu juga dengan seseorang pejuang Islam yang ingin merubah sistem jahiliyah ini ke arah sistem Islam seluruhnya, namun tidak pernahpun bergerak untuk merealisasikan hasratnya itu, keinginannya itu hanyalah angan-angan kosong sahaja.


Ape Ade Pade Name

ABDUL YADIY
AAmanah
BBijaksana
DDinamik
UUntung
LLemah-lembut
YYakin
AAlim
DDedikasi
IIkhlas
YYakin
Apa ada pada nama?

Facebook Badge

~Alirkanlah Dlm Dirimu Cinta Hanya Pd-NYA~

Silibus Tarbiah Usrah

Silibus Tarbiah Usrah
Satu Lambang Komitmen Sekelompok UMMAH Menggerakkan Tarbiah Generasi Baru ISLAM

~Anjung Sahabat~

Soutul Ukhuwah


ShoutMix chat widget

Pengikut

Qalbun Salim