Kenapakah
Imam-Imam Berselisih?
Imam-imam
berselisih kerana syariat Allah diturunkan dalam bentuk nas-nas. Manusia tidak
dapat lari daripada perselisihan di dalam memahami nas-nas. Ini adalah suatu
yang tabi'e (semulajadi) dalam kehidupan. Manusia di dalam perselisihan mereka
terbahagi kepada dua.
Golongan yang mengambil berat tentang zahir lafaz dan golongan yang mengambil berat tentang maksud lafaz. Hal ini juga wujud di kalangan pengulas undang-undang. Terdapat madrasah (aliran) yang menyempitkan kepada zahir nas dan madrasah yang mengembangkannya dan mengambil berat tentang maksud nas.
Golongan yang mengambil berat tentang zahir lafaz dan golongan yang mengambil berat tentang maksud lafaz. Hal ini juga wujud di kalangan pengulas undang-undang. Terdapat madrasah (aliran) yang menyempitkan kepada zahir nas dan madrasah yang mengembangkannya dan mengambil berat tentang maksud nas.
Kedua-dua
golongan ini telah wujud semenjak zaman Rasulullah s.a.w. lagi iaitu ketika
Baginda bersabda selepas perang Ahzab:
لا يصلين أحد العصر إلا في بني قريظة
"Sesiapa
yang beriman dengan Allah dan hari akhirat janganlah ia bersembahyang Asar
melainkan di perkampungan Bani Quraidzah.”
Para
sahabat telah berselisih mengenainya ketika hampir Maghrib.
Ada
yang berkata:
"Tujuan
Rasulullah s.a.w. berkata demikian ialah supaya bersegera."
Yang
lain pula berkata:
"Tidak,
Rasulullah telah bersabda yang bermaksud; "Sesiapa yang beriman dengan
Allah dan hari Akhirat janganlah bersembahyang Asar melainkan di perkampungan
Bani Quraizah. Oleh itu kami tidak akan sembahyang melainkan di perkampungan
Bani Quraidzah, walaupun selepas Maghrib."
Jadi,
mereka menunaikan Asar di dalam waktu Maghrib.
Ketika
disampaikan hal itu kepada Rasulullah, baginda tidak menyalahkan mana-mana
golongan pun. Ini adalah iqrar (pengakuan) baginda terhadap ijtihad. Baginda
membiarkan sahabatnya beramal mengikut ijtihad mereka. Inilah salah satu sebab
perselisihan.
Sebab
lain lagi ialah ada manusia yang ‘mutasyaddid’ (terlalu berhati-hati) dan ada
yang ‘mutarakhis’ (memudahkan). Ini adalah tabiat manusia.
Ibnu
Omar contohnya, tidak sama dengan Ibnu 'Abbas. Ibnu Omar ketika berwudhuk akan
memasukkan air ke matanya sehingga menyebabkan beliau buta. Ibnu `Abbas pula
tidak merasakan perkara itu perlu.
Ibnu
Omar takut mencium anak anaknya kerana bimbang air liur mereka terkenanya. Ibnu
‘Abbas pula mencium dan memeluk mereka serta berkata: "lanya seperti bunga
yang dicium."
Perbezaan pandangan antara dua sahabat ini ialah perbezaan roh mereka. Dari sinilah datangnya kaedah' Syadaaid Ibnu Omar' dan `Rukhsah Ibnu Mas'ud' yang terkenal di dalam warisan Feqah.
Perbezaan pandangan antara dua sahabat ini ialah perbezaan roh mereka. Dari sinilah datangnya kaedah' Syadaaid Ibnu Omar' dan `Rukhsah Ibnu Mas'ud' yang terkenal di dalam warisan Feqah.
Bahasa
juga merupakan sebab berlakunya perselisihan.
Mafhum
Firman Allah:
"Dan
isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka
(dari berkahwin) selama tiga quru '. " (Al-Baqarah: 228)
Apakah
yang dimaksudkan dengan quru'?
Di
dalam bahasa, perkataan ini memberi dua makna samada ‘haid’ dan juga ‘suci’.
Para Imam telah berselisih disebabkan oleh perselisihan mereka dalam menentukan
maksud perkataan-perkataan yang mempunyai banyak makna.
Begitulah
juga dengan sebahagian perkataan yang membawa maksudnya yang hakiki dan
`majazi' (bukan makna hakiki). Sebahagian Imam mengambil maknanya yang hakiki
dan sebahagian yang lain mengambil maknanya yang `majazi'. Sebagai contohnya,
firman Allah: "Atau kamu sentuh perempuan.” (Al-Maidah: 6)
Adakah
yang dimaksudkan di sini bersentuh, seperti pandangan Ibnu Omar atau ianya
adalah kiasan bagi persetubuhan, seperti pandangan Ibnu `Abbas?
Antara
sebabnya lagi ialah yakin atau tidaknya Imam-imam kepada sesuatu riwayat.
Seorang Imam mungkin meyakini dan mengambil suatu riwayat, sedangkan seorang
Imam yang lain tidak meyakininya atau mengambilnya.
Sesetengah
daripada mereka mengenakan syarat-syarat untuk menerima hadis yang tidak
dikenakan oleh yang lain. Terutamanya di dalam beberapa masalah seperti `umum
al-balwa'.
Sebab lain lagi ialah perselisihan mereka di dalam penilaian dan pengkelasan sesuatu dalil. Misalnya Imam Malik mengutamakan amalan penduduk Madinah dalam ibadat lebih daripada hadis Aahaad.
Sebab lain lagi ialah perselisihan mereka di dalam penilaian dan pengkelasan sesuatu dalil. Misalnya Imam Malik mengutamakan amalan penduduk Madinah dalam ibadat lebih daripada hadis Aahaad.
Ada
Imam-imam yang mengutamakan hadis Dha'if (yang kemudiannya dinamakan hadis
Hasan) lebih daripada qias. Imam-imam lain pula melihat sebaliknya. Begitulah
seterusnya.
Ada yang berhujah dengan hadis Mursal secara total, ada yang menolaknya secara total dan ada juga yang menerimanya dengan bersyarat.
Ada yang berhujah dengan hadis Mursal secara total, ada yang menolaknya secara total dan ada juga yang menerimanya dengan bersyarat.
Ada
yang berpendapat syariat umat terdahulu adalah syariat bagi kita dan ada yang
tidak berpendapat begitu.
Ada
yang berhujah dengan kata-kata sahabat dan ada yang menolaknya.
Ada
yang berhujah dengan `masaah mursalah' (yang tidak ada dalil menunjukkan
penerimaan dan penolakannya) dan ada yang tidak menerimanya.
Sebab-sebab
berlaku percanggahan ini adalah perselisihan mereka dalam dalalah `amr'
(perintah) dan `nahyu' (larangan), `am' (umum) dan `khan' (khusus), `mutlak'
dan `muqaiyad', `mantuq' dan `mafhum' serta lain-lain perkara lagi yang
dijelaskan dalam ilmu Usul Fiqh.
Tegasnya,
terdapat banyak sebab yang membawa kepada perselisihan Imam-imam. Banyak
buku-buku sama ada lama dan baru yang disusun dalam masalah ini. Antaranya
ialah kitab al Insaf fi asbab al-Ikhtilaf karangan al-'Allamah
al-Dahlawi, `Asbab Ikhtilaf Ulama' karangan Sheikh Ali al-Khafif dan
buku `al-Sohwah al-Islamiah baina al-Ikhtilaf al-masyru` waal-Tafarruq al-Mazmum'
karangan saya sendiri.
Saya
telah menerangkan di dalamnya, perselisihan di dalam perkara furu' (cabang)
adalah daruri, rahmat, keluasan dan kekayaan. Saya juga menerangkan asas-asas
fikiran dan akhlak yang terbina di atasnya Fiqh al-Khilaf (cara-cara
berselisih) dan adab-adabnya sesama umat Islam.
Allah
telah memberikan rahmat-Nya kepada umat ini dengan tidak menyempitkan agama
mereka. Allah memberikan keluasan di dalam agama bagi pandangan dan pemahaman
yang berbeza. Sesuatu yang sesuai untuk satu suasana mungkin tidak sesuai untuk
suasana lain.
Suatu
yang sesuai untuk satu zaman mungkin tidak sesuai untuk zaman yang lain.
Sebahagian sahabat telah berfatwa bagi satu masalah, kemudian menarik balik fatwanya itu, sebagaimana yang berlaku pada Omar.
Sebahagian sahabat telah berfatwa bagi satu masalah, kemudian menarik balik fatwanya itu, sebagaimana yang berlaku pada Omar.
Ketika
ditanya kenapa beliau berpatah balik daripada pandangannya, beliau berkata:
"Itu adalah berdasarkan apa, yang telah kita tahu, ini pula berdasarkan
kepada apa yang sedang kita tahu." Suasana dan hal sesuatu mungkin berubah
dan manusia akan terkesan dengan apa yang dilihat dan didengar, lalu menukarkan
pandangannya.
Oleh
sebab inilah, Imam Syafie mempunyai dua mazhab. Mazhab Qadim ketika beliau
berada di Iraq dan mazhab Jadid ketika beliau berada di Mesir. Perkara ini
boleh kita lihat dalam kitab-kitab Fiqh: "Ini adalah pandangan Syafie
dalam mazhab Qadim', "Ini adalah pandangan Syafie dalam mazhab Jadid."
Ini ialah kerana apabila Imam Syafie sampai di Mesir, beliau melihat
perkara-perkara yang belum pemah dilihatnya. Beliau mendengar hadis-hadis yang
belum pemah didengarnya. Kerap kali mujtahid membetulkan kembali pandangannya.
Semua ini adalah sebab-sebab yang membawa kepada berlakunya perselisihan.
Apabila Abu Ja'far al-Mansur meminta Imam Malik mengarang kitabnya Al-Muwattha, beliau (Abu Ja'far) telah berkata: "Jauhilah `syadaid' Ibnu Omar, `rukhsah' Ibnu 'Abbas, `syawaz' (keganjilan) Ibnu Mas'ud dan ajarlah ia kepada orang ramai."
Apabila Abu Ja'far al-Mansur meminta Imam Malik mengarang kitabnya Al-Muwattha, beliau (Abu Ja'far) telah berkata: "Jauhilah `syadaid' Ibnu Omar, `rukhsah' Ibnu 'Abbas, `syawaz' (keganjilan) Ibnu Mas'ud dan ajarlah ia kepada orang ramai."
Imam
Malik melaksanakan permintaan ini dan mengarang kitabnya yang terkenal dalam
Islam dengan nama `Al-Muwattha'.
Khalifah
kemudiannya ingin memaksa orang ramai mengikut kitab ini, tetapi Imam Malik
(r.a) dengan kefahaman, kesedaran dan kewarakannya telah berkata:
"Wahai
Amirul Mukminin, jangan lakukannya! Sesungguhnya sahabat-sahabat Rasulullah
telah bertebaran ke segenap tempat. Setiap kaum telah mempunyai ilmu.
Masyarakat telah menerima banyak pandangan dan meredhainya. Sekiranya kamu
memaksa mereka menerima satu pandangan sahaja, nescaya akan berlaku
fitnah."
Begitulah,
mereka memandang perselisihan dalam perkara-perkara furu' (cabang) sebagai satu
yang tidak memudaratkan dan tidak dapat dielak. Tidak mungkin umat akan
bersepakat menerima satu pandangan sahaja dalam masalah-masalah furu' sebegini.
Inilah kelembutan dan kebaikan Allah terhadap umat ini, diberikan kita peluang
untuk berijtihad dan ruang bagi berbilang-bilang pandangan.
Bayangkanlah
apa yang akan terjadi sekiranya semua umat Islam bersepakat menerima satu
pandangan sahaja dalam semua perkara (menolak pandangan-pandangan lain). Tiada
sesiapapun yang akan dapat menggunakan `rukhsah' (kelonggaran) dalam mana-mana
perkara. Tiada siapa juga yang boleh menilai pandangan, kata-kata atau riwayat
bagi mengetahui yang manakah paling tepat dan benar?
Kesemua
ini adalah jawapan bagi soalan: "Mengapakah Imam-imam berselisih?"
Sumber : Fatwa Prof Dr Yusof al-Qaradhawi